CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bas 2 Tingkat RapidKL Beroperasi September Ini

22-5-2015 02:47 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4833| Komen: 14





KUALA LUMPUR – Seramai 90 kapten Bas RapidKL menjalani latihan bagi mengendalikan perkhidmatan bas dua tingkat yang akan beroperasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Mohd Yusoff berkata, kursus khas itu dikendalikan oleh Akademi Bas Rapid yang mempunyai perkhidmatan serba lengkap termasuk memiliki peralatan simulator bas dinamik dan statik.

Warga kota bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas dua tingkat RapidKL yang akan beroperasi di sekitar Lembah Klang bermula September.

“Dengan latihan komprehensif ini, kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, laluan untuk 40 bas dua tingkat itu belum diputuskan secara muktamad dan perbincangan masih dijalankan dengan agensi-agensi yang terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan.

“Namun, laluan yang akan digunakan bas dua tingkat itu adalah laluan jarak jauh yang mempunyai permintaan dan kapasiti penumpang yang tinggi,” katanya.

Sebuah bas dua tingkat boleh membawa sehingga 108 penumpang pada satu masa.

“Ini sekali gus memendekkan masa menunggu dan meningkatkan keselesaan para penumpang,” katanya.

Pada Isnin lalu, Prasarana telah mengadakan prapelancaran bas dua tingkat RapidKL itu yang mempunyai ketinggian 4.2 meter.

Bas tersebut turut dilengkapi kemudahan akses universal seperti kafe mini, tandas dan Wifi serta mesra Orang Kelainan Upaya. - mStar Online

10

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengadee 22-5-2015 11:11 AM
Ramailah ummah indon...bangla....nepal..dan myanmar yg jakun nanti
Quote revolusi_30 22-5-2015 11:20 AM
bestnye...boleh berendek kat tingkat atas...
Quote gaara_X 22-5-2015 11:21 AM
penggemar tegar sure laa warga asing.....tengok ler nanti
Quote JohnDeSouza 22-5-2015 11:21 AM
mcm besh.double decker, double decker
Quote sgbuloh 22-5-2015 11:24 AM
bestnye. bila nak merasa naik ni.
Quote pyropura 22-5-2015 11:45 AM
@JohnDeSouza

Dobel dek  ni utk long distance aje best, otherwise hassle, menyemakkan pandangan jah..
Quote jengkoil 22-5-2015 11:47 AM
Moga moga aBANG LA dapat mengekang napsu kuda laut depa..mana laa tau..kat tingkat atas walau ada CCTV..kalo horny sudaa mareeyy...
Quote 5997 22-5-2015 12:50 PM
apa yg aku perasan, pendtg asing ni jarang naik bas rapid..byk naik bas metro je....sangguplah berhimpit...
Quote drivethru 22-5-2015 01:03 PM
X kisah lah sape pun penumpang nyer. Janji boleh mendatang kan keuntungan dgn cepat.
Quote sambaldurian 22-5-2015 08:17 PM
Wow 108 org muat. X sgka bunyi mcm bnyk je.
Quote ultra78 22-5-2015 08:22 PM
Aku biasa naik bas rapidkl. Tapi jarang nampak warga asing naik
Quote ultra78 22-5-2015 08:29 PM
Bas mcm ni sesuai untuk route 3 zon atau lebih. Bas laluan ni pakai no UXXX

Kalau bas tempatan atau dlm bandar, nampak mcm makin lambat aje org nak turun naik
Quote hanalisa 22-5-2015 08:38 PM
bas mahal2 jangan pulak amik mat pit jadik drivernye.
Quote binisupir 22-5-2015 11:28 PM
buat bas macam ni pun, penggunanya tetap ramai di kalangan pendatang

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.083759 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top