Iran memperketatkan lagi undang-undang dibawah akta anti barat dengan mengharamkan potongan rambut yang menggalakkan ke arah homoseksual dan syaitan (satanism).
Potongan tersebut adalah potongan rambut tercacak dengan gaya aneh,potongan rambut berbulu (feathered haircuts) yang ditakuti menggalak pemuda ke arah homoseksual dan keganasan.Pihak berkuasa sebelum ini juga mengharamkan gaya ponytail dan mullets. Pengusaha kecantikan yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan hukuman berat selain lesen perniagaan mereka akan ditarik balik. Iran dilihat banyak mengharamkan gaya yang datang dari negara Barat sebagai contoh mencacah tatu, mencabut bulu kening dan perubahan gaya yang kekal adalah diharamkan di Iran. -LadyLista.
|
ADVERTISEMENT