CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Kisah Hebat Penipu Yang Kantoi

11-5-2015 06:48 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3922| Komen: 0

Description: Dipercayai kesemua gajet tersebut bernilai ribuan ringgit 'lemas' dan 'menjadi sejarah' buat lelaki terbabit...
1. Lelaki mempunyai 17 teman wanita kantoi di hospital


Kenalkan lelaki ini bernama Yuan dari wilayah Hunan yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia dikejarkan ke hospital dan doktor cuba menghubungi ahli keluarga menerusi nombor yang terdapat didalam telefon Yuan. 17 orang wanita muncul selepas itu sebagai teman wanita lelaki terbabit dimana ke semua mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Untuk rekod, Yuan berpacaran bersama ramai wanita (berumur 20-40 tahun) dan menggunakan mereka untuk mendapatkan duit.Dia kini berhadapan dengan satu kes  penipuan selepas menipu bekas isterinya lebih daripada $40,000.

2. Disambut 3 teman wanita di Airport

Macam-macam kisah mereka yang menipu ini. Seorang lelaki Charlie Fisher, 20, disambut kepulangan di Lapangan Terbang Luton di England oleh 3 teman wanita yang ditipunya dengan ke semua mereka menjerit 'Penipu,penipu" ke arahnya.

Becky Connery, 17, mendapati teman lelakinya menipu apabila terbaca mesej telefon seorang wanita. Keesokkan harinya dia menghubungi wanita berkenaan. Selepas berbincang mereka bersetuju mengupah seorang wanita lain untuk menggoda teman lelakinya menggunakan facebook. 

Becky memuat naik kapsyen di twitter dengan “Just been at the airport to meet my cheating boyfriend with the two other girls he was seeing."

3.Kisah Ice bucket challange

Seorang lelaki dipenjara selama 8 bulan selepas menipu isterinya dengan berkahwin dengan seorang lagi wanita. Semuanya nampak selamat sehinga 1 video yang menjadi viral diinternet diketahui oleh Michelle.

Michelle merupakan isteri Andrew O'Clee yang sah telah melihat satu video yang menjadi viral di facebook dengan kapsyen : "uncle Andrew and auntie Philippa". Setelah memerhati video tersebut, hatinya berdebar selepas mendapati lelaki tersebut merupakan suaminya. Dia kemudian menyelidik Fb wanita berkenaan dan berjumpa gambar perkahwinan mereka di internet.

Michelle memberitahu, Andrew sentiasa memberi alasan  ditipu kawan dan terpaksa menyertai program kesedaran yang mana dia perlu berjauhan dengan jangka masa yang lama. Rupanya, Andrew berkahwin lain.

4. 1 wanita yang mempunyai 10 suami di 1 kawasan

Seorang wanita New York ditangkap kerana berahwin dengan 10 lelaki berbeza sejak 11 tahun lalu tanpa menceraikan salah seorang daripada mereka.

Liana Barrientos memulakan siri berkahwin dengan 11 lelaki pada 1999 lagi apabila dia berusia 23 tahun. Selepas itu, kisah perkahwinannya menjadi pantas dan laju dan didaftarkan hampir di puluhan negara lain.

Barrientos berkahwin dengan Mohamed Gerbil pada 1999,Ahmed Allam pada 2001, Habibur Rahman juga pada 2001, Davit Koridze (2002), Duran Goktepe (2002), Aliaksandr Paharelau (2002), Vakhtang Dzneladze (2002), Rashid Rajput (2002), Kakhaber Khorbaladze (2002), and Salle Keita (2010).

Dia kini berhadapan dengan pertuduhan menipu kerana memberikan kenyataan palsu semasa berkahwin pada 2010 apabila menyatakan "perkahwinan ini merupakan yang Pertama dan Satu-satunya perkahwinan. Pihak pendakwaan juga memberitahu perkahwinan ini merupakan sebahagian daripada sindiket.

5. Kisah Rendaman cinta

Kisah malang seorang lelaki yang menipu teman wanitanya tetapi berakhir dengan sedikit malang. Ini kerana selepas wanita berkenaan mengetahui teman lelakinya juga turut keluar dating bersama wanita lain dia bertindak mengambil semua gajet Apple dan direndam didalam tub mandi yang penuh diisi oleh air  sabun.

Dipercayai kesemua gajet tersebut bernilai ribuan ringgit 'lemas' dan 'menjadi sejarah' buat lelaki terbabit. Wanita tersebut yang menggunakan nama @foolishnessfly2 sengaja memuatnaik gambar tersebut ke dalam media sosial mendapat lebih daripada 16000 tweet dan 10000 favorited.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.034811 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top