CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Mereka Yang Pernah Dibesarkan Oleh Binatang

15-5-2015 12:24 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3931| Komen: 5

Description: budak ini tidak tahu untuk bercakap melainkan banyak merengus seperti binatang...
1.Lelaki ini yang dibesarkan oleh monyet di dalam hutan

Selepas melihat pembunuhan kejam yang dilakukan oleh ayah kandung kepada ibunya, Ssebunya, 4 tahun melarikan diri ke dalam hutan dan dilaporkan dibesarkan oleh monyet. Sehingga tahun 1991, dia dijumpai oleh penduduk kampung yang mengambilnya kembali. Mereka mengajar Ssebunya cara bercakap dan dia juga boleh menyanyi.

2.Kanak-kanak menyalak yang dipercayai dibesarkan oleh kucing dan anjing.

Pada 2009, Natasha budak berusia 5 tahun dari Chita, Siberia dijumpai berjalan menggunakan kaki dan tangannya (sama seperti kucing dan anjing berjalan), minum menggunakan lidah dan berhubung dengan menyalak. semua kelakukan Natasha serupa dengan anjing dan kucing.


Polis kemudiannya menjumpai tempat persembunyian kanak-kanak ini adalah disebuah bilik bersama kucing dan anjing. Bilik tersebut tidak mempunyai sistem pemanasan dan air dan tiada bilik air. Sewaktu dijumpai Natasha tidak bercakap menggunakan bahasa Russia, tetapi dia lebih banyak melompat dan menyalak seperti anjing. Bapanya Victor Lozhkin,25 dan ibunya Yana Mikhailova,25, dipercayai mengabaikan kanak-kanak tersebut dan ditahan untuk siasatan lanjut.

3.Budak Rusia yang dibesarkan oleh burung 

Seorang pekerja kebajikan Rusia menyelamatkan budak berusia 7 tahun yang dikenali sebagai 'budak burung' yang hanya tahu bercakap dengan berkicau seperti burung. Dia ditempatkan disebuah bilik bersama-sama burung oleh ibunya. Tiada kesan kecederaan ditemui namun ibunya memang tidak pernah bercakap atau mengajar kanak-kanak ini bercakap. Kanak-kanak ini hanya akan berkicau dan apabila dia merasakan tidak selesa dia akan mengepakkan tangannya seperti burung.


4.'Budak Serigala' yang membahayakan penduduk dan diburu polis

Lagi kes di Rusia, 'budak serigala' ini dijumpai ditimbunan kayu-kayan dan dipenuhi serigala. Sewaktu dijumpai budak ini menggigit dan bertindak sama seperti serigala lain. Giginya juga tajam dan mempunyai sama bentuk seperti taring selain kuku tangan dan kaki yang panjang. Budak itu dipercayai ditinggalkan oleh ibu-bapa dan dibesarkan oleh serigala. Sewaktu ditahan dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan, budak ini tidak tahu untuk bercakap melainkan banyak merengus seperti binatang. Pihak klinik sempat memandi dan memakaikan pakaian baru sebelum kanak-kanak ini melarikan diri melalui tingkap.

5.Kanak-kanak 2 tahun yang dibesarkan oleh kambing biri-biri

Kanak-kanak 2 tahun bernama Shasha T dikurung oleh ibunya Marina, 40, bersama-sama dengan kambing biri-biri.Kanak-kanak kekurangan zat ini tidak tahu bercakap, makan ataupun menggunakan tandas ini dilihat takut dengan kehadiran manusia dan akan memilih duduk dibawah perut kambing tersebut. 

Kanak-kanak ini dijumpai oleh pekerja kebajikan yang menjumpai kanak-kanak terbabit didalam bangsal. Sewaktu dijumpai ibu mangsa hilang tanpa dikesan.
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mizz_fatyn 24-6-2015 02:10 PM
ya allah,kesiannye..
Quote Natsu_Dragneel 29-5-2015 12:54 PM
sedih baca..
Quote shanshero 20-5-2015 07:40 AM
kelakar kisah budak yang tinggal dengan kambing tu
Quote zameyla 19-5-2015 05:07 PM
kesiannya la hai....binatang pun sanggup jaga...manusia pulak p buang...huhu
Quote giyomi 15-5-2015 05:46 PM
Sampikan binatang pon leh jaga anak manusia tapi manusia sendiri, buang anak merata2 klu tak pon merogol.

Lihat semua komen(5)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.038186 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top