CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Rompin, Barisan nasional menang dengan majoriti kurang separuh

6-5-2015 11:47 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 23742| Komen: 184



Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil kawasan itu semalam dengan memperoleh majoriti sebanyak 8,895 undi, tetapi majoriti undi kali ini memperlihatkan terdapat penurunan hampir separuh berbanding pilihanraya umum lepas. 


Bagaimanapun, menurut Menteri besar Pahang, Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob , gejala undi majoriti menurun memang biasa berlaku sewaktu pilihanraya kecil berikutan ramai yang tidak hadir untuk mengundi.  


Hanya 74 peratus atau 38,697 pengundi yang keluar mengundi pada PRK kali ini berbanding 85 peratus atau 46,035 pengundi pada PRU-13.


Calon BN, Datuk Hasan Arifin, 62, menewaskan pencabarnya daripada Pas, Nazri Ahmad, 40, apabila mendapat sebanyak 23,796 undi manakala lawannya itu memperoleh 14,901 undi. 


Pada PRU ke-13 lepas, penyandang kerusi Parlimen itu Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis memperoleh majoriti 15,114 undi, setelah meraih 30,040 undi atau 66.53 peratus, berbanding pencabarnya calon PAS Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 14,926 undi atau 33.06 peratus.


PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam kejadian nahas helikopter pada 4 April lalu. - CARI Infonet.






25

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
24

Sedih
23

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Magika 5-5-2015 06:45 PM
Keputusan tidak rasmi mengikut PDM:

PDM Tekek: BN 244, PAS 144, ROSAK 4. MAJ: 100 (PRU 13: 226)

PDM Juara: BN 82, PAS 48. ROSAK 5. MAJ: 34 (PRU 13: 110)

PDM Kg Genting: BN 82, PAS 19. ROSAK 2. MAJ: 63 (PRU 13: 104)

PDM Mukut: BN 72, PAS 13. MAJ: 59 (PRU 13: 81)

PDM Denai: BN 139, PAS 12. MAJ: 127 (PRU 13: 126)

Quote kudajantan77 5-5-2015 07:01 PM
Kalau tiba2 orang Rompin jadi bijak baru aku hairan ...
Quote melati_kesuma 5-5-2015 07:02 PM
nampaknya ramai suka gst...
Quote vespa_oren 5-5-2015 07:03 PM
Majoriti menurun
Quote mak_wa95 5-5-2015 07:06 PM
sokong gst,sokong kenaikan      harga semua2..

sbb rakyat dah dimaslankan.....xheran pun BN menang
Quote nikaido 5-5-2015 07:14 PM
tempat byk felda & org asli, memang lubuk umno ler
Quote alien3d 5-5-2015 07:16 PM
tak berani comment..  rafizi cakap sediction kalu gst..
Quote biosfree 5-5-2015 07:20 PM
Parti sia sia dunia n akhirat....itula PAS
Quote Magika 5-5-2015 07:24 PM
KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK ROMPIN: BN 7,034 undi PAS 4,027 undi (Majoriti: 3,007 undi)
Quote jeeja07 5-5-2015 07:26 PM

Belum boleh conclude. Kena tgk % keluar mengundi vs jumlah undi.
Quote prizadane 5-5-2015 07:30 PM
PRK Rompin memang dah boleh predict sape menang.
Quote Magika 5-5-2015 07:31 PM
http://www.suara.tv/2015/05/05/t ... _source=twitterfeed

Tidak Rasmi: BN Menang Di Rompin Dengan 12 Ribu Majoriti

Rompin -Barisan Nasional (BN) dikatakan berjaya mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 12,000 ribu undi.

Menurut sumber tidak rasmi calon BN, Datuk Hasan Arifin berjaya memperolehi undi sekitar 22,000 ribu berbanding calon Pas, Nazri Ahmad yang hanya mampu mendapat undi sekitar 10,000.

Sumber itu turut mendedahkan Hasan dikatakan hanya tewas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Keratong 2 apabila mendapat 775 undi berbanding Nazri dengan 895 undi.

Kesemua 38 pusat pengundian telah ditutup dan keputusan PRK Rompin hanya akan diketahui seawal pukul 11 malam Selasa.

Seramai 38,843 pengundi atau 72.88 peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sehingga jam 4 petang tadi.

Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 37,502 pengundi yang direkodkan sehingga jam 3 petang.

Jumlah itu menghampiri sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyasarkan 80 peratus daripada 53,294 pengundi untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu.

Pada jam 8 pagi tadi, sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran untuk PRK Rompin dibuka bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ini termasuk empat pusat mengundi di Pulau Tioman iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek yang mempunyai 651 pengundi, Sekolah Kebangsaan Juara (171 pengundi), Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi).

Sebanyak 35 sekolah dan tiga dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi melibatkan 119 saluran mengundi.

Sementara pusat mengundi di Bukit Ridan, Muadzam Shah yang mempunyai 312 pengundi akan ditutup pada jam 4 petang, dan pusat mengundi yang lain ditutup pada jam 5 petang.

Khamis lepas seramai 464 orang atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi telah menunaikan tanggungjawab dalam pengundian awal di empat pusat mengundi di kawasan parlimen ini.

Pengiraan undi bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan penjumlahan akan dilakukan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon Pas Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lalu akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor.
Quote Magika 5-5-2015 07:39 PM
Keputusan tidak rasmi PRK P.091 Rompin dimenangi oleh BN.D Hassan Ariffin (BN) mendapat 21668 undi, Nazri Ahmad (PAS) mendapat 10,106 undi.






Keputusan 2013



Quote dodolgemok 5-5-2015 07:39 PM
Apa nak diheran.mmg menang la tu sbb semua sokong gst katanya
Quote freebird 5-5-2015 07:44 PM
cis...penduduk rompin tolak hudud!!
Quote nabila11 5-5-2015 07:45 PM
yay!!! gst dah menang. :zz
Quote blastoff 5-5-2015 07:46 PM
Dulu ketika pilihanraya umum ke 13, jamaludin jarjis menang dengan majoriti 15,114 undi, so persoalan utamanya adalah berapakah kemerosotan undi yang di alami UMNO sekarang plak ?

Of course la payah PAS nak menang di kubu kuat UMNO, tapi kalau berjaya membuatkan UMNO merosot banyak undi pun dah kira satu tamparan hebat buat bijan.

Kerana ini PRK lah dan bukannya PRU , so UMNO berpeluang menfokuskan 100% di rompin semata-mata ketika PRK untuk tabur segala maknenek janji dan habuan, bak kata bulan bintang planet marikh segala la haih akan di bawa ke riba penduduk situ andai UMNO menang.....

Tapi kalau merosot jugak kat tempat yang merupakan kubu kuat nya tu setelah berbuih air liur menabur itu ini memang bijan lah penyebab utamanya.






Quote Anak_Nogori 5-5-2015 07:54 PM
Ada org ckp..umno ditolak rakyat..ni buktinya lah ni

Quote dino 5-5-2015 07:58 PM
dodolgemok replied at 5-5-2015 07:39 PM
Apa nak diheran.mmg menang la tu sbb semua sokong gst katanya

brp byk dah hbis tuh....

Lihat semua komen(184)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.224564 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top