CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Pahang hidupkan peluang ke pusingan kedua

30-4-2015 07:00 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3938| Komen: 0



Pasukan Pahang kembali menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala AFC setelah melakar kemenangan 7-4 ke atas wakil Myanmar, Yadanarbon FC pada saingan Kumpulan G di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Tok Gajah berada di tangga kedua kumpulan dengan mengutip tujuh mata selepas lima perlawanan.

Pada aksi malam ini, Pahang tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi sentuhan penyudah penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme yang melepaskan rembatan kencang setelah menerima hantaran  Azamuddin Akil.

Matias Conti terus menceriakan pasukan tuan rumah dengan meledak gol kedua pada minit ke-18 menerusi rembatan kencang di dalam kotak penalti sebelum Nwakaeme menjaringkan gol peribadi kedua pada minit ke-32 hasil gerakan solo.

Pasukan pelawat, bagaimanapun tidak berputus asa dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pemain importnya, Djeje Maximin Djawa pada minit ke-45 dan keputusan 3-1 itu kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, pemain gantian D. Saarvindran menghasilkan gol keempat Pahang pada minit ke-48 setelah melakukan larian solo dari sebelah kanan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Yadanarbon FC, Thiha Sithu.

Hlaing Bo Bo menjaringkan gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-58 sebelum

Nwakaeme melakar hatrik apabila menanduk masuk bola hasil hantaran rakan sepasukan, selang seminit kemudian.

Bo Bo menjaringkan gol peribadi kedua pada minit ke-68 sebelum Pahang menambah dua lagi gol, masing-masing menerusi Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-85 dan Saarvindran, selang dua minit kemudian.

Win Naing Soe meledakkan gol keempat Yadanarbon FC pada masa kecederaan, namun gagal menghalang pasukan Pahang untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri.

Pada aksi di Stadium Mongkok, Hong Kong, pendahulu Kumpulan G, South China mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan setelah membenam wakil Filipina, Global FC 3-0.

Pasukan berkenaan yang sudah mengesahkan tiket lebih awal ke pusingan kedua, meraih gol pertama menerusi pemain gantian, Michael Cheng Lai Hin pada minit ke-40; Malisic Bojan (55') dan Daniel McBreen pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Pahang kini perlu mencatat keputusan seri menentang Global FC pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Philippine Sports, Manila pada 13 Mei ini, untuk mengiringi South China ke pusingan kedua kejohanan tersebut.


kredit:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046590 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top