CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

PKNS tagih khidmat Patrick

6-5-2015 11:38 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1327| Komen: 0

Description: Ketua jurulatih PKNS FC, E. Elavarasan yakin kehadiran semula penyerang berbisa, Patrick Ronaldinho Wleh pertengahan bulan depan, dijangka dapat menyelesaikan ketumpulan jentera serangan skuad 'Semut ...


Ketua jurulatih PKNS FC, E. Elavarasan yakin kehadiran semula penyerang berbisa, Patrick Ronaldinho Wleh pertengahan bulan depan, dijangka dapat menyelesaikan ketumpulan jentera serangan skuad 'Semut Merah' itu.


Patrick sebelum ini, digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah bertindak kasar terhadap pengadil pada pusingan kedua Piala FA berdepan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, 28 Feb lepas.

"Saya harap kehadiran beliau (Patrick) dapat mengubah kedudukan pasukan PKNS ke arah lebih baik dalam saingan Liga Perdana selepas ini," kata Elavarasan.

Beliau ditemui pemberita selepas perlawanan Liga Perdana antara PKNS FC dan SPA Putrajaya FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Mengenai perlawanan hari ini, Elavarasan nyata kecewa dengan persembahan hambar yang ditampilkan pemain skuad 'Semut Merah' itu kerana gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

Beliau turut mengakui permukaan padang tidak rata, selain keadaan cuaca panas antara punca mereka gagal meraih tiga mata bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Perdana.

Dalam pada itu, pengurus pasukan PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengesahkan bahawa Patrick dijangka beraksi semula pada 19 Jun ini, menentang Kuala Lumpur di Stadium MBPJ.

Beliau menjelaskan tempoh penggantungan Patrick bagi tiga bulan kedua dari 12 Jun hingga 11 Sept ini, ditangguhkan terlebih dahulu bergantung kepada kelakuan pemain berkenaan.

"Dengan adanya Patrick, sudah tentu kita mengharapkan kedudukan pasukan kita akan bertambah baik. Saya akui jentera serangan pasukan kita agak lemah terutamanya pada perlawanan hari ini," kata Mahfizul Rusydin.

Sementara itu, pengendali SPA Putrajaya FC Mohd Shah Alias Mohd Norbit berpuas hati dengan kejayaan pasukannya mencuri satu mata dan berharap ia menjadi pembakar semangat kepada pemainnya untuk melakar kemenangan pada perlawanan selepas ini.

"Saya gembira kerana kita berjaya meraih satu mata. Saya harap kita dapat kekal dalam saingan Liga Perdana musim ini," kata bekas pemain kebangsaan era 80-an itu.

Pada masa sama, Mohd Shah Alias menggesa jentera serangan pasukan itu supaya bekerja keras terutamanya dalam menyempurnakan peluang terhidang di depan pintu gol lawan.


sumber:www.stadiumastro.com

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.084372 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top