CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Amutu mahu gegar Sarawak di Kuching

6-5-2015 11:37 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1842| Komen: 0

Description: Tiga pemain import iaitu Gilmar Da Silva dari Brazil, Erwin Carillo (Colombia) dan Austin Amutu (Nigeria) akan menjadi sandaran The Red Warriors (TRW) dalam pertembungan dengan Sarawak pada saingan Li ...


Tiga pemain import iaitu Gilmar Da Silva dari Brazil, Erwin Carillo (Colombia) dan Austin Amutu (Nigeria) akan menjadi sandaran The Red Warriors (TRW) dalam pertembungan dengan Sarawak pada saingan Liga Super di Stadium Negeri di Kuching, pada Sabtu.


"Sebolehnya kita tak mahu balik tangan kosong dan Amutu rasanya dia mampu beraksi dan dia sendiri mahu bermain," kata jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah.

"Saya yakin beliau mampu beraksi dan moral pemain ketika ini amat baik, selain itu kita masih ada Mohd Nor Farhan Muhammad, Wan Zack Haikal Wan Noor dan lain-lain, kita mahu mencapai kemenangan," katanya.

Mohd Azraai Khor turut mengingatkan barisan pemain tempatan serta importnya supaya menumpukan pada perlawanan serta mempamerkan aksi terbaik mereka bagi membolehkan TRW berada di kedudukan terbaik dalam liga musim ini.  

Kelantan juga perlu berwaspada kerana Sarawak semestinya akan mempamerkan yang terbaik untuk bangkit selepas tewas 0-1 di tangan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lepas.

Selepas sembilan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan kini berada di tangga kesembilan dengan 10 mata manakala Sarawak berada di kedudukan ke-10 liga dengan sembilan mata.

sumber:www.stadiumastro.com

3

Bagus

Marah
4

Terkejut
2

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.090477 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top