CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LPT2 TOLL Bermula Ogos 2015.

29-4-2015 09:53 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6601| Komen: 23




LPT2


KEMAMAN - Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang telah siap sepenuhnya dan dibuka secara percuma kepada lalu lintas sejak 31 Disember lepas, dijangka akan mula mengenakan tol pada Ogos hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Ir Rosli Othman berkata, pada awalnya LPT2 sepanjang 184 km dengan harga RM3.7 bilion itu dijadualkan mula mengenakan tol pada Jun ini namun terpaksa ditunda atas beberapa faktor.

"Saya difahamkan ia akan mula mengenakan tol selepas hari raya puasa ini dan sehingga kini kita masih tidak tahu kadar bayaran tol itu.

"LPT2 itu akan dikendalikan oleh Plus dan dijangka mereka akan mengenakan kadar tol berasaskan kepada LPT1," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan kawasan Terengganu Selatan di sini hari ini.

Ir Rosli berkata, ketika ini kerja-kerja membaiki lebuh raya itu sedang berjalan yang dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ini kerana terdapat sesetengah kawasan di lebuh raya itu jalannya beralun seperti laluan Jabor hingga ke Kijal dan Ajil.

Plus akan mengambil alih lebuh raya itu dengan lapan plaza tol.  

Mengenai kemalangan yang sering berlaku di sepanjang lebuh raya itu, Ir Rosli berkata beberapa faktor telah dikenalpasti antaranya kecuaian manusia itu sendiri.

"Lebuh raya itu jalannya lurus dan ada pemandu yang mengantuk lalu terbabas.

Kita juga tidak nafikan faktor binatang ternakan yang memasuki kawasan lebuh raya turut menyumbang kepada kemalangan," katanya.

Ir Rosli berharap tuan punya binatang mengawasi ternakan mereka supaya tidak memasuki kawasan lebuh raya kerana ia menyumbang kepada kemalangan. -Bernama



15

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 29-4-2015 01:42 AM
Baru je lalu 2 hari lps. What can i say its too dangerous untuk bawak laju sgt. Jlan beralun tak berapa rata dan angin lintang yg kuat juga and the emergency lane sgtla kecik dan sempit. Spjg i lalu ada juga accident. One more thing.. Isilah minyak penuh. There is no rnr yg berfungsi dgn petrol station.
Quote Teh_90 29-4-2015 04:23 AM
melinda_kerr replied at 29-4-2015 01:42 AM
Baru je lalu 2 hari lps. What can i say its too dangerous untuk bawak laju sgt. Jlan beralun tak ber ...

byk tempat jln bertampal....tak layak d panggil lebuh raya sbb mcm jln persekutuan je...
Quote qronaldo7 29-4-2015 09:03 AM
melinda_kerr replied at 29-4-2015 01:42 AM
Baru je lalu 2 hari lps. What can i say its too dangerous untuk bawak laju sgt. Jlan beralun tak ber ...

stuju!! minyak tu paling penting. kalau tak kena cari exit mane2 isi dlu bru masuk blik highway
Quote matchstick 29-4-2015 11:57 AM
melinda_kerr replied at 29-4-2015 01:42 AM
Baru je lalu 2 hari lps. What can i say its too dangerous untuk bawak laju sgt. Jlan beralun tak ber ...

Btol. Dh penah kena. smpi jabor menggagau cari stesen minyak. Nk waze line intenet xde
Quote dewi 29-4-2015 12:00 PM
"Lebuh raya itu jalannya lurus dan ada pemandu yang mengantuk lalu terbabas.


pic atas tu ker lebuhraya yg lurus yg di perkatakan?
Quote lurve82 29-4-2015 12:20 PM
mmg beralun2...agak2 xkonfiden xde la nk pecut...ooo besok nk ke sana lg...rindunya ohhhh...
Quote minyak 30-4-2015 10:29 AM


mmg beralun yg amat...nak-nak sejurus sebelum naik apa2 jambatan cm kt atas neh...ada sedikit gap aras tar antara tar atas tanah dgn tar atas jambatan tu wehhh...kalo lalu kwsn2 jambatan ni hati2la korang
Quote dino 30-4-2015 10:37 AM
melinda_kerr replied at 29-4-2015 01:42 AM
Baru je lalu 2 hari lps. What can i say its too dangerous untuk bawak laju sgt. Jlan beralun tak ber ...

psl isi minyak penuh last time balik trg... ingat cukup.... last 0 bar terus ko hahah...  tp sempat la.... smp dah nak sampai kuala trg dah....
tp mmg kena isi... ingat stesen minyak dah bkak...
btw diorg lupa nak cite menda mistik..... kwsn rehat pun siap org tua nasihat jgn singgah
Quote melinda_kerr 30-4-2015 10:40 AM
dino replied at 30-4-2015 10:37 AM
psl isi minyak penuh last time balik trg... ingat cukup.... last 0 bar terus ko hahah...  tp sempa ...

Yeke.. Lastime tgk semua masih lg under renovation. Prefer balik siang klau malam mau seram jugak. Tp byk bus express dah start lalu situ
Quote dino 30-4-2015 10:51 AM
melinda_kerr replied at 30-4-2015 10:40 AM
Yeke.. Lastime tgk semua masih lg under renovation. Prefer balik siang klau malam mau seram jugak. ...

takde apa2 kot.... dah kwsn utan kan.... harus la tmpt tinggal depa....
Quote Anak_Nogori 30-4-2015 10:55 AM
dino replied at 30-4-2015 10:51 AM
takde apa2 kot.... dah kwsn utan kan.... harus la tmpt tinggal depa....

Mmmmm mengarut je semua tu..dah takut..daun pisang pun dikatakan hantu..
Quote dino 30-4-2015 10:56 AM
Anak_Nogori replied at 30-4-2015 10:55 AM
Mmmmm mengarut je semua tu..dah takut..daun pisang pun dikatakan hantu..

mana ade takut.... tp org rumah yg takut..... siap pak mertua jgn singgah rnr la apa la
Quote melinda_kerr 30-4-2015 11:01 AM
dino replied at 30-4-2015 10:51 AM
takde apa2 kot.... dah kwsn utan kan.... harus la tmpt tinggal depa....

Tkde apa kot.. Lgipun kereta bus dah byk lalu jlan tu. tk thula klau ketera dan bus tu bunian yg punya. Lol
Quote dino 30-4-2015 11:04 AM
melinda_kerr replied at 30-4-2015 11:01 AM
Tkde apa kot.. Lgipun kereta bus dah byk lalu jlan tu. tk thula klau ketera dan bus tu bunian yg p ...

sbb hr tu balik pagi.... kat lpt ni gelap gulita dgn kabus.... mcm pilem mist tu..... terbayang makhluk besar mcm cite mist tu.... keta depan pun tak nmpk okeh... klau balik siang ok la.... terang benderang
Quote HaifaHanna 30-4-2015 11:10 AM
Pasal jalan 1 hal, pasal binatang masuk dlm higway tu pon masalah jgak..pelik betol la, tak tau la knape ade org potong pagar tu smpai lembu tapir sume bole masuk...nk kate buat jlan pintas rasenyer takde rumah pon sebelah pagar tu..tak tau motif g potong pagar tu, mcm jakun pulak...nk3 kalo dh nk smpai dkt area exit bukit payung/marang tuh...
Quote mybluegetz 30-4-2015 11:29 AM
sebelum nk charge tol kena ade stesen myk

klu rnr dgn kedai makan tu boleh la lambat sikit

tp stesen myk wajib bukak aa ir rosli

jgn nk blasah duit rakyat jer.
Quote Anak_Nogori 30-4-2015 11:31 AM
mybluegetz replied at 30-4-2015 11:29 AM
sebelum nk charge tol kena ade stesen myk

klu rnr dgn kedai makan tu boleh la lambat sikit

jadi maknanya..gomen kena buat stesen minyak la ye..
Quote dauswq 30-4-2015 11:36 AM
Lpt3 smbg ke kelantan bile nk wat erk?
Quote mybluegetz 30-4-2015 11:49 AM
Anak_Nogori replied at 30-4-2015 11:31 AM
jadi maknanya..gomen kena buat stesen minyak la ye..

gomen bukak la bid sapa nk bukak
ini dr perseptif pengguna lpt2 jer. seksa takde stesen myk.

dh la kena byr tol nnt

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.101508 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top