CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Firman Kesal Kemiskinan Keluarga Jadi Jenaka

28-4-2015 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14365| Komen: 68

Firman Kesal Kemiskinan Keluarga Jadi Jenaka


Juara program Akademi Fantasia 2014, Firman kesal apabila latar belakang keluarganya dijadikan bahan jenaka dan hinaan pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial.

Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir, 26, berkata, tindakan sesetengah pengikut lama sosial mempersendakan keluarganya golongan miskin adalah sama sekali tidak wajar.

"Mengatakan keluarga saya miskin dan mempersoalkan tentang asal usul kami adalah kritikan paling teruk saya terima sejak bergelar anak seni.

"Saya tidak tahu mengapa perlu melibatkan keluarga sekiranya saya ada membuat sebarang kesalahan dan kenapa pula menjadikannya bahan jenaka," katanya kepadamStar Online.
Bagaimanapun kata penyanyi berasal dari Sabah ini, meskipun kecewa namun dia sedar satu-satunya jalan untuk menghentikan perkara itu dengan berusaha keras bagi meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga.

"Saya tidak terfikir untuk ambil tindakan dengan apa mereka katakan kerana ia tidak akan membuatkan saya menjadi lebih baik.




Firman bakal muncul dengan album pertamanya.
"Saya kena kuat menghadapi cabaran sebagai anak seni dan perlu berusaha mengubah kehidupan saya tambahan pula saya bukan berasal dari keluarga senang," ujarnya.

Dalam pada itu, Firman berkata, sejak bergelar artis dia mula sedar bahawa industri hiburan bukan seperti mana disangkakan sebelum dia bergelar penyanyi.

Jelas Firman, status juara AF 2014 bukan batu loncatan buatnya untuk mudah mengukir nama sebaliknya perlu berusaha keras agar bakatnya menyinar.

"Sebelum ini saya sering anggap kerjaya sebagai penyanyi ini cukup indah selain tetapi realitinya bukan begitu.

"Saya sedar menjadi penyanyi memerlukan saya sentiasa meningkatkan diri agar tidak ketinggalan kerana persaingan cukup hebat," jelasnya.

Sementara itu, Firman berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan album sulungnya yang bakal berada di pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Kata Firman, pihak pengurusan turut memberikannya kepercayaan untuk menentukan hala tuju album berkenaan selain mencipta sebuah lagu berjudul Kau Yang Satu.

"Album itu nanti akan memuatkan tujuh buah lagu dan ia masih mengekalkan konsep pop rock dan berharap peminat akan menyukainya," katanya


2

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eLiaD 28-4-2015 12:56 AM
Move on la bro..!
x kan x abes 2x nk jaja kisah sedih..
Klo masa dlm AF boleh la raih simpati..
Quote jefri90 28-4-2015 01:01 AM
dalam akademi boleh la main kad miskin ni....kat luar ni kena ada bakat betul2 atau gosip panas betul2..
Quote jetrofa 28-4-2015 01:07 AM
Dalam pada itu, Firman berkata, sejak bergelar artis dia mula sedar bahawa industri hiburan bukan seperti mana disangkakan sebelum dia bergelar penyanyi.


...selama ni apa yg ko sangka dek? Panas hingga ke petang?
rasain...
Quote imransulaiman 28-4-2015 04:22 AM
Taktik nak suruh orang beli album dia lah tu! :zz
Quote kucen_miang 28-4-2015 05:17 AM
Sendu huhu
Quote mizzmimi 28-4-2015 05:26 AM
terasa diri amat terhina kau lakukan..
Quote de_ikea 28-4-2015 05:34 AM
Dunia ni penuh cabaran. Bertabahlah dikk
Quote fifie_olin 28-4-2015 07:19 AM
xde cite lain ...hrpkan cite mcm ni la nk naikkan nama...
blk kg je la nokks
Quote SiMontel 28-4-2015 07:28 AM
mamat ni...xde cite lain dah ke?
jgn la peduli kata org..biarlah kalau keluarga kita miskin pun yg penting kita usaha perbaiki taraf hidup..
Quote ridz09 28-4-2015 08:02 AM
Ntah....citer basi
Quote Lorra2411 28-4-2015 08:13 AM
tak perlu kot nak jaja kisah macam ni, artis lain pun dulunya ada asal miskin. tapi cuba rebut peluang, bukan menagih simpati je.
Quote HOTCILI 28-4-2015 08:25 AM
Bukan org yg permainkan kemiskinan fmily dia ni. Tp dia sndiri. Kalau papa kedana sekalipon azam ko tu kna la kuat. Xsuke sgguh aku ngn org cenggini. Diri sndiri yg hina fmily dia miskin tp nk salahkan org plk. :
Quote enchikfitz 28-4-2015 08:30 AM
Nanges dia baca komen2 uols ni
Quote budakmanentah 28-4-2015 08:44 AM
dia xde aura la
Quote manehnya 28-4-2015 08:44 AM
eh eh... so?

juara mlm kump zero x penah kesah pun? mesken pun still upload pic kt kampong halaman
Quote IxoraP 28-4-2015 08:48 AM
ada AF ke last yr? huhuu...
Quote Orix 28-4-2015 08:50 AM
epekeh eku tek mempuuuuuu..... epekeh eku tek leyekkkkk....
Quote IxoraP 28-4-2015 08:51 AM
kalau ko x nk digosip, x nak idup ko jd phatian, jgn jd pnyanyi dik oii.. byk lg keja ko dpt buat
Quote Syd 28-4-2015 08:58 AM
@maxim laa tu selalu gelak2an si firman neh

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.122133 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top