CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Hamidi : Anda Sentuh Isu Peribadi Pemimpin BN Akan Ditangkap Serta Merta

27-4-2015 09:34 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10810| Komen: 78



Itu amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh BN kepada calon yang bertanding bagi pilihan raya ini, di sini.

Beliau berkata BN tidak akan menggunakan serangan berbentuk peribadi dan dia menyeru supaya semua pihak yang bertanding perlu berkempen dengan berhemah.

“Marilah kita berkempen secara berhemah dengan cara berdemokrasi. Sistem demokrasi yang kita laksanakan mestilah dibuat dengan cara yang telus.

“Penduduk dan rakyat Permatang Pauh yang akan menjadi hakim,” jelas Zahid dalam satu sidang media semalam selepas merasmikan jentera Puteri BN bagi PRK Permatang Pauh di Dewan Transformasi, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

BACA:Zahid yang juga pengarah PRK Permatang Pauh BN berkata penduduk di sini sudah matang dan bersedia untuk beralih angin untuk menyokong BN.

Beliau turut mengulas bahawa PR seharusnya tidak menggunakan elemen simpati untuk meraih undi di Permatang Pauh ini.

“Itulah strategi mereka (PR). Tiap-tiap kali pilihan raya, umum atau kecil kononnya mereka underdog. Underdog apa? Mereka kerajaan negeri, kamilah underdog

“Kamilah sepatunya mendapat simpati daripada rakyat Permatang Pauh kerana selama 17 tahun ini kami dinafikan hak untuk membantu rakyat Permatang Pauh. Dan hak Permatang Pauh telah dinafikan dan dipinggirkan.

Simpatilah kepada kami sebagai calon underdog. Cukuplah, cukuplah, cukuplah, kami pula,” ujar Zahid.

BACA PRK P. Pauh: Antara pembangunan dan kepimpinan yang ditagih penduduk

Zahid juga berkata penduduk di sini sudah jelak dan jemu dengan segala tomahan dan fitnah yang dilemparkan kepada BN.

BN juga akan menggunakan pendekatan baru seperti komunikasi interpersonal iaitu komunikasi secara bersemuka dengan penduduk di sini, jelas Zahid mengenai salah satu strategi parti.

"Saya yakin beberapa isu yang dibangkitkan pihak PR terutama mengenai GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dapat dijelaskan kepada setiap individu-induvidu dengan komunikasi interpersonal."

PRK Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PKR, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.

Empat calon berkenaan ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62 (PKR); calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 (Parti Rakyat Malaysia).

LIHAT ALBUM : Penamaan calon PRK Permatang Pauh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, manakala pengundian awal 3 Mei.

PRK ini diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

7

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boyagombak 26-4-2015 12:40 PM
Awas jaga jaga ada yg memerhati

Biro Saisatan Amengok (BISA)
Quote mak_wa95 26-4-2015 12:41 PM
dengar tu..

menteri dah warning
Quote perang_candu 26-4-2015 12:44 PM
Memang zalim lah.. Nak tangkap orang sesuka hati.. nak dakwa atas tuduhan ape?
Quote zidane_ziege 26-4-2015 12:45 PM
klu x sentuh isu liwat nk sentuh isu apa? gst?
Quote alinone78 26-4-2015 12:46 PM
Ohkay....kebalnya
Aku pun hak jadi pak Menteri lah!
Quote edee_91 26-4-2015 12:47 PM
Bn tak pernah guna isu peribadi katanya.
Quote dino 26-4-2015 12:51 PM
alinone78 replied at 26-4-2015 12:46 PM
Ohkay....kebalnya
Aku pun hak jadi pak Menteri lah!

dah terdesak sgt..... klau tahu dah sokongan merosot so buat la keje dgn jujur... amanah.... ingat msia ni north korea.... nak sekat rakyat bersuara dah terlambat le....
Quote spankee_fili 26-4-2015 12:52 PM
Takde video 3gp la kali ni...olohhhhh.......
Quote scorpionkiki 26-4-2015 01:00 PM
Dulu boleh kempen pasal kemakmuran negara... pelaburan masuk bertubi tubi... keamanan yg dicemburui oleh negara lan...tp skrg ...
Quote lvsg8 26-4-2015 01:00 PM
dia takut orang kutuk rosmah dgn najib kut...
Quote bangcak 26-4-2015 01:06 PM
dino replied at 26-4-2015 12:51 PM
dah terdesak sgt..... klau tahu dah sokongan merosot so buat la keje dgn jujur... amanah.... ingat ...

dari kuar stetmen bangan menyakit hati
elok terus terang je
"kepada yg tidak memangkah calon bn boleh ditangkap"
Quote dino 26-4-2015 01:09 PM
bangcak replied at 26-4-2015 01:06 PM
dari kuar stetmen bangan menyakit hati
elok terus terang je
"kepada yg tidak memangkah calon bn  ...

kan.... bodoh nak mampus... lg org sakit hati nengok....  
Quote bungarose 26-4-2015 01:16 PM
kalau kita tertanya2 camner? kena tangkap gak ker?
kalau pemimpin2 ok dan tak buat perkara2 yang mendatangkan sangsi n kemarahan rakyat...xder ler kami ni bercakap hal korg.
Quote PEPPERMAN 26-4-2015 01:19 PM
saya harap, selain isu GST, BN akan menggunakan peluang PRK ni untuk menejlaskan kenapa Malaysia belum melaksanakan hudud, supaya rakyat akan leboh faham dan mengerti dan tidak terpedaya dengan taktik PAS
Quote MeghanK 26-4-2015 01:29 PM
TT pun, tolong la edit sikit artikel tu
Quote scorpionkiki 26-4-2015 01:30 PM
r1122 replied at 26-4-2015 01:09 PM
Mahdir pun dah slow..takut kena tangkap, klu tangkap letak penjara lain tak pe. Yg paling dia takut  ...

kak... brp depa bayar kak ...soalan ikhlas ni
Quote MeghanK 26-4-2015 01:32 PM
r1122 replied at 26-4-2015 01:09 PM
Mahdir pun dah slow..takut kena tangkap, klu tangkap letak penjara lain tak pe. Yg paling dia takut  ...

bila pulak mahathir dah slow semakin agresif je saya tengok..infact semalam pon ada buat perhimpunan kan..

baru keluar gua ke

Quote Decaffeinated 26-4-2015 01:35 PM
batang dan lobang saiful bukan isu peribadi k.... yang itu isu 1Malaysia....

Quote tungkai 26-4-2015 01:35 PM
Ayat sendiri pun contradict ada hati nak sound org...prffff

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068534 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top