CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK P.Pauh: Legasi Anwar bakal kekal, PKR pilih Azizah sebagai calon

25-4-2015 11:32 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9651| Komen: 67

Description: SEBERANG JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.


SEBERANG JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) bagi Pilihan Raya Kecil  (PRK) Permatang Pauh  yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pemilihan itu diumumkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat PRK Permatang Pauh di Seberang Prai Arena, Seberang Jaya sebentar tadi.

Majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.

Azizah yang juga merupakan penyandang kerusi itu pada tahun 1999, 2004 dan 2008, akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin.

Sebelum ini BN pada Khamis menamakan Suhaimi Sabudin yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh sebagai calon bagi PRK ini .

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN di Pusat Operasi BN Bandar Perda yang turut dihadiri pemimpin parti komponen BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April, manakala pengundian awal 3 Mei.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Parlimen Permatang Pauh dianggap sebagai kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menguasai kerusi itu sejak tahun 1982.

Anwar menduduki kerusi itu pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995 sebelum dihukum penjara enam tahun pada 1999 setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana menyalah guna kuasa.

Azizah kemudian menjadi anggota Parlimen di situ pada 1999 hingga 2008 sebelum bertindak mengosongkannya bagi memberi laluan kepada Anwar selepas beliau dibebaskan pada tahun 2004.


5

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 24-4-2015 11:38 PM
Hahaha ... Ahlik PKR lain semua dah masuk Ameno kan.
Quote Acong 24-4-2015 11:40 PM
dulu papa ketum...... lepas tu mama ketum... lepas tu papa ketum.... lepas tu mama ketum.....

apa kegoblokan ini?
Quote AbukRokok 24-4-2015 11:44 PM
pompuan lahanat ni xhabis habis
bubar je la PKR tu..... orang lain dah pupus  
Quote Acong 24-4-2015 11:45 PM
aku doakan PKR lingkup kat permatang pauh.......! org permatang pauh bila nak CELIK?
Quote primemova 24-4-2015 11:47 PM
Hebat betol kerjaya poliik wan jijah... Kajang pun dia sapu, permatang pauh pun dia bakal sapu.... pasti wan jijah seorang ahli politik yg berwibawa, prihatin, efisyen dan ada track record yg cemerlang  
Quote ice_sky92 24-4-2015 11:50 PM
Errrrrr xde orang lain ke....
Quote Anak_Nogori 24-4-2015 11:51 PM
Calun recycle...kata dlm pkr tu ramai yg muda
Quote primemova 24-4-2015 11:53 PM
Apa agaknya manifesto wan jijah...
Quote chaintea 24-4-2015 11:58 PM
hari tu letak jawatan sbb nk jaga cucu kan?

PKR xde orgg lain ek
Quote pyropura 25-4-2015 12:24 AM
....Majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.....


eh,  para pumimpin tinggi Pas semua datang  yer? hancor lagi usaha Umenok mengorat PasPisPus...
Quote munchkin 25-4-2015 01:31 AM
kasi lah orang lain. tak yah nak ikut culture "orang lain tu".
Quote TuntungReturn 25-4-2015 06:42 AM
ini dinamakan demokrasi tepimpin
Quote dino 25-4-2015 06:53 AM
pyropura replied at 25-4-2015 12:24 AM
eh,  para pumimpin tinggi Pas semua datang  yer? hancor lagi usaha Umenok mengorat PasPisPus.[/b ...

itu geng pro anwar pyro... ofcoz membontoti anwar.... haji hadi mai tak?
dlm PAS dah pecah dua....
Quote Innrukia 25-4-2015 07:05 AM
BN dgn BN nya PKR dgn PKR nya...
Kesialan apakah politik Malaysia skrg:zz
Quote kasibiman 25-4-2015 08:32 AM
primemova replied at 24-4-2015 11:53 PM
Apa agaknya manifesto wan jijah...

Manifesto: Laki aku, laki aku dan laki aku. Persetankan dgn rakyat.
Quote scorpionkiki 25-4-2015 08:43 AM
PKR ni gampang... dah UMNO tu dgn najibnya, buat lah perangai elok sikit... at least kita kita ni nampaklah parti mana nak dipilih jd pemerintah...so selfish of them all
Quote dcruins 25-4-2015 09:18 AM
dah macam parti PAP Singapore pulak, anak,bini dan kerabat dibawa sama.....

kalah kak ros.....
Quote ultra78 25-4-2015 09:36 AM
Jijah pun Jijahlah, ABU

Quote zieq 25-4-2015 09:43 AM
harap PKR kalah juga. wan azizah, bagi aku, da hilang credibility as leader sejak video china doll.. and langkah kajang. apa dia buat utk laki dia je.

tp mcm mahathir cakapla.. PKR mesti menang punya.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058788 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top