CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Teman Tapi Mesra - Stacy & Akim

24-4-2015 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21320| Komen: 85

Teman Tapi Mesra - Stacy & Akim


Meskipun ramai sudah mengetahui hubungannya dengan penyanyi Akim Ahmad bukan sekadar teman biasa, Stacy tidak meletakkan harapan tinggi kerana masih belum melangkah ke fasa seterusnya.

Stacy, 25, yang ditemui pada sidang media Ceria Popstar musim ketiga di Damansara, semalam, berkata, dia tidak mahu kisah mereka berdua terlalu dihebahkan kerana buat masa ini mereka masih lagi dalam peringkat berkawan.

“Kami masih lagi berkawan. Belum ke arah fasa yang seterusnya lagi.

“Disebabkan hubungan itu belum betul-betul serius lagi jadi tak perlu rasanya kalau nak bergambar bersama apatah lagi berkongsi gambar kami berdua di laman sosial. Tambahan saya perempuan dan tahu batas saya.

“Lagipun, dia (Akim) yang buka cerita dulu dan apabila sekarang orang asyik bertanya tentang hubungan kami, dia tanggung sendiri.

“Namun, saya tahu dia sekadar menjawab pertanyaan dan mahu berkongsi berita baik itu kepada umum,” tuturnya sambil tertawa kecil.

Stacy berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan hubungannya dengan Akim sejak mereka mula berkawan baik kira-kira 6 tahun lalu.

Pada masa sama, Stacy diminta mengulas faktor perbezaan agama menjadi punca dia berahsia mengenai hubungan mereka,

“Saya tak mahu komen tentang perkara itu kerana ia sensitif. Sama ada betul atau tidak tentang itu, biarlah hanya kami saja yang tahu,” katanya.

Sementara itu mengenai pemilihan sebagai tenaga pengajar program realiti kanak-kanak Ceria Popstar, Stacy menyatakan dia bersedia mengalas tanggungjawab itu dan menganggap sebagai rezeki.

Bagaimanapun, dia menolak dakwaan bersikap berat sebelah kerana ada dua daripada tiga peserta di bawah jagaannya berasal dari Sabah.

“Saya cuba mengajar teknik nyanyian berdasarkan pengalaman saya.

“Mungkin ada yang menganggap saya tidak layak mengajar mereka tetapi saya akan menggunakan pendekatan berkongsi pengalaman berdasarkan apa yang saya tahu dan susah senang saya bergelar artis sejak 7 tahun lalu.

“Sunggupun mereka masih kecil tapi saya lihat semua peserta sangat berbakat dan walaupun ada dua peserta bawah jagaan saya berasal dari Sabah, saya tidak akan pilih kasih. Saya akan layan mereka sama rata,” katanya.

Ceria Popstar musim ini kembali dengan pengisian lebih mantap dengan penampilan 10 finalis terbaik yang akan berentap merebut gelaran juara.

Selain Stacy, dua lagi selebriti yang terpilih untuk menyumbangkan khidmat dan kepakaran masing-masing iaitu Hazama dan Ronnie (Hyper Act).

Menarik lagi, empat juri dipertanggungjawab menilai persembahan peserta terdiri daripada Johan Raja Lawak sebagai juri tetap digandingkan dengan dua lagi juri tetap yang masih dikekalkan iaitu Datuk AC Mizal dan Zizan Razak.

Masih menampilkan Nabil Ahmad sebagai hos, Ceria Popstar akan bersiaran mulai 1 Mei ini di Astro Ceria (saluran 611) dan siaran serentak di Maya HD (135).


1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bubugaga 23-4-2015 05:00 PM
tajuk thread ni mcm si akim ni membuntingkan stacy. terkezut i
Quote de_ikea 23-4-2015 05:01 PM
Jurinya johan, ac, zizan... Ku pikirkan pertandingan acara lawak ini
Quote liyanur 23-4-2015 05:04 PM
aku baca tajuk ni, ingatkan depa dua gaduh....
Quote HOTCILI 23-4-2015 05:05 PM
bubugaga replied at 23-4-2015 05:00 PM
tajuk thread ni mcm si akim ni membuntingkan stacy. terkezut i

Yessss!!! 1st taim iollss baca pon mcm tu jgk. Ghopenye...
Quote HOTCILI 23-4-2015 05:08 PM
de_ikea replied at 23-4-2015 05:01 PM
Jurinya johan, ac, zizan... Ku pikirkan pertandingan acara lawak ini

Last season 2juri tetap sorg juri jemputan je kan?
Quote Duta lover 23-4-2015 05:13 PM
Napa skang akim suka pakai singlet
uh
Quote ayu_midori 23-4-2015 05:16 PM
Kemain tajuk..
Quote bambimbom 23-4-2015 05:16 PM
sape kate jijan kene banned dgn astro? elok je jd juri tetap lagi...

btw i penah nmpk akim kuar shopping dgn stacy kt midd, dorang kuar dgn adik badik stacy.. dlm hati i rase sedeynye tgk akim ni... adik badik dia sume stok2 mcm cina bukit sabah kuar pki suar pendek, rambut dye nye dgn bahasa sabah nye memekak2...

akim... amek gadis melayu dik...
Quote pichee 23-4-2015 05:25 PM
bubugaga replied at 23-4-2015 05:00 PM
tajuk thread ni mcm si akim ni membuntingkan stacy. terkezut i

kan..tahniah TT berjaya mengundang hampir fitnah..
Quote miyamiyo 23-4-2015 05:31 PM
Amboi tajuk. Mengundang rasa nak baca. Hahaha
Quote myakayina 23-4-2015 05:32 PM
bambimbom replied at 23-4-2015 05:16 PM
sape kate jijan kene banned dgn astro? elok je jd juri tetap lagi...

btw i penah nmpk akim kuar s ...

i can imagine that sis.. pity him..

Quote watie79 23-4-2015 05:32 PM
ishh ku ingat stacy dah kena ro*** dek akim :
Quote HOTCILI 23-4-2015 05:38 PM
pichee replied at 23-4-2015 05:25 PM
kan..tahniah TT berjaya mengundang hampir fitnah..

Ya ampuuunnn. Ke neraka la iollsss..
Quote Capital_S 23-4-2015 05:39 PM
Laaaa,masa mula-mula baca tajuk ingat kan Stacy di tebuk dek Akim nih..fikiran aku dah seleweng.....muahahahaha
Quote skymania 23-4-2015 05:44 PM
Aku ingt anak angkat stacy tu, anak akim...
Quote liyamariska 23-4-2015 05:47 PM
tajuk thread nih mengundang kontroversi...
Quote Aya_Osman 23-4-2015 05:52 PM
ishhh...saspen jek..ape punye tajuk daa...
Quote kakasotong 23-4-2015 05:52 PM
Tajuk kemain gempakk. Rupanya isi cerita, senduu di aidilfitri. Tipah tertipuuuuuu nyah

Pasangan lemau ni bila nak kawin xtahu. Xlama lg reput la stacy ni. Mcm kamal - intan dlu2. Last2 putus. Payah la bila dah babit bab2 ugama ni.

Dr pemerhatian meols, stacy ni semacam susah nak convert agama, masuk islam. Kristian sheols kira kuat jugakla. Mcm marsha londoh.
Quote ninjago 23-4-2015 05:54 PM
bubugaga replied at 23-4-2015 04:00 PM
tajuk thread ni mcm si akim ni membuntingkan stacy. terkezut i

kan! igtkn stacy dah terpregnant

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050252 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top