CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20948|Reply: 2

“Ada ‘Filter’ Yang Boleh Nampak Cantik, Buat Apa Cucuk Sana Sini” - Maria Farida

[Copy link]
Post time 24-1-2026 11:09 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Datin Seri Maria Farida berkata dia menolak melakukan prosedur suntikan kecantikan atau mengubah wajahnya untuk nampak muda.


Memetik HibGlam, Maria berkata dia hanya melakukan rawatan wajah asas dan mahu menua secara semula jadi.


Tambahan pula, Maria berkata di zaman teknologi ini kita boleh menggunakan ‘filter’ yang boleh membuatkan gambar kelihatan cantik berbanding ‘cucuk’.


“Prosedur yang saya lakukan hanya rawatan biasa, bukan jenis yang melibatkan cucuk sana sini. Bagi saya, menua secara semula jadi itu lebih baik berbanding cucuk muka hingga kelihatan bengkak dan pelik.


“Lebih baik kita hargai apa yang Allah kurniakan selain memanjakan kulit secara alami. Saya tak kisah pun apabila ketawa, semua boleh nampak kedutan di mata dan sebagainya.


“Kita kan punya teknologi canggih, ada ‘filter’ yang boleh nampak cantik, kulit tegang dalam gambar. Lebih baik begitu daripada cucuk sana sini,” katanya.


Sementara itu, Maria berkata ramai menuduhnya melakukan operasi pada wajah namun pelakon tu rasa bertuah kerana semua keluarganya awet muda.


“Mungkin faktor genetik juga memberi kesan. Saya bersyukur kerana ahli keluarga saya semuanya awet muda. Ibu saya, arwah nenek dan di sebelah keluarga ayah termasuk dari Filipina, semuanya nampak tak dimamah usia,” katanya.


Sumber : HibGlam, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2026 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni Filipino yang cantik mcm jenab n the fam
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 09:33 AM | Show all posts
L.U.S.M replied at 25-1-2026 07:49 AM
Ni Filipino yang cantik mcm jenab n the fam

Ok je MF ni mengaku dia filipinoy .. dan memang cantik dipandang.

Yang seketul pilak tu je tak nak mengaku... nak tunggu kawen dengan segaraga, nak tukar jadi arab pulak nanti.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036505 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list