Gara-gara tidak mencapai tahap piawaian sebagai seorang pengacara atau lebih tepat lagi tidak memberikan prestasi yang baik sewaktu mengendalikan program hiburan, Hip TV di saluran TV9, pelakon Miera Liyana khabarnya telah disingkirkan dari program tersebut. Bagi mendapatkan kesahihan mengenai perkara ini, GUA menemubual pelakon drama ‘Kamelia Katrina’ ini ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Pecah’, di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini. “Isu ini tidak benar kerana saya bukan disingkirkan tapi kontrak saya selama lima bulan bersama Hip TV sudah tamat. Orang boleh cakap macam-macam tapi mereka kena tahu pengacaraan merupakan satu bidang baru buat saya dan saya sendiri bukan dilahirkan sebagai seorang pengacara. Sewaktu awal-awal mereka mahu mengambil saya, saya dah beritahu yang saya seorang pelakon dan bukannya hos. Saya hanya boleh bagi apa yang termampu dan tak janji boleh memuaskan hati mereka,” ujar Miera yang bergandingan bersama Kamal Adli dalam program tersebut. “Pihak produksi ingin buat konsep ala-ala E-News dan sebab itu, penonton boleh lihat saya lebih santai ketika mengacarakan program itu. Jika orang nak tuduh saya sebagai punca rating Hip TV jatuh, saya rasa semua orang ada akal fikiran dan boleh berfikir dengan betul. Saya dah lakukan yang terbaik untuk program ini. Apapun, saya seronok buat Hip TV dan tak serik untuk mengacara andai ada tawaran lagi selepas ini. Menurut khabar angin yang sampai ke telinga GUA, pengacara baru yang akan mengambil alih tempat Miera Liyana dan Kamal Adli ialah Aidid Marcello dan Hunny Madu. Kalau benar perkara ini, apa kata anda, suka atau tidak?
|
skymania posted on 14-6-2013 04:43 PM
aku dh lama gler tak tgk hip tv..last tgk rasanyer pengacara kertu bapok tuh..
ADVERTISEMENT