CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Awis Vokalis Baru Kumpulan Spin

21-4-2015 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12780| Komen: 19

Awis Vokalis Baru Kumpulan Spin


PETALING JAYA: Selepas lima tahun kematian Achik (Spin)  akibat kemalangan jalan raya, kumpulan tersebut memutuskan adik penyanyi tersebut iaitu Awis menerujui band itu sebagai penyanyi utama.

Menurut salah seorang ahlinya iaitu Aie atau nama Wan Mohd Zuhairi Wan Mohd Zain, pemilihan Awis dibuat selepas mereka mengadakan uji bakat bagi mencari penyanyi baru.

"Kami mengadakan uji bakat untuk mencari pengganti vokalis asal yang boleh memberi nafas semula kepada kumpulan Spin selepas lima tahun pemergian arwah Achik.



"Awis telah dipilih sebagai vokalis baru kumpulan Spin selepas kami mendapati dia mempunyai jiwa dalam menyampaikan lagu dan memahami perjuangan Spin," katanya kepada mStar Online.

Kumpulan Spin ditemui pada majlis 'Santai Bersama Spin' di Restoran Hase Ikan Bakar, Damansara Damai.


Awis, penyanyi baru Spin.

Majlis itu merupakan tribute kepada arwah Achik yang telah meninggal dunia lima tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Tambahnya lagi, kemunculan semula Spin selepas lima tahun menyepi dari industri muzik adalah untuk meneruskan perjuangan kumpulan itu dengan mengekalkan genre muzik yang sama.

"Perjuangan kami terhenti seketika selepas pemergian arwah Achik serta sukar untuk bergerak kerana tidak mempunyai vokalis dan kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

"Kemunculan semula kumpulan ini adalah untuk meneruskan perjuangan Achik dan Spin bagi merubati kembali hati peminat serta memeriahkan lagi industri seni tanah air.

"Kami akan mengekalkan genre muzik yang sama seperti dahulu dan akan mewarnai muzik tersebut dalam bentuk yang lebih moden dengan mengikut pengedaran zaman masa kini," jelasnya.

Kumpulan tersebut kini tampil dengan lima orang anggota iaitu Awis (Vokalis), Raymie (Pemain Bes), Fidaz (Dram), Shah (Gitaris) dan Aie (Gitaris).

Terdahulu, Allahyarham Achik Spin meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda.

Spin suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu Mengusung Rindu, Janji Kita, Utusan Rindu dan Hadirlah Mustika yang masih menjadi siulan ramai.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dalima 21-4-2015 08:56 AM
kelllasss. Awissss nama diberi. Masih bernafas lagi rupanya Spin ni ya..
Quote cemolot 21-4-2015 09:04 AM
kenapa tak ambik KOKSPIN je...
Quote enchikfitz 21-4-2015 09:07 AM
Tua2 dah semua
Quote maharani_gebu 21-4-2015 09:26 AM
cemolot replied at 21-4-2015 09:04 AM
kenapa tak ambik KOKSPIN je...

mau si damien tu hantuk kpala kat dinding tiap kali dgr sore kokspin
Quote Mary_jane 21-4-2015 01:58 PM
Muka awis ni iras2 sam bunkface. "Malam ini kita punya"...
Quote chicsee 21-4-2015 02:05 PM
Apa khabar balu nya Achik Spin ngan anak2 dia eh...
Quote tomet05 21-4-2015 04:09 PM
vote for kokspin .. kukkuikui
Quote haruslah 21-4-2015 04:21 PM
AKU INGAT KAN

awie spin cerita pasal rozana dpt hak jaga anak
Quote Mya111 21-4-2015 04:23 PM
haruslah replied at 21-4-2015 04:21 PM
AKU INGAT KAN

awie spin cerita pasal rozana dpt hak jaga anak

Aku pun ingat gitu ..
Quote fcl29 21-4-2015 06:32 PM
beria bgtau nama sebenar gitaris tu... org tanak tau pon.. biasanya nk tau nama sebenar vokalis..
Quote damian_lee 21-4-2015 06:46 PM
semoga berjaya la dik.....
Quote munchkin 21-4-2015 07:17 PM
selamat maju jaya awis
Quote Fainors 22-4-2015 08:28 AM
haruslah replied at 21-4-2015 04:21 PM
AKU INGAT KAN

awie spin cerita pasal rozana dpt hak jaga anak

Aku pun ingt mcm tu..  Hehe..
Quote pheonix84 22-4-2015 08:33 AM
cemolot replied at 21-4-2015 09:04 AM
kenapa tak ambik KOKSPIN je...

bongokkkk sangattttt

nk tsembur roti canai aku ko tau tak
Quote meeza83 22-4-2015 04:07 PM
pheonix84 replied at 22-4-2015 08:33 AM
bongokkkk sangattttt

nk tsembur roti canai aku ko tau tak

hahaha kannnnnnn
kokspin kaluuuuuuuuuu hahahah dieeeeeeeeeee

Quote lil_honey 22-4-2015 04:18 PM
mcm beto version putih..tapi i loike beto lagi
Quote giyomi 22-4-2015 05:08 PM
Masih relevan lagi kah kumpulan ni.
Quote watie79 22-4-2015 05:14 PM
cemolot replied at 21-4-2015 09:04 AM
kenapa tak ambik KOKSPIN je...

hahahahaha....ko berjaya buat aku mengekek pepetang neh memula ku hengat "awas kaki spin" rupanya awis penyanyi spin
Quote addicted_girls 22-4-2015 09:05 PM
Kudutnye si awis ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042068 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top