Rafizi: 'Saya tak takut Najib saman saya'
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui 'teruja' untuk mempertahankan kenyataannya berhubung saman yang difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini. Jelas Rafizi, beliau dan barisan peguamnya sudah menjangkakan tuntutan tersebut akan dibawa ke mahkamah. “Saya teruja untuk mempertahankan kenyataan saya di mahkamah. Semasa saya mendapat surat tuntutan dalam bulan Disember lepas, saya ada membincangkan kemungkinan saman ini dibawa ke mahkamah. "Peguam-peguam saya turut teruja untuk menyoal balas Najib dan Rosmah di mahkamah nanti, seperti mana seluruh rakyat Malaysia ternanti-nantikan saat itu. Najib dan isterinya memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Pandan itu dan pemilik portal online 'Mediarakyat.net' berhubung video ucapan penghapusan subsidi minyak dalam satu forum pada 22 November, tahun lalu.
Najib dan Rosmah masing-masing selaku plaintif pertama dan kedua atas kapasiti peribadi memfailkan saman itu melalui Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 April lalu. Mereka menamakan Rafizi dan pemilik portal Media Rakyat, Chan Chee Kong sebagai defendan pertama dan kedua. Rafizi dalam pada itu menyifatkan tuntutan saman tersebut sebagai satu cara untuk menakutkan pemimpin PR. “Saya percaya ini sebahagian dari usaha untuk menakut-nakutkan pimpinan Pakatan Rakyat dari terus bersuara mengenai isu-isu rakyat. “Saya akan terus bersuara dan tidak akan takut dengan tindakan-tindakan mahkamah seperti ini,” tegasnya. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=870243
|
7
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT