CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rafizi Persoal Kaedah Pengurusan Sampah Di Selangor

13-3-2014 03:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7929| Komen: 66

Description: Pada Prk Kajang, Pkr Empat Teras Utama Menifesto Iaitu Membanteras Jenayah Dan Meningkatkan Keselamatan, Menangani Masalah Lalu Lintas, Pembangunan Anak Muda Dan Usahawan Serta Pembangunan Dan Penyele ...
Rafizi persoal kaedah pengurusan sampah di Selangor


CALON PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail, (tengah) bersama Pengarah Strategi Pakatan, Rafizi Ramli, (kanan) melancarkan poskad manifesto pakatan rakyat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Bilik Gerakan Utama Keadilan, Batu 12, Jalan Cheras, hari ini. - Foto Azhar Ramli


KAJANG: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kaedah pengurusan sampah dan sisa pepejal di Selangor yang disifatkan mempunyai banyak kelemahan.

Rafizi berkata, walaupun kerajaan negeri Selangor berjaya menjimatkan wang yang banyak, namun beliau sedar bahawa prestasi kutipan sampah di negeri itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Satu daripada punca yang menyebabkan masalah kutipan sampah di Kajang mahupun di seluruh Selangor ialah soal kawasan pelupusan sampah.

"Jadi satu perkara yang dijanjikan ialah kita akan usahakan peningkatan prestasi dengan mewujudkan satu tapak pelupusan sampah mesra alam," katanya pada sidang media selepas pelancaran menifesto parti itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang 23 Mac ini.

Pada PRK Kajang, PKR empat teras utama menifesto iaitu membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, menangani masalah lalu lintas, pembangunan anak muda dan usahawan serta pembangunan dan penyelenggaraan perbandaran.

Rafizi berkata, sekiranya perkara itu tidak dilaksanakan dengan baik maka lebih banyak kawasan di Selangor terpaksa dibuka untuk tapak pelupusan sampah.

4

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dasatgiler 12-3-2014 02:54 PM
selangor darul sampah?
Quote asher 12-3-2014 02:56 PM
memang btoi pong..
Quote Namirul_returns 12-3-2014 02:57 PM
Ok gak dia berani akui kelemahan.... tak macam yang satu kagi tu...
Quote crossfire 12-3-2014 03:04 PM
dasatgiler posted on 12-3-2014 02:54 PM
selangor darul sampah?

masuk 2 penggal baru nak mengaku...bukan apa tu saja nak BANTAI KHALID...
Quote Ryu-NurESQue 12-3-2014 03:06 PM
bukan takat selangor.. malaysia mmg negara smpah pong..
Quote anishacute 12-3-2014 03:10 PM
Ai yg dok kajang ni pon dah anggap sampah ibarat dedaun kekeringan berterbangan ditiup angin.. bau busuk pon ai anggap bau lavender.. nyamuk2 ai anggap pepatung...  redha je la... harap pkr menang kat kajang.. bley main sampah sama2..
Quote crossfire 12-3-2014 03:12 PM
anishacute posted on 12-3-2014 03:10 PM
Ai yg dok kajang ni pon dah anggap sampah ibarat dedaun kekeringan berterbangan ditiup angin.. bau b ...

Kak JIJAH sedia membantu
Quote AmMiNafeesa 12-3-2014 03:13 PM
subsidi je lah ambi pure..bau sampah pun sedappppp
jimat duit kerajaan selangor
Quote crossfire 12-3-2014 03:18 PM
AmMiNafeesa posted on 12-3-2014 03:13 PM
subsidi je lah ambi pure..bau sampah pun sedappppp
jimat duit kerajaan selangor

YB baru kak JIJAH tu nanti sedia membantu..
Quote anishacute 12-3-2014 03:18 PM
Flat kat bangi sec 4 sampai tingkat 2 sampah x berkutip..  lubang buang sampah tepi tangga tu siap berulat2.. terpaksa la naik tingkat 3 buang sampah lam lubang tu.. hrmmm hebat
Quote anishacute 12-3-2014 03:21 PM
Taman bukit mewah kajang.. semewah sampah2nya.. tak caya pi la tgk
Quote True-X 12-3-2014 03:22 PM
Macai pkr x kesah pon sampah2 ni...diorg lebey sayangkan anwart dan kak jijah...
Quote crossfire 12-3-2014 03:23 PM
anishacute posted on 12-3-2014 03:21 PM
Taman bukit mewah kajang.. semewah sampah2nya.. tak caya pi la tgk

YB sebelum ni tak buat kejer ker...takpe cuba YB Jijah, kalau YB abg non jgn haraplah, mana ada masa
Quote anishacute 12-3-2014 03:26 PM
Taman jasmin kajang pasar mlm nya kadang2 bau sampah sbb dibelakang tempat penjualnya tempat org buang sampah sbb tong sampah x disediakan.. seminggu 2x baru kutip..
Quote crossfire 12-3-2014 03:29 PM
anishacute posted on 12-3-2014 03:26 PM
Taman jasmin kajang pasar mlm nya kadang2 bau sampah sbb dibelakang tempat penjualnya tempat org bua ...

terbukti keluhan sebegini di pelusuk negeri...bersabarlah yer..org taman jasmin..lepas by election nanti tgk apa jadi pulok..
Quote anishacute 12-3-2014 03:30 PM
Taman putra kajang tilam kelamin lepas bersetubuh bley tgk dalam longkang x berkutip2 sampai tumbuh cendawan.. 3 blok kedai 4 tingkat hanya disediakan 2 tong sampah sahaja.. itu pon kat depan kedai makan.. tutup terus kedai makan tu.. sbb bau lavender kuat sangat.. welcome to kajang bebeh..
Quote anishacute 12-3-2014 03:34 PM
Smlm ai pergi taman technologi kajang plak.. keadaan sama je cam taman putra kajang.. harap pasaraya billion je la bersih skit..   
Quote slippergombak 12-3-2014 03:40 PM
Macai gegeh tak tdior jadi anjing cina mca disebalik menipu kunun pejuang melayu... yg pm ayam singgit.....ayam singgit...ayam singgit...
Quote akughi 12-3-2014 03:45 PM
sampah dan rafizi tiada beza

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.107609 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top