Anugerah Tribute P.Ramlee 2014 Kali Ke-2,Tv1 Rtm Siaran Langsung kemuncak Anugerah Tribute P.Ramlee 2014 bakal berlangsung dengan meriahnya di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur pada 19 April, Ahad ini dan disiarkan menerusi saluran TV1, pukul 9.05 malam di TV1. Penganjuran kali ke-2 oleh RTM dan Kumpulan Utusan dan mendapat kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. tahun ini menyaksikan 13 telefilem arahan pengarah-pengarah tersohor negara bertanding dalam sembilan kategori dipertandingkan. Malah Anugerah Tribute P.Ramlee kali ini bakal berlangsung bukan bersandarkan hiburan semata. Ia bakal menghimpunkan artis dan karyawan sama-sama mengangkat nama lagenda P.Ramlee dan seniman tanah air. 13 telefilem bertanding termasuklah Menunggu Hujan Teduh (Izma Aizal Yusoof), Seteguh Kasih Ibunda (Osman Ali ), Cinta Ke – 2 (Jamal Khan), Nak Kawin Lagi (Marjan Hananie), Mengapa Ku Diseksa (Zul Huzaimy), Kasih Antara Kita (Ismail Yaacob), Mahabbah Rindu (Bade Hj. Azmi ) dan Jeritan Batinku (Michael Ang ). Turut bertanding telemovie Apa Guna Berjanji (Datin Paduka Shuhaimi Baba), Kalau Itu Takdirnya (Amie Maziah) dan Engkau Laksana Bulan (Eirma Fatima), selain turut mempertandingkan dua drama terbitan Unit Drama TV RTM iaitu Apabila Kau Tersenyum (Kamaruddin Ambak) dan Demi Waktu Mahani (Fahmi Sarindi). Kategori dipertandingkan iaitu Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penampilan Khas Terbaik, Skrip Terbaik, Sinematografi Terbaik, Pengarah Terbaik dan Telefilem Terbaik. Dua pengacara yang telah dipilih untuk menerajui acara gilang gemilang malam ini iaitu gandingan Awal Ashaari dan Yasmin Hani. ---> (erkkk.....harap2 mereka tak membosankan jadi pengacara......) Acara karpet merah Prelude Anugerah Tribute P.Ramlee 2014 akan disiarkan siaran langsung di TV1 bermula jam 8.45 malam dan akan diacarakan oleh Sharifah Sakinah <---- (kinah tintong jadi pengacara red carpet chuolssss.....) Barisan artis yang akan membuat persembahan iaitu Datuk M.Nasir, Nassier Wahab, Azlan & The Typewriter, Forteen, Haziq, Black, Salwa Abdul Rahman, Musly Ramlee, Farhan dan Paladin. Anugerah bakal turut dihadiri YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi dan Multimedia). SENARAI CALON SETIAP KATEGORI ANUGERAH TRIBUTE P.RAMLEE 2014 ; PELAKON LELAKI TERBAIK : ZAHIRIL ADZIM PELAKON WANITA TERBAIK : SHERA AYOB PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK : RAISUDDIN HAMZAH PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK : AIDA KHALIDA PENAMPILAN KHAS TERBAIK : DIAN P.RAMLEE SINEMATOGRAFI TERBAIK MOHD SHAHRIZAD SAAD SKRIP TERBAIK MAZELAN MANAN TELEFILEM TERBAIK : KALAU ITU TAKDIRNYA PENGARAH TERBAIK ; AMIE MAZIAH
|
putehkundor replied at 15-4-2015 01:15 PM
Salwa buat persmbahan?
Awat tak ajak j onn, haiza, rohana jalil dan tushee sekali? Kecewa mak teh.. ...
cm_matjawasp replied at 15-4-2015 10:12 PM
Harap harap si Serawa ni tak nyanyi lagu "Samba Ria" meluat aku macam tak dak lagu lain nak nyany ...
putehkundor replied at 15-4-2015 01:15 PM
Salwa buat persmbahan?
Awat tak ajak j onn, haiza, rohana jalil dan tushee sekali? Kecewa mak teh.. ...
ADVERTISEMENT