Sherry di tuduh gilakan suami orang? Pelakon Sherry Ibrahim sedih dengan sikap ada segelintir peminat fanatik dan haters drama Cinta Ibadah yang memberikan komen-komen negatif di laman sosial ekoran watak yang dilakonkannya. Menerusi laman Instagram miliknya, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 32, meluahkan perasaan serta memohon agar peminat tersebut menghentikan segala tomahan dan kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap dirinya. Bekas pramugari ini juga meminta agar penonton dapat membezakan antara lakonan dan realiti. Kata Sherry, hakikatnya apa yang dilihat penoton itu bukanlah dirinya yang sebenar tetapi dia sekadar menghidupkan karakternya sahaja. Dalam drama tersebut Sherry memagang watak sebagai doktor Irma yang pada awalnya baik, tiba-tiba bertukar menjadi ala-ala bitchy kerana tergila-gilakan suami orang. Impaknya, ramai peminat drama tersebut bengang dengan Sherry. Selain Sherry, Cinta Ibadah turut dibarisi pelakon sepert Fattah Amin, Aishah Ilias, Raja Ilya, Nor Albaniah dan ramai lagi. Drama 180 episod arahan pengarah Sidhar Jetty itu ditayangkan Astro Prima dan Maya HD. http://www.malaysiandigest.com/h ... an-suami-orang.html
|
6
Bagus |
4
Marah |
1
Terkejut |
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
de_ikea replied at 15-4-2015 12:06 PM
Ada ke org layan citer ni... Hahaha
missDollie replied at 15-4-2015 01:01 PM
biar betik cinte ibadah ada fanatik..
ADVERTISEMENT