CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ayda Jebat Bergaduh Dengan Shila Amzah?

15-4-2015 02:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34716| Komen: 177

Ayda Jebat Bergaduh Dengan Shila Amzah

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2015: Baru-baru ini portal Murai telah menerima kiriman e-mel daripada peminat yang kurang senang dengan tindakan penyanyi Shila Amzah.

Menerusi e-mel tersebut, peminat itu mendakwa Shila seakan mempertikaikan penggunaan ayat ‘#muahciked’ yang dipopularkan oleh aktres Ayda Jebat.
Portal Murai telah  menghubungi Ayda untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan isu ini.
 


“Saya tahu perkara ini menerusi peminat saya. Sejujurnya, saya rasa pelik. Saya sendiri tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa sebenarnya. Saya merasakan perkara itu adalah benda kecil yang tak perlu diperbesarkan dan tidak patut menjadi isu pun.

“Tetapi, saya rasakan semua orang tahu yang saya menggunakan perkataan ‘#muahciked’ untuk berinteraksi dengan peminat saya. Itu boleh dikira sebagai perkataan saya sendiri untuk bermesra dengan peminat. Semua artis pun ada ayatnya tersendiri untuk berinteraksi dengan peminat,” ujar Ayda memulakan perbualan.

Tidak kisah jika orang lain menggunakan perkataan tersebut, Ayda merasakan perkara itu tidak menjadi pertikaian untuk dirinya. Namun begitu, Ayda mengakui yang perkara itu telah mengguris hati peminatnya.

“Kini saya lihat ramai orang yang menggunakan perkataan yang sama dan tidak ada pertikaian mengenai perkara itu. Saya pun tak kisah orang mahu gunakan perkataan itu kerana ianya tak menjadi satu isu bagi saya. Bila ada tweet mengatakan ‘#muahciked’ menjengkelkan, saya rasa pelik, lagi-lagi dari individu yang mempunyai ramai followers.

"Jika benar ada yang rasa annoying dengan perkara tersebut, seharusnya perkara itu didiamkan sahaja. Sejujurnya, saya sendiri tak kisah jika ada sesiapa pun mahu tweet mengenai perkara itu, saya pun tidak respon perkara tersebut di Twitter tetapi ianya telah mengguris hati peminat-peminat saya,” kata Ayda lagi.


Mengakui yang dia tidak mempunyai masalah dengan Shila dan tidak pernah berjumpa dengan penyanyi itu, Ayda merasakan yang Shila bukanlah saingan untuk dirinya kerana Shila sudah berjaya menempa kejayaan sendiri di peringkat antarabangsa.

“Bila Shila tweet perkara tersebut, banyak peminat yang ‘C.C’ saya. Walaupun saya tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa, saya rasa perkara itu tidak patut. Dia ada banyak pengikut di Twitter. Saya sendiri sebelum tweet apa-apa perkara, saya akan fikir masak-masak terlebih dahulu. Kalau perkara yang tak perlu dan tak patut, saya tak akan tweet.

“Saya sendiri tak ada masalah dengan dia, tidak mengenalinya secara peribadi dan tidak pernah berjumpa dengan dia. Saya sendiri rasakan dia bukan saingan saya. Dia merupakan artis yang sudah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, saya pula hanyalah seorang pelakon yang mula mahu menapak dalam industri. Saya sangat hormati dia sebagai seorang artis senior. 

Saya enggan memanjangkan lagi perkara ini dan saya harap dengan penjelasan saya, isu ini terhenti,” ujarnya mengakhiri perbualan.

7

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicsee 10-4-2015 05:53 PM
Iol lagi annoyed ngan si Shilalat yg manjang selfie buat muka konon kiut...2x5=10...jeles lattewwww
Quote SenahMontanah 10-4-2015 05:53 PM
alahhhh btol ape shila amzah tu tweet..mmg nyampah ngan perkataan2 bdk2 bbnu
Quote kukukatablog 10-4-2015 05:54 PM
shila amzah x tau kot yang ayda jebat yang perkenal ayat bbnu tuh,
aku pon baru tau, and geli
Quote SenahMontanah 10-4-2015 05:55 PM
awaaaa siaa taaa kuad!!
Quote doubleA 10-4-2015 05:55 PM
gigihnya pengirim emel tu
Quote doubleA 10-4-2015 05:57 PM

wtfish is that? bahasa alien mana tu
Quote pinkzara 10-4-2015 05:58 PM
I pun x suka perkataan tu.
Quote palmolive 10-4-2015 06:00 PM
apalagi tunggu, gaduh jek la..setakat lawan twitter mcm bapuk...
Quote meteorspeed 10-4-2015 06:03 PM
aku lagi annoying ng shila hamzah..suka cetus propa..ari tue gambar ngan ayah suh orang teka n create kontroversi kata bf dioo..poyo la shila...kalu selpok muka ala ala comel gitu padahal nan hado jer muka... bagus nanas tinggal ko...
Quote hanna88 10-4-2015 06:05 PM
muahciked tu apa maksudnye..ce kabo..

shila ni bajet dia tak wat2 comel plak..
kemain berlambak selfie bajet comel even mmg la lawa kan..
aku rase 2x5 je dgn ayda tu..
Quote jesbon 10-4-2015 06:10 PM
hanna88 replied at 10-4-2015 06:05 PM
muahciked tu apa maksudnye..ce kabo..

shila ni bajet dia tak wat2 comel plak..

Muah sikit.
Ciked tu kot yang macam menjengkalkan. Kuikui...
Quote Siti_Ahmad 10-4-2015 06:12 PM
Hihi malu nak reply..akak ni nak masuk 40 da....tapi suke je ngan ayda jebat..ceria..giler gile....muka comel sangat....tengok tak puas..

.....Muahciked...watevala...bukan dosa pon......itu trademark dia....

bukan semua peminat dia BBNU....tengok dia lebih kepada anak-anak...

Quote Daisy_Putih 10-4-2015 06:13 PM
bagus ayda x cepat melatah..

jeles ke org punya # jadi trend?

biarlah org nak # apa pon.. itu hak dia.. tp yg agak annoying #panjang-panjangntahapa2
tp  i just chill je la.. benda ni x menjejaskan hidup , ekonomi negara pon..
Quote hanna88 10-4-2015 06:15 PM
jesbon replied at 10-4-2015 06:10 PM
Muah sikit.
Ciked tu kot yang macam menjengkalkan. Kuikui...


haha muah tu tau..yg ciked tu..jenuh pikir ape bende haha..ok da paham ciked is sikit
Quote kimsa-ra 10-4-2015 06:18 PM
bg iols shila ni propa n jeles lettew.. iols yg bukn pminat ayda ni pn tau #muahciked tu dr dia.. iols tgk ayda tu pn xkaco org.. shila dh xde job ke
Quote hotmak 10-4-2015 06:19 PM
iols rasa lg annoying kot si shila ni perasan cun, siap tepek video anta kat bf, bbnu sangat perangai tu, sikit2 taken, sikit2 bae, muntah :::
Quote hotmak 10-4-2015 06:21 PM
rasanya yg mulakan muah ciked ni si annas adik beradik penjual sekirt tu
Quote Putri_Icha 10-4-2015 06:22 PM
hek elehhhhh lalat....dia pon guna muahciked aritu...tetiba plak ko nk annoyed plak..dh knapa?
Quote Syd 10-4-2015 06:26 PM
amran fans awal2 dulu lagiiii dah guna

muahs ciked.

sambil pandang ke arah toto

Lihat semua komen(177)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052694 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top