CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Tauke Report Polis, Saman Penulis Blog

15-4-2015 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12363| Komen: 47

Tauke Report Polis, Saman Penulis Blog


PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) bertekad untuk menyaman tiga penulis blog yang masih menyebarkan fitnah dengan menuduh dia adalah individu yang dikaitkan sebagai pelawak kasanova atau kaki perempuan.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, tuduhan tersebut amat keterlaluan sehingga menjejaskan pekerjaannya sebagai penyampai radio di ERA FM.

"Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan itu.

"Setakat ini polis sedang buat siasatan dan petang nanti (Selasa) saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka," ujarnya kepada mstar Online, di sini, Selasa.

Tauke sempat merakamkan gambar ketika membuat laporan di Balai Polis Gombak pada Isnin.



Tauke membuat laporan polis di Balai Polis Gombak, dekat sini, kira-kira pukul 10 malam Isnin terhadap tiga penulis blog yang menfitnah dirinya sebagai individu terkait dengan gosip 'pelawak kasanova'.

Terdahulu, Tauke sudah memberi penjelasan kepada media bahawa dia bukan pelawak yang dikatakan mempermainkan beberapa gadis dengan menghantar mesej-mesej berbaur lucah.

Sementara itu, Tauke berkata, perkara tersebut bukan sahaja menjejaskan imejnya sebagai pelawak, malah memberi kesan buruk terhadap program SATE kendaliannya di ERA FM.

Program tersebut keudara pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 4 petang hingga 8 malam.

"Selama ini saya berdiam sahaja jika mereka tulis cerita buruk tentang saya, tetapi kali ini terlalu melampau kerana ia turut menjejaskan stesen radio dan progam yang saya kendalikan di Era FM.

"Saya buat demikian untuk membersihkan nama saya semula dan memberitahu bahawa saya tiada kaitan dengan kontroversi tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berharap tindakan yang dilakukan itu dapat memberi pengajaran terhadap penulis blog yang lain agar tidak mengaut keuntungan dengan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak marah kalau sesuatu cerita saya itu ditembual oleh wartawan atau daripada pihak media yang diiktiraf dan kenyataan itu daripada mulut saya sendiri.Malangnya terdapat blog-blog yang gemar menulis sesuka hati tanpa mengambil kenyataan saya.

"Mereka mahu mengaut keuntungan cara mudah sehingga sanggup menutup periuk nasi orang lain," tegasnya

****credit to Mstar Online

5

Bagus
10

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 15-4-2015 06:40 AM
Sape sbnr nya ni??? Zizang ka  tokeh ka???
Quote espri6006 15-4-2015 06:46 AM
miabebe replied at 15-4-2015 06:40 AM
Sape sbnr nya ni??? Zizang ka  tokeh ka???

Ko Rase????
Quote miabebe 15-4-2015 06:48 AM
espri6006 replied at 15-4-2015 06:46 AM
Ko Rase????

Tatau sbb tu tanya...hihihi
Quote kucen_miang 15-4-2015 06:52 AM
So yg tak buat polis repot tu lah. N yg dah buat repot tu pun takkan dpt bersihkan nama sebgi kaki betine.
Quote miabebe 15-4-2015 06:57 AM
Zizang???? Ish3 xku sangka...
Quote mokcikKSKB 15-4-2015 07:21 AM
Alah kalau takat buat polis report x semestinya ko betul toke weiiii:
Quote maxim 15-4-2015 07:22 AM
Harap polis buat siasatan siapa sebenarnya pelawak tersebut
Quote maharani_gebu 15-4-2015 07:25 AM
tunggu zizang wat report polis pulak...

#beranikeranabenar
Quote buragazz 15-4-2015 07:25 AM
Ntah2 gi balai kawtim...mana tau...

Tapi aku suka banget dengan "EDISI Polis Sentri".... World..!!
Quote makton 15-4-2015 07:26 AM
panggil balik pmpuan tu, mintak tunjuk muka & no tel pelawak tu. setel kes.
Quote Syd 15-4-2015 07:38 AM
ai ngeri neh yu ols

hahahaha

loyar, dimanakah dikau??

bayienggggg

http://mforum.cari.com.my/forum. ... =pelawak&page=2





Quote Suchi 15-4-2015 07:57 AM
kalau kt fb kan selalu ade org2 post gosip tajuk ala2 gempak
contoh Punca sebenar wanita bogel di jalan n bla2
sama gak ngn gosip artis tp kalo klik iklan je byk kadang tu xde mende pun
dah tu selalu gak letak tajuk2 yg undang fitnah.. cth kt forum org baru speku je
tp kt blog2 tu dah tulis tajuk terang2..g sebut nama artis yg di spekulasi kan
teruk betul lahh..kalo yg jenis baca tajuk je tak baca entri mst teruslah sangka yg bukan2.
Quote AshkieLa 15-4-2015 08:10 AM
dulu time adyporn... dia ade report polis tak?
Quote Lorra2411 15-4-2015 08:15 AM
AshkieLa replied at 15-4-2015 08:10 AM
dulu time adyporn... dia ade report polis tak?

mana nak report, laki perempuan tu yang failkan ke mahkamah dulu. acano?
Quote fifie_olin 15-4-2015 08:15 AM
sgt rare nm si tokey ni...skema dowhhh
x pdn dgn orgnya
Quote seb_baik 15-4-2015 08:19 AM
motif disebalik buat laporan polis adalah nk promote SATE
Quote AshkieLa 15-4-2015 08:23 AM
Lorra2411 replied at 15-4-2015 08:15 AM
mana nak report, laki perempuan tu yang failkan ke mahkamah dulu. acano?

ohh ya.. lupo.
Quote Mary_jane 15-4-2015 08:37 AM
bertekad untuk menyaman tiga penulis blog yang masih menyebarkan fitnah


Siapa agaknya tiga penulis blog tu??

Quote espri6006 15-4-2015 08:55 AM
Mary_jane replied at 15-4-2015 08:37 AM
Siapa agaknya tiga penulis blog tu??

1. Gob Blog
2. Rod Blog
3. Sun Blog



Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.101495 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top