CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

15 Orang Peluk Islam Terima Dakwah Adam Corrie Di FB & IG

14-4-2015 04:37 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11689| Komen: 59

PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia berjaya menarik kira-kira 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007.


Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah , 47, berkata, perkara tersebut dilakukan menerusi dakwahnya setiap hari di laman sosial Facebook (FB) dan Instagram.

"Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram. Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah."

"Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Adam, dia juga pernah mendapat mesej daripada seorang lelaki India yang menetap di Australia yang ingin mengetahui beberapa perkara tentang Islam.

Katanya, lelaki tersebut pulang ke Malaysia untuk melafazkan syahadah dan menganggap ayat-ayat yang saya muat naik itu memberi inspirasi kepadanya untuk memeluk agama Islam.

"Ada seorang lelaki berbangsa India, dia orang Malaysia tetapi menetap di Australia. Dia sering bertanya tentang Islam dan maksud ayat-ayat yang saya muat naik di laman sosial. Sehinggalah dia minta bantuan saya untuk menghubungi pihak tertentu bagi memeluk Islam. Selalunya, saya akan bawa mereka ke Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) atau seorang ustaz untuk mengetahui lebih lanjut serta cara untuk mengucap syahadah," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia dalam proses menjalankan projek ibadah umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan.

Katanya, projek yang sudah diusahakan selama dua tahun itu akhirnya bakal dilaksanakan pada 10 Jun depan bersama 25 jemaah dari Perkim.

"Projek ini sudah dua tahun saya usahakan, namun banyak sangat rintangan terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga, mereka kata ingin taja 40 jemaah, namun akhirnya diam tanpa sebarang mesej. Kali ini, pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk 25 jemaah, Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan," ujarnya.

Tambah Adam, dia masih mencari dana untuk duit perbelanjaan jemaah di tanah suci.

7

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote obelisk 14-4-2015 08:47 AM
masyaAllah hebat...
Quote amiraira 14-4-2015 08:47 AM
bagus la adam ni

all the best la ya
Quote crazypink 14-4-2015 08:49 AM
mashallah bagusnya adam corrie nie alhamdullilah

semoga allah swt permudahkan segala urusan utk adam
Quote aya_D'Brutal 14-4-2015 09:11 AM
huh..saper potong bawang ni....
Quote CrowneGlory 14-4-2015 09:14 AM
As a convert bertuahnya la wife dia dpt muallaf senang di didik... Yg islam balik makin ke laut...jawap pun mcm org bengong..cth thread tetek hybrid...
Quote crazecousa 14-4-2015 09:24 AM
terbaekkk la tailonggg
Quote chicsee 14-4-2015 09:32 AM
Alhamdulillah.... RESPECT!!!
Quote setokinpurple 14-4-2015 09:33 AM
10 jun? Semoga ada rezeki bertemu adam kat sana. InsyaAllah.. Besar pahala tarik org masuk islam ni. Semoga Allah membalas dgn mengurniakan zuriat buat isteri adam
Quote twins 14-4-2015 09:34 AM
Alhamdulillah....
Quote Lorra2411 14-4-2015 09:34 AM

Dragon maa, Tailong Rosyam Nor
Quote dalima 14-4-2015 09:35 AM
Masya Allah. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan Adam, team dan jemaah.
Quote pittjie 14-4-2015 09:44 AM
terharunya. kita yang dilahirkan islam pun belum tentu dpt mengislamkan orang lain. sob sob.
Quote BebeQ 14-4-2015 09:46 AM
47 tahun dah umur dia. ingatkan hujung2 30-an.
Quote Dadadi 14-4-2015 09:51 AM
besar pahala dia
Quote mesmerize 14-4-2015 10:12 AM
biasanya yang mualaf ni la yang gigih berdakwah berbanding moslem sejak lahir.. ingat dulu my opismate, indian man convert to muslim, sembang ngan ai pun cakap pasal agama, pastu opis kitorang ada la indians IT contractors mari dari india, ai selalu nampak mamat mualaf ni berdakwah cakap pasal islam kat diorang..
Quote Amina_Mirza 14-4-2015 10:17 AM
CrowneGlory replied at 14-4-2015 09:14 AM
As a convert bertuahnya la wife dia dpt muallaf senang di didik... Yg islam balik makin ke laut...ja ...

t*t*k hybrid? hahaha
Quote lima_kupang 14-4-2015 10:22 AM
baguih la dia nie...
lps masuk islammm pon dia belakon cerita dah makin sopan....
respect...
Quote obelisk 14-4-2015 10:46 AM

https://www.facebook.com/adamcor ... ?type=1&theater

ADAM CORRIE

April 11 at 10:59am · Kampong Klang Gates Bharu ·

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Illahi.. sudah selesai meeting program impian saya utk anjuran Kembara Iman (umrah) Saudara Baru bersama saya Adam Corrie akan menjadi kenyataan InsyaAllah bersama pihak PERKIM.
Setelah 2 tahun tertunda kerana tiada dana .
Program ini membawa 40 jemaah Saudara Baru secara percuma.
Keutamaan kpd;

1. saudara baru yg bersungguh-sungguh belajar ttg Islam.
2. aktif dalam berdakwah.
3. Tidak pernah mengerjakan ibadah umrah.

Alhamdulillah Sudah dpt tarikh iaitu 10Jun 2015 dan akan pulang ke tanah air pada 21 jun 2015 dan hanya 25 saudara baru sahaja yg dapat saya dan sahabat sy Adi Putra @adp_adiputra yg membantu mencari dana program ini setelah mengetahuinya awal thn ini. Serta Ustaz Rusydi @albairaha akan ikut serta dalam kembara ini.
Tujuan program ini untuk membantu Saudara Baru mengenali Islam dgn lebih dekat.
Menguatkan akidah saudara baru.
Dan ingin mendidik mereka menjadi muslim yg baik dan dapat menyebarkan keindahan Islam kepada sahabat-sahabat dan golongan not yet muslim.
Sekiranya ada antara sahabat-sahabat di IG / FB / twitter yg ingin membantu saya menjaya program ini dari sumbangan kewangan dan sebagainya .
Boleh buat sumbangan atas nama
ADAM CORRIE & FAZI NIAGA
BANK : MAYBANK
NO AKAUN : 562209633563
Sila maklumkan pada saya sekiranya sahabat-sahabat ada buat sumbangan walaupun RM1.00 untuk saya berikan surat/resit tanda terima kasih kerana memberi sumbangan.
Boleh PM email kan ke [email protected]
InsyaAllah
P/s: kenapa saya buat program utk muallaf. Kerana saya berasa bertanggungjawab membantu saudara baru krn saya juga saudara baru. Saya tahu masalah mereka. Akidah saudara baru perlu mantap dan perlu dibantu supaya tidak terumbang ambing. kalau kita ada niat baik. Kita terus buat. Tak perlu tunggu atau mengharapkan org lain buat. Bukan senang nak buat program baik. Banyak rintangan. Yang penting niat kita mesti kerana Allah

‪#‎saudarabaru‬
‪#‎adamCorrie‬ ‪#‎umrah‬ ‪#‎aqidah‬ ‪#‎perkim‬
Quote Lorra2411 14-4-2015 10:50 AM
CrowneGlory replied at 14-4-2015 09:14 AM
As a convert bertuahnya la wife dia dpt muallaf senang di didik... Yg islam balik makin ke laut...ja ...

tetek hybrid? siapakah?

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.231788 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top