CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pengemis Dihalau, Kembali Dengan Ferrari

9-4-2015 03:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9391| Komen: 29

Video Prank: Pengemis Dihalau, Kembali Dengan Ferrari


BINTANG YouTube, Josh Paler Lin diberitahu bahawa layanan antara satu sama lain berbeza mengikut taraf.

Beliau kemudian bertindak merekod sebuah video 'prank' untuk memastikan sendiri perkara tersebut.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik ke Youtube pada 23 Mac lepas, Josh menyamar sebagai seorang pengemis dan pergi ke beberapa buah restoran.

Tidak mengejutkan, beliau kemudiannya dihalau oleh pengurus restoran.

Josh kemudian datang kembali ke restoran-restoran berkenaan berpakaian kemas sambil  memandu sebuah kereta Ferrari.

Mengejutkan, pelayan-pelayan restoran tersebut berubah 100 peratus, melayan dan mempelawa Josh untuk menikmati makanan di restoran mereka.

Josh bagaimanapun bertindak memerli dan menghentam pelayan-pelayan tersebut tentang cara layanan mereka yang bermuka-muka dan memilih kasih.

Sehingga kini, sudah lebih enam juta pelayar menonton video tersebut.

Kebanyakannya tidak bersetuju dengan cara Josh melakukan 'eksperimen'.

"Saya tak setuju dengan (cara) ini. Itu dipanggil sebagai 'dress code'.

"Tiada siapa mahu makan berdekatan orang berpakaian kotor, tidak berkasut dan berkaki busuk!," kata seorang pelayar.

"Saya faham apa yang kamu cuba sampaikan, namun restoran-restoran berkenaan adalah 'high class' dan eksklusif. Cuba kamu buat eksperimen kamu di restoran-restoran biasa," kata bekas pelayan restoran, Elisabeth.

4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mishsyira 9-4-2015 12:48 AM
Hmm no komen
Quote ultra78 9-4-2015 12:54 AM


[youtube]ohx9_EfaaR4[/youtube]
Kalau berpakaian selekeh macam hobo sambil tolak troli mmg la org akan halau
Quote alieyrina 9-4-2015 07:29 AM
Betui jugak point2 pelayan tu...
Quote Lagubestbest 9-4-2015 08:14 PM
Dalam kfc selambe je pengemis masuk mintak sedekah. Takde pula kena halau.
Quote mbhcsf 9-4-2015 08:29 PM
Edited by mbhcsf at 9-4-2015 08:33 PM

well...ini budi bicara.

nak marahkan pelayan tu tak boleh jugak sebab restaurant tu bukan depa  punya dan cara depa suruh pengemis samaran tu mencari alternative tu pun bagus jugak , sopan bukannya biadap pun.  Cumanya depa   ragu ragu sama ada dia boleh atau mampu bayar harga makanan sebab penampilan dia...

So, kalau macam ni iktibarnya elok tanya ade cara untuk bayar cvash or credit dan kalau depa boleh bayar, patutnya benarkan jika dan hanya jika org itu nampak waras dan bersih.
Quote zorrro_03 9-4-2015 08:42 PM
Mamat josh ni nak tayang ferrari ke?  
Quote spiderman80 9-4-2015 09:10 PM
10 tahun lepas, Spidey pernah melepak di sebuah restoran KFC di Jalan Taiping,Klang pada waktu larut malam bersama seorang member. Sedang kami makan di tingkat atas, kami nampak ada sepasang orang tua berbangsa Cina yang berumur dalam lewat 60an gigih mencari sisa makanan dari meja ke meja (masa tu dah kurang customers dah) untuk dimakan.
Selepas 'puas hati' dengan carian mereka, pasangan tua itu duduk di sebuah meja untuk merasa makanan yang dikutip itu. Alangkah sedihnya Spidey dan member melihat gelagat mereka, jadi Spidey belikan satu set KFC untuk mereka. Pasangan tua itu berasa terharu apa yang kami buatkan untuk mereka.
Kesian melihat orang tua tidak dijaga oleh anak-anak dan dibiarkan mengemis.
Tak ada pula staf KFC yang menghalau pasangan tua itu walaupun perbuatan mereka akan membawa imej kurang baik kepada restoran tersebut.

Back to the topic, Spidey rasakan waiter atau manager dalam video tidak bersalah sekiranya tidak membenarkan seseorang yang berpakaian macam itu masuk menjamu selera. Tapi sekurang-kurangnya cubalah beritahu lelaki berkenaan kos makanan yang bakal dibayar sekiranya bercadang nak masuk makan. Cubalah bercakap dengan baik-baik.
Quote axl_bach 9-4-2015 09:20 PM
bodoh punya omputih, benda yg xperlu nak wat bideo prank dah bleh tau....guna common sense laaa........

wat bideo x beragak nak jatuhkan kredibiliti restoran2 tu laaa
Quote ifanonline 9-4-2015 09:25 PM
ini menunjukkan manusia ni hipokrit...no matter what race u are...
Quote spiderman80 9-4-2015 09:40 PM
axl_bach replied at 9-4-2015 09:20 PM
bodoh punya omputih, benda yg xperlu nak wat bideo prank dah bleh tau....guna common sense laaa..... ...

Walaupun prank ni tak patut, tapi lagi baik dari video prank yang kerjanya menakutkan orang yang maybe boleh mengakibatkan serangan jantung kepada mangsa prank.
BTW, mamat tu omputih ke? Macam muka Cinapek jer.
Quote axl_bach 9-4-2015 10:04 PM
spiderman80 replied at 9-4-2015 09:40 PM
Walaupun prank ni tak patut, tapi lagi baik dari video prank yang kerjanya menakutkan orang yang m ...

antara prank paling bangsat tanahair yg aku penah tgk adalah prank adlin dlm wakenabeb keatas Ziana Zain......gilos mmg bleh kena heart attack woooo dia prank minah tu

dan prank yg bleh menjatuhkan air muka plak yg Fahrin Ahmad kena, mmg menjatuhkan saham dia sebagai mAMAT sado tanahair bila menikus masa "taiko" pompuan yg dtg nak cenonet dgn dia dtg......

Quote spiderman80 9-4-2015 10:06 PM
axl_bach replied at 9-4-2015 10:04 PM
antara prank paling bangsat tanahair yg aku penah tgk adalah prank adlin dlm wakenabeb keatas Zian ...

Kan? Prank2 ni semuanya menyusahkan manusia.
Quote lavabutang 9-4-2015 10:10 PM
spiderman80 replied at 9-4-2015 10:06 PM
Kan? Prank2 ni semuanya menyusahkan manusia.

woii apek..

mana thread wa tak pemimpin kaki todi tu..??


Quote spiderman80 9-4-2015 10:12 PM
lavabutang replied at 9-4-2015 10:10 PM
woii apek..

mana thread wa tak pemimpin kaki todi tu..??

Awak dah cari betul2 ke belum Lava?
Quote lavabutang 9-4-2015 10:13 PM
spiderman80 replied at 9-4-2015 10:12 PM
Awak dah cari betul2 ke belum Lava?

dah kena lock..aphal..??


Quote spiderman80 9-4-2015 10:27 PM
lavabutang replied at 9-4-2015 10:13 PM
dah kena lock..aphal..??

Sorry, Spidey tak berapa ingat. Nanti Spidey check balik thread tu.
Quote kemaruk 9-4-2015 10:27 PM
spiderman80 replied at 9-4-2015 09:10 PM
10 tahun lepas, Spidey pernah melepak di sebuah restoran KFC di Jalan Taiping,Klang pada waktu larut ...

kalau saya mod, saya dah bagi kredit dekat posting yang menarik ni
Quote pooh~key 9-4-2015 10:28 PM
pondan sentap thread kena katup. budus bahlol betul...
Quote pittjie 9-4-2015 10:33 PM
spiderman80 replied at 9-4-2015 09:10 PM
10 tahun lepas, Spidey pernah melepak di sebuah restoran KFC di Jalan Taiping,Klang pada waktu larut ...

ko x tunggu pasangan tua tu sampai dia org balik? dan tgk dia org balik naik apa? ntah2 merc dia org park kat bawah tu der. eh kjp. bawah kfc jln tepeng tu ada tmpt parking x? dulu boleh kan parking tepi jln tu.  skrg dah x boleh kut.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.104430 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top