BINTANG YouTube, Josh Paler Lin diberitahu bahawa layanan antara satu sama lain berbeza mengikut taraf.
Beliau kemudian bertindak merekod sebuah video 'prank' untuk memastikan sendiri perkara tersebut.
Menerusi sebuah video yang dimuatnaik ke Youtube pada 23 Mac lepas, Josh menyamar sebagai seorang pengemis dan pergi ke beberapa buah restoran.
Tidak mengejutkan, beliau kemudiannya dihalau oleh pengurus restoran.
Josh kemudian datang kembali ke restoran-restoran berkenaan berpakaian kemas sambil memandu sebuah kereta Ferrari.
Mengejutkan, pelayan-pelayan restoran tersebut berubah 100 peratus, melayan dan mempelawa Josh untuk menikmati makanan di restoran mereka.
Josh bagaimanapun bertindak memerli dan menghentam pelayan-pelayan tersebut tentang cara layanan mereka yang bermuka-muka dan memilih kasih.
Sehingga kini, sudah lebih enam juta pelayar menonton video tersebut.
Kebanyakannya tidak bersetuju dengan cara Josh melakukan 'eksperimen'.
"Saya tak setuju dengan (cara) ini. Itu dipanggil sebagai 'dress code'.
"Tiada siapa mahu makan berdekatan orang berpakaian kotor, tidak berkasut dan berkaki busuk!," kata seorang pelayar.
"Saya faham apa yang kamu cuba sampaikan, namun restoran-restoran berkenaan adalah 'high class' dan eksklusif. Cuba kamu buat eksperimen kamu di restoran-restoran biasa," kata bekas pelayan restoran, Elisabeth.
nak marahkan pelayan tu tak boleh jugak sebab restaurant tu bukan depa punya dan cara depa suruh pengemis samaran tu mencari alternative tu pun bagus jugak , sopan bukannya biadap pun. Cumanya depa ragu ragu sama ada dia boleh atau mampu bayar harga makanan sebab penampilan dia...
So, kalau macam ni iktibarnya elok tanya ade cara untuk bayar cvash or credit dan kalau depa boleh bayar, patutnya benarkan jika dan hanya jika org itu nampak waras dan bersih.
10 tahun lepas, Spidey pernah melepak di sebuah restoran KFC di Jalan Taiping,Klang pada waktu larut malam bersama seorang member. Sedang kami makan di tingkat atas, kami nampak ada sepasang orang tua berbangsa Cina yang berumur dalam lewat 60an gigih mencari sisa makanan dari meja ke meja (masa tu dah kurang customers dah) untuk dimakan.
Selepas 'puas hati' dengan carian mereka, pasangan tua itu duduk di sebuah meja untuk merasa makanan yang dikutip itu. Alangkah sedihnya Spidey dan member melihat gelagat mereka, jadi Spidey belikan satu set KFC untuk mereka. Pasangan tua itu berasa terharu apa yang kami buatkan untuk mereka.
Kesian melihat orang tua tidak dijaga oleh anak-anak dan dibiarkan mengemis.
Tak ada pula staf KFC yang menghalau pasangan tua itu walaupun perbuatan mereka akan membawa imej kurang baik kepada restoran tersebut.
Back to the topic, Spidey rasakan waiter atau manager dalam video tidak bersalah sekiranya tidak membenarkan seseorang yang berpakaian macam itu masuk menjamu selera. Tapi sekurang-kurangnya cubalah beritahu lelaki berkenaan kos makanan yang bakal dibayar sekiranya bercadang nak masuk makan. Cubalah bercakap dengan baik-baik.
Walaupun prank ni tak patut, tapi lagi baik dari video prank yang kerjanya menakutkan orang yang maybe boleh mengakibatkan serangan jantung kepada mangsa prank.
BTW, mamat tu omputih ke? Macam muka Cinapek jer.
antara prank paling bangsat tanahair yg aku penah tgk adalah prank adlin dlm wakenabeb keatas Ziana Zain......gilos mmg bleh kena heart attack woooo dia prank minah tu
dan prank yg bleh menjatuhkan air muka plak yg Fahrin Ahmad kena, mmg menjatuhkan saham dia sebagai mAMAT sado tanahair bila menikus masa "taiko" pompuan yg dtg nak cenonet dgn dia dtg......
Post time 9-4-2015 10:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
spiderman80 replied at 9-4-2015 09:10 PM
10 tahun lepas, Spidey pernah melepak di sebuah restoran KFC di Jalan Taiping,Klang pada waktu larut ...
ko x tunggu pasangan tua tu sampai dia org balik? dan tgk dia org balik naik apa? ntah2 merc dia org park kat bawah tu der. eh kjp. bawah kfc jln tepeng tu ada tmpt parking x? dulu boleh kan parking tepi jln tu. skrg dah x boleh kut.