CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Riezman Terpaksa Tutup Restoran Selepas Kehancuran Rumah Tangga

30-3-2015 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20812| Komen: 72

Riezman Terpaksa Tutup Restoran Selepas Kehancuran Rumah Tangga

Riezman masih bersahabat dengan bekas isteri.


PETALING JAYA: Pelakon Riezman Khuzaimi terpaksa menutup sebuah restoran miliknya iaitu RK Recipe Cafe yang terletak di Jalan Persiaran Stonor, dekat sini, selepas bercerai dengan isterinya Kartina Ayub.

Riezman, 45, berkata, ia berikutan masalah kekurangan kakitangan dan tukang masak yang mana sebelum ini diuruskan oleh bekas isterinya itu.

"Saya terpaksa tutup satu restoran iaitu pada akhir bulan ini kerana masalah kekurangan pekerja dan tiada siapa yang menguruskannya.

"Kalau dulu bekas isteri yang buat dan dia juga yang menjadi tukang masak di restoran itu, manakala saya menguruskan sebuah lagi restoran di Taman Melawati.

"Sekarang, keadaan jadi kelam kabut kerana saya terpaksa berkejar ke dua tempat sekali gus," ujarnya kepada mStar Online.


Riezman dan Kartina bercerai selepas 14 tahun bersama.


Riezman sah bercerai talak satu dengan isterinya, pelakon Kartina Ayub di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 13 Januari lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7.

Dalam pada itu, Riezman berkata, dia akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada sebuah lagi restorannya di Taman Melawati (Kuala Lumpur) dan merancang untuk menukar konsep restoran tersebut.

"RK Recipe Cafe di Taman Melawati lebih besar dan sambutan disana lebih baik, jadi saya fikir untuk kekalkan yang di sana.

"Saya juga merancang akan buat sedikit perubahan dan menukar konsep restoran tersebut kepada yang lebih santai," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kehidupannya selepas berpisah, Riezman berkata, dia masih mempunyai hubungan rapat dengan bekas isterinya.

Katanya, mereka tetap menjadi kawan baik biarpun kedua-duanya membuat keputusan memutuskan hubungan suami isteri tersebut.

"Kami masih berkawan baik dan dia masih menjadi tempat saya bercakap serta berbual-bual.

"Kalau tiada perkara kami akan makan dan minum bersama untuk berkongsi cerita. Pada saya, tidak semestinya pasangan berpisah itu perlu bergaduh atau bermasam muka," ujarnya.


5

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Leen 30-3-2015 12:30 PM
Elok la kalau gitu.. Masih berkawan baik..
Quote kaklehot 30-3-2015 12:31 PM
elok2 saje b4 nih tup2 bercerai jugok..
Quote milo_888 30-3-2015 12:45 PM
Apaa punca cerai?

Wife dia ni muka stock2 pinoy/indon yg mat saleh suka.  Muka kampung habis tp exotic pada mata dorg.. mcm lana nodin la..
Quote elmen 30-3-2015 12:54 PM
cerai pulak.. alahai..
Quote munchkin 30-3-2015 01:14 PM
bertabahlah kamu berdua
Quote MellyNad 30-3-2015 01:18 PM
Bercerai.. tapi still kwn baik.. boleh ek macam tu..
Quote leftrani_kel 30-3-2015 01:19 PM
bgs la bkawan..untung2 leh rujuk blk
Quote kenarihitam 30-3-2015 01:20 PM
Bagus la mrk still bleh berbaik as a fren..
Quote newyork 30-3-2015 01:25 PM
Jumpa exwife dia dkt aeon au2.. Sexyla aku tgk.. Ya muka bini dia exotic tak cun tp ada tarikan org nk thk.. Ke seksi dia tu kot org tgk.. Haha
Quote Suchi 30-3-2015 01:31 PM
newyork replied at 30-3-2015 01:25 PM
Jumpa exwife dia dkt aeon au2.. Sexyla aku tgk.. Ya muka bini dia exotic tak cun tp ada tarikan org  ...

sexy ke tgk kurus je
Quote newyork 30-3-2015 01:35 PM
Suchi replied at 30-3-2015 01:31 PM
sexy ke tgk kurus je

Ya kurus , maksud aku pakaian dia..pakai singlet skirt gituh..
Quote bottombikini 30-3-2015 02:35 PM
MellyNad replied at 30-3-2015 01:18 PM
Bercerai.. tapi still kwn baik.. boleh ek macam tu..

sesetengah orang boleh...bergantung pada sebab cerai

kalo penyebab cerai tu orang ketiga..jangan harap la nak berkawan baik

Quote tomet05 30-3-2015 02:40 PM
seksi ke bini dia nih ?
Quote lylea 30-3-2015 03:03 PM
aku pernah jumpa..seksi n muka masam
Quote Crystal_Apple 30-3-2015 03:21 PM
mane2.... x jumpe pon....
Quote ice98 30-3-2015 08:56 PM
Dr berkawan kita berkahwin, ni plak dari berkahwin die berkawan.... Mmmm.. Mcm2 hal...
Quote miabebe 30-3-2015 09:42 PM
Takziah lah
Quote de_ikea 30-3-2015 10:26 PM
Tak nmpk mcm ada org pon kedai rk dia di melawati tu
Quote LiveYourLife 30-3-2015 10:29 PM
bagusla masih baik lagi.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.105351 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top