CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Erma Fatima Hina Sultan Johor?

27-3-2015 02:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23934| Komen: 79

Erma Fatima Hina Sultan Johor?



Ketika seluruh rakyat Johor masih lagi bergembira meraikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diadakan awal minggu ini, timbul pula satu isu panas yang mengaitkan nama pengarah terkenal, Erma Fatima, 47.

Ramai yang sedia maklum, selain seorang yang tegas dan garang, Erma juga sangat terkenal dengan sifatnya yang lantang dan gemar berkias dalam menyampaikan sesuatu atau meluahkan pendapatnya terhadap sesuatu perkara.

Terbaharu, menerusi satu foto yang dimuat naik Erma di laman sosial Instagram miliknya mendapat kecaman hebat khususnya daripada rakyat negeri Johor yang mendakwa Erma cuba mempersenda dan mempersoal kedaulatan Sultan Johor.

Foto berserta kapsyen dengan ayat-ayat berkias itu memaparkan seekor singa memakai mahkota sambil duduk di atas kerusi berlatar belakangkan tirai berwarna biru dan warna itu menjadi persoalan peminat



Lantas, Erma didakwa seolah mempertikai golongan berkuasa yang mampu berbuat apa sahaja termasuklah mempersendakan bangsa sendiri.

Ramai pihak terutama dalam kalangan rakyat Johor meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pengarah filem Perempuan Melayu Terakhir itu dan menyifatkan wanita itu seolah menghina raja mereka.

Namun, Erma pantas menafikan dakwaan tersebut. Menerusi ruangan komen foto berkenaan Erma menegaskan dirinya cukup menghormati sultan kerana itu lambang kedaulatan bangsa.

Beliau juga mengaku bertanggungjawab atas apa yang ditulis olehnya tetapi bertegas tidak akan menurunkan gambar dan status terbabit.



sumber : http://www.malaysiandigest.com/h ... a-sultan-johor.html




2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 27-3-2015 12:21 PM


Pelakon, Umie Aida juga mempertahankan tindakan kakaknya itu dan menganggap ia langsung tiada kena mengena dengan sultan
Quote aladin 27-3-2015 12:27 PM
betul apa kata erma fatima tu.

Org berpangkat ni, bukan terasa pun dengan masalah yang melanda rakyat jelata. (ayat sastera weh)

Quote krustykrab 27-3-2015 12:30 PM
die tulis tu in general.....berpangkat  tu maybe politician la tu
Quote duquesne 27-3-2015 12:44 PM
Dia tak tulis direct pun... statement dia tu boleh ditafsirkan pelbagai cara.. takhta tu tak semestinya literally takhta.. mungkin metafora.. atau kiasan atau apa jua...

But she's not that stupid to insult any royalties just like that.. dah banyak examples before this kan..
Quote revolusi_30 27-3-2015 12:49 PM
AkAk rasa beliau perli pasal kes 1MDB... Takda kaitan dgn mahkota selatan
Quote asamfish 27-3-2015 12:55 PM
adoiiiii....
orang kita cepat benau sentapnya
cepat benau prasangaka
korang hengat raja je ke yang bole duduk takhta bercrown bagai
Quote arffa 27-3-2015 01:01 PM
tak payah le nak emo sangat encik adam. you nak backup org kenamaan, politician dan seangkatan dengannya you dapat apa pun . dijulang bagai bukan diorang nak tahu kesusahan rakyat. ada diorang nak kisah! tak payah nak kimak sangat.....

kekadang kita sibuk nak stalk artis bila ada yang rasa tak kena pastu meroyan. like her said insta dia suka hati dia la nak bubuh caption apa pun. dia yang bertanggungjawab apa yang dia tulis. so sila unfollow kalau tak suka...
Quote imransulaiman 27-3-2015 01:03 PM
Mungkin kebetulan Sultan Johor baru ditabal...jadi statement Erma dikaitrapatkan
Quote itik_kuning 27-3-2015 01:06 PM
whatever.....

dah katanya kebebasan bersuara. so apa masalahnya?
Quote mixed 27-3-2015 01:24 PM
biar la dia nak kata apa pn

mesia ni mmg x bole nk bersuara langsung
silap sikit kena hangkut pc ke balai
negara demokrasi la sgt
Quote madeinborneo 27-3-2015 01:26 PM
standard Aisyah Hudud laa ni. perbuatan percakap menghina tapi tak berniat menghina.
Quote lizache 27-3-2015 01:34 PM
kat mesia di dah tak boleh cakap apa ke...... pakat2 semua sensitif bagai...
Quote elmen 27-3-2015 01:45 PM
time2 la pun nak up status camni.. holohhhh
Quote Naurah_rik 27-3-2015 01:56 PM
'bebas membunuh budaya'

sama macam apa yang aku fikir. hmmm.
Quote aezvogue 27-3-2015 02:18 PM
Naurah_rik replied at 27-3-2015 01:56 PM
'bebas membunuh budaya'

sama macam apa yang aku fikir. hmmm.

ape yg ko fikir? share la..
aku xreti bahasa2 sastera ni..
Quote mawar_pink 27-3-2015 02:30 PM
Btl LA tu ape yg Erma tulis...sale mkn cili dia LA rase pedas...emo lebih lak
Quote azie.dz 27-3-2015 02:36 PM
berpangkat...kak mah maybe...

cepat sgt lahai depa ni melatah
Quote siti_kus 27-3-2015 02:42 PM
apa-apa je la erma. next.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.137444 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top