CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Orang Bodoh Bincang Hudud Di Malaysia, Kata Nazri Aziz

25-3-2015 06:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28628| Komen: 385

Hanya Orang Bodoh Bincang Hudud Di Malaysia, Kata Nazri Aziz


Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan sesiapa yang melaksanakan hudud di Malaysia adalah 'bowdoh' kerana ia memerlukan pindaan dibuat ke atas Perlembagan Persekutuan.


Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bowdoh".


Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bowdoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Nazri berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.
"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.

"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat itu.

"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau Umno nak buat pun bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Tindakan PAS itu sekaligus menggoncang hubungan Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mendakwa Hadi memungkiri janjinya dalam mesyuarat PR apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen, kata Anthony Loke.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberikan komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan kepada mesyuarat berkenaan.

"Ini jelas dan bukti, pemberitahu usul ini diberikan, hari sama kerajaan Kelantan kemuka rang undang-undang.

"Tindakan Hadi langgar mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya, ketika mendedahkan sebahagian kandungan minit mesyuarat berkenaan.

"Ini sebahagian minit mesyuarat, ini janji yang diberikan Hadi."

Loke turut mendedahkan usul pemberitahuan bertarikh 18 Mac, sehari sebelum enakmen jenayah syariah di Kelantan di luluskan, yang diserahkan Hadi kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud.

7

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 24-3-2015 08:24 AM
Bodoh rupanya bapak metua ND ni yerr:
Quote sunquick 24-3-2015 08:28 AM
seorang menteri islam berkata begini...????
Quote jazaa 24-3-2015 08:29 AM
Bersangka baikkk.....

Maksud dia klu tak dpt dua pertiga suara di parlimen memng tak dpt dilaksanakn....bkn dia maksudkn klu laksanakn hudud tu bodoh....

:zz
Quote krustykrab 24-3-2015 08:34 AM
tak tau nak cakap apa...cuma berharap semoga Allah tunjukkan kau sesuatu agar kau tak keluarkan kata2 yang angkuh lagi
Quote hzln 24-3-2015 08:34 AM
betul lah tu apa dia cakap
buat hapa bincang menda yg TAK MUNGKIN bulih dibuat (dgn komposisi islam-bukan islam di parlimen yg ada sekarang)
bodoh lah tu namanya
Quote cupu 24-3-2015 08:34 AM
bincangpun dh bodoh dh..?klu pun hudud xdpt dilaksanakan dimsia krn perlembagaan,sekurang kurangnya pas dh berusaha menegakkan hukum Allah.yg xlulus,yg xsetuju tu nant kena menjawab kat akhirat.

baideway,org cerdik bincang psl apa?cara nk rembat duit rakyat?kat mn nak perabih duit rakyat?nk gi bercuti kat mana ngan bini muda?atau mmcm mn nk auta rakyat tentang anak yg xkeje tp asyik coti2 ngan gelpren artis?


Quote dragula 24-3-2015 08:37 AM
habisla macam ni. Apa lagi keperluan PAS selain hudud? gagal mentabir, gagal mengembang ekonomi
Quote Decaffeinated 24-3-2015 08:52 AM
kalo dah tau memang tak akan dapat kahwin dengan Angelina Jolie tapi at least dah cuba...

pandai ka bodoh?...

btw, fcuker lambat dua minit. thread dah ada...

Quote sekngucing 24-3-2015 08:54 AM
mahu melaksanakan hudud di malaysia seolah olah merancang utk melalui jalan yg sudah ditutup "no entry" "dead end"
Quote gaara_X 24-3-2015 08:55 AM
entah laa...apo nak jadi ngan Malaysia nie.....
Quote dragula 24-3-2015 08:56 AM
cupu replied at 24-3-2015 08:34 AM
bincangpun dh bodoh dh..?klu pun hudud xdpt dilaksanakan dimsia krn perlembagaan,sekurang kurangnya  ...

bincang melaksana hudud tidak bodoh, tapi bincang oppose hudud wajib dirogol
Quote kentutmanis 24-3-2015 08:58 AM
Adakah dlm konteks ini, umno cerdik pas bodoh? Najib ni saje je nak lagakan pr walhal at the first place he already knew that obviously hudud cant be implement
Quote mattzzx 24-3-2015 09:01 AM
Habis wakil rakyat UMNO Kelantan pun semua bodoh juga??
Quote sekngucing 24-3-2015 09:04 AM
ahli parlime islam di malaysia ada 137 orang
jumlah semua ahli parlimen 222 orang
ahli parlimen bukan islam ada 85 orang
perlu 148 orang utk meminda
Quote ~anya~ 24-3-2015 09:06 AM
mattzzx replied at 24-3-2015 09:01 AM
Habis wakil rakyat UMNO Kelantan pun semua bodoh juga??

Laa.. bukan wakil rakyat umno yang hudud kehulu hudud kehilir...yang bertahun2 sebut bincang teliti dan pinda dan teliti lagi dan pinda... perbuatan wakil2 pas... wakil umno setuju jahhh...
Quote dragula 24-3-2015 09:07 AM
sekngucing replied at 24-3-2015 09:04 AM
ahli parlime islam di malaysia ada 137 orang
jumlah semua ahli parlimen 222 orang
ahli parlimen bu ...

ada juga MP islam yg tidak bodoh, tapi sikit
Quote mattzzx 24-3-2015 09:08 AM
~anya~ replied at 24-3-2015 09:06 AM
Laa.. bukan wakil rakyat umno yang hudud kehulu hudud kehilir...yang bertahun2 sebut bincang telit ...

kalau setuju jah termasuk dalam dalam ketegori bodoh tak???

Quote zorrro_03 24-3-2015 09:10 AM
dia ni antara yang bakal kena hukum hudud jika dilaksanakan secara menyeluruh. hidup dia penuh dgn kes besar.  kes hummer dulu tu apa cerita.  senyap gitu je.
Quote sekngucing 24-3-2015 09:16 AM
zorrro_03 replied at 24-3-2015 09:10 AM
dia ni antara yang bakal kena hukum hudud jika dilaksanakan secara menyeluruh. hidup dia penuh dgn k ...

kau ingat senang senang ke nak hudud dia?
hanya sebab hudud tu hukum allah, tapi ia masih dilaksanakan manusia
manusia di malaysia ni berupaya ke utk sedia bukti bagi bawa si nazri aziz ni ke muka pengadilan, seterusnya dijatuhkan hukuman hudud?
aku takut, jadi mcm undang2 sekular sekarang juga, siapa berkuasa dia kebal, walau hukum allah sekalipun

Lihat semua komen(385)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052915 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top