CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Adik Allahyarham Achik Aktifkan Semula Kumpulan Spin

24-3-2015 12:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19986| Komen: 62

Description: Kumpulan Spin Diakui Cukup Popular Dengan Lagu-Lagu Balada Sekitar Tahun 1998 Hingga 2000 Di Bawah Naungan Syarikat Rakaman Fantasia Music City (Fmc). Lagu -Lagu Seperti 'Mengusung Rindu', 'Janji Kita ...
ADIK ACHIK AKTIFKAN SEMULA KUMPULAN SPIN


Kumpulan Spin diakui cukup popular dengan lagu-lagu balada sekitar tahun 1998 hingga 2000 di bawah naungan Syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC). Lagu -lagu seperti 'Mengusung Rindu', 'Janji Kita', 'Utusan Rindu', 'Hadirlah Mustika' masih menjadi siulan ramai hingga ke hari ini.  

Selepas kehilangan vokalis asal Acik yang telah kembali ke Rahmatullah, Spin telah menyepi dan seakan hilang daripada peta industri seni negara.

Kini, tahun 2015 menyaksikan kumpulan ini bakal aktif semula dengan penyanyi terbarunya Awis yang merupakan adik kepada Arwah Achik Spin. Suara Awis dikatakan mampu menandingi kehebatan vokal abangnya dan video nyanyiannya boleh didengari di akaun Youtube, AieSPIN7

Kumpulan ini juga sudah mendapat tawaran persembahan di Singapora pada 4 April ini dan di Brunei pada hujung tahun ini. Mereka juga akan mengadakan persembahan 'Santai bersama Spin' pada 18 April di Hectic Cafe plaza KL.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakasotong 19-3-2015 05:44 PM
[youtube]4lSPfvZXR-w[/youtube]
Quote kakasotong 19-3-2015 05:50 PM
My feveret song

[youtube]88JvFvXjam8[/youtube]
Quote kakasotong 19-3-2015 05:52 PM
[youtube]bbhNZu6OaGY[/youtube]
Quote kotakbaju 19-3-2015 05:56 PM
Aku suka dengar Lagu Mengusung Rindu. Tangkap leleh wooo
Quote Suchi 19-3-2015 05:58 PM
walopun taklah sebiji suara dia tp sedap jugalah ade sengau mendayu mcm achik juga
Quote budak_gemuk91 19-3-2015 06:21 PM
nice try
Quote fazzrules 19-3-2015 06:46 PM
Drummer dorang adik shah slam x silap den
Quote Lorra2411 19-3-2015 08:39 PM
Iolss suka benor dgn lagu Mengusung Rindu dgn Hadirlah Mustika
Quote makciktijah 19-3-2015 08:45 PM
vokalis pakai rantai. rimas tengok.

makcik kalo laki pakai rantai ni laju je nak pikir buruk2. muehehe.
Quote Eric.n9 19-3-2015 09:30 PM
Erk, patutlah lamo x nmpk si awih ni, training ganti tompek arwah ghupo eh.
awih awih
Quote dalima 19-3-2015 09:38 PM
Semoga berjaya. Mmg training tak berapa buka mulut ek..
Quote doubleA 19-3-2015 10:01 PM
Edited by doubleA at 19-3-2015 10:03 PM

Walaupun takkan sama dgn achik,boleh polish lagi suara tu. Sikit sengau,tapi tak la hauk sangat

Oldebes! Rupa pun arwah cute lagi kot

Iols suka band2 camni,time nyanyi lagi sedap dengar muziknya.  

#tazzabarnaktengokzamanidgnslamjugak
Quote jajamis 19-3-2015 10:31 PM
Rindu duet achik n nana
Quote net_level 19-3-2015 10:46 PM
lagu2 arwah banyak yang mendayu2 dan jiwang karat...
sesape tgh angau layan lagu2 dia mesti tangkap feeling
Quote ungkusado 19-3-2015 11:01 PM
ungku sedih dengan pemergian achik spin...manakan sama..dikau yang ku chintaaaaaaaaaaa
Quote azimodin 20-3-2015 07:48 AM
Tiada ku sangka, bola2 api... yg sedulu nya kecil, telah menjadi besar... lalalal.. paling comel dihatiku.

lagu Achik & Nana sgt best dilayan di karaoke jamban.
Quote c===8 20-3-2015 08:55 AM
muzik yg sesuai utk geng2 takat lepasan spm aliran sastera agong je
Quote minahmanja 20-3-2015 09:01 AM

suara kira ok la... tp aku tgk mcm susah jek dia nk bukak mulut tu...
Quote minahmanja 20-3-2015 09:02 AM
c===8 replied at 20-3-2015 08:55 AM
muzik yg sesuai utk geng2 takat lepasan spm aliran sastera agong je

hahahhaha... jahatnye statement..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058428 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top