CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tambang Komuter Naik Mulai 1 Mei

23-3-2015 11:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9820| Komen: 92

Tambang Komuter Naik Mulai 1 Mei


KUALA LUMPUR - KTM Berhad (KTM) hari ini mengumumkan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.

KTM dalam satu kenyataan berkata, perbezaan kadar tambang sehala yang baharu berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada satu stesen ke stesen yang lain.
   
Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20 peratus bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18 peratus hingga 26 peratus kepadapemegang pas mingguan serta diskaun 19 peratus hingga 35 peratus bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.
   
Sementara itu pengguna warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun pula akan terus menikmati tambang konsesi pada kadar 50 peratus daripada tambang tunai yang baharu.
   
"Seperti yang sedia maklum, perkhidmatan KTM Komuter telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari aspek ketepatan masa perjalanan dan tahap keselesaan penumpang sejak penggunaan tren baharu enam koc mulai tahun 2012.
   
"Penggunaan tren baharu enam koc yang sangat konsisten prestasinya telah melonjak ketepatan masa perkhidmatan KTM Komuter dari hanya 17 peratus pada 2011 kepada 97 peratus pada 2014," kata KTM.
   
Ia berkata pelarasan tambang itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) yang kadar baharunya turut dikecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
   
Kali terakhir KTM melaksanakan pelarasan tambang ialah pada Februari 2003.
   
Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini turut mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta manakala pada mulai 15 Mei, tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.
   
Kenaikan tambang dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga kos termasuk kos penyelenggaraan serta demi  kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.     
   
Bermula 1 April, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar tambang baharu di semua stesen KTM Komuter, laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau mengubungi Pusat Panggilan KTMB 1300-88-5862. 

16

Bagus
17

Marah
8

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote halimi78 19-3-2015 06:14 PM
yeay tambang dah naik... lrt folo skali dak pasnih?
Quote mattzzx 19-3-2015 06:16 PM
semua naik.........
Quote airfilterkotor 19-3-2015 06:18 PM
Terima kasih kepada Kang Amad Maslan kerana memberi kata-kata semangat kepada rakyat.
Quote airfilterkotor 19-3-2015 06:22 PM
Alaa... tambang naik pun, berduyun-duyun jugak orang memenuhi shopping complex Sogo IOI One Utama tu seme.
Parkir keta pun penuh jer hujung minggu.
Apatah lagi resto-resto di luar sana... ramai jer orang.
Selagi tak mati kebulur, kira rakyat masih hidup senang laa tu.


En.Maa bin Cai
Ketua Caw. Ulu Choh
Quote alesandra 19-3-2015 07:17 PM
padan mukaaaaa...
Quote aechae 19-3-2015 07:28 PM
tggu rapidkl plak...klu naik hrga jugak mmg kna revised blk bajet bulanan
Quote wds 19-3-2015 07:30 PM
Tol pun gerenti naik gak lepas ni.... Hahahahahhahahahahahah....
Quote becir 19-3-2015 07:36 PM
Sorry ktm..peak hours korang masih tak perform lagi. Tolong jgn perasan.
Quote JohnDeSouza 19-3-2015 07:50 PM
mcm2 naekkk.member aku org umno pun nyampahhh
Quote freebird 19-3-2015 08:05 PM
apa nak kisah...br1m ada...
hidop melayu!! hidop ameno!!
Quote JandaSedap 19-3-2015 08:06 PM
airfilterkotor replied at 19-3-2015 06:22 PM
Alaa... tambang naik pun, berduyun-duyun jugak orang memenuhi shopping complex Sogo IOI One Utama tu ...

Kan bang airtapisankotor...
Quote enchikfitz 19-3-2015 08:21 PM
HIDOP UMNO!!!
Quote hanamunir 19-3-2015 08:26 PM
naik lagi..
naik la..
segala benda nak naik..
naik musim semua benda naik pulak tu..
syukurr..
Quote airfilterkotor 19-3-2015 08:35 PM
JandaSedap replied at 19-3-2015 08:06 PM
Kan bang airtapisankotor...

Hidup melayu kiterrrrr!!

Demi tuan presiden persatuan kiterrr!!
Quote JandaSedap 19-3-2015 08:39 PM
airfilterkotor replied at 19-3-2015 08:35 PM
Hidup melayu kiterrrrr!!

Demi tuan presiden persatuan kiterrr!!

Hidup.....makmur...kaya raya
Quote sg_ganges 19-3-2015 08:42 PM
becir replied at 19-3-2015 07:36 PM
Sorry ktm..peak hours korang masih tak perform lagi. Tolong jgn perasan.

betul aku setuju...sorry KTM Komuter jgn perasan korang on time....time x on time...semedang electronic board ko rosak....senang org  xtau bila train nk sampai...last2...berkurun baru sampai....jadik la org mcm sardin berebut nk masuk...patut train komuter ni mcm lrt....baru on time
Quote magnus 19-3-2015 08:44 PM
Ai naik komuter baru baru ni..coach baru..ok tak ramai org sbb bukan peak hour...selesa juga cuma ada dua tingkap yg retak seribu ..kawan ai kata mungkin ada org baling batu...betul ke?ai pun tak tahu..heran ai kalau ada yg buat mcm tu...
Quote BotakChinPeng 19-3-2015 08:49 PM
Leceh la guna pengangkutan awam
Quote glump 19-3-2015 08:53 PM
Patut jgn naik kan harga pengangutan awan...gov patut bg lebih subsidi so option yg murah nk ramai akan guns

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.369595 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top