Sejak Che ta bertudung terus berniaga tudung, laris katanya “Naik lembik jari kita duk melipat tudung-tudung untuk dimasukkan dalam bungkusan plastik. Mana taknya, sekali order, nak seribu helai tudung terus. Itu baru permintaan daripada seorang stokis. Belum lagi order daripada stokis-stokis lain.” Demikian cerita Rozita Che Wan (Che Ta) kepada Mangga Online tentang bisnes terbarunya iaitu koleksi tudung Zeyta En Raudah yang kini sedang hangat di pasaran, ibarat pisang goreng panas. Tudung Zeyta En Raudah ini merupakan koleksi terbaru di Padusi Couture, butik fesyen Muslimah yang diusahakan oleh Che Ta bersama adiknya, aktres Ayu Raudhah sejak 2012. “Kami baru sahaja cuba memasarkan koleksi tudung Zeyta En Raudah ini. Tak sampai dua minggu lagi pun. Tapi sambutan yang diterima benar-benar di luar jangkaan kami. Alhamdulillah, sangat-sangat menggalakkan,” kata Ayu Raudhah pula kepada Mangga Online. Kedua-dua beradik ini ditemu bual secara eksklusif oleh Mangga Online di ruang rehat VIP, Hotel The Prince & Residence, Kuala Lumpur, selepas ‘Sepetang Di Maghribi – Anugerah Hijabi Mestika’, majlis minum petang sempena pencarian cover girl majalah Hijab Fesyen. Bercerita lebih lanjut mengenai koleksi tudung jualan mereka itu, Ayu memberitahu yang Zeyta En Raudah merupakan koleksi mampu milik yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding koleksi Padusi Couture yang lebih eksklusif. “Menariknya tudung Zeyta En Raudah ini terdapat dua warna berbeza dalam satu tudung. Di hadapannya, warna lain. Begitu juga di belakangnya juga warna yang berbeza. “Jadi ibaratnya macam ada dua tudung berbeza sedangkan ia merupakan sehelai tudung. Kain yang kami gunakan juga jenis material yang berkualiti. Tapi kami jual tudung ini dengan harga RM55 sehelai sahaja,” ujar Ayu.
|
tomet05 replied at 18-3-2015 05:09 PM
nampak kertu sangat pulak che ta kan sejak pakai tudung nih ..
tomet05 replied at 18-3-2015 05:09 PM
nampak kertu sangat pulak che ta kan sejak pakai tudung nih ..
nashrudean replied at 18-3-2015 05:58 PM
pelik la aku org pompuan ni...boleh dikatakan smua seller online tudung kaya raya dgn niaga tudung.. ...
ADVERTISEMENT