CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasungkawa: Lee Kuan Yew

23-3-2015 09:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36255| Komen: 364

Lee meninggal dunia pada jam 3.18 pagi Isnin, di Hospital Besar Singapura. - Foto arkib Reuters


SINGAPURA, 23 Mac: Bekas Perdana Menteri republik itu, Lee Kuan Yew meninggal dunia pada pagi Isnin.


“Encik Lee meninggal dunia dengan tenangnya di Hospital Besar Singapura, pada jam 3.18 pagi,” demikian menurut kenyatan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di laman sesawangnya.


Perdana Menteri pertama Singapura itu yang juga peguam lulusan Universiti Cambridge, meninggal dunia pada usia 91 tahun.


Menurut Pejabat Perdana Menteri, butiran mengenai upacara pengebumiannya akan diumumkan kemudian, bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lee.


Lee dimasukkan ke Hospital Besar Singapura, sejak 5 Februari lalu, akibat radang paru-paru yang teruk, sebelum terpaksa bergantung kepada alat sokongan hayat.


Lee yang terkenal sebagai Bapa Pemodenan negara itu, berjaya membangunkan Singapura menjadi antara negara terkaya dan maju di dunia.


Beliau juga adalah pengasas bersama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959, sebelum berpisah daripada Malaysia pada 1965 dan mengubah bandar pelabuhan itu menjadi pusat kewangan dan perdagangan terkenal di dunia.


Lee yang paling lama menyandang jawatan Perdana Menteri Singapura itu, berundur pada 1990 dan menyerahkan kuasa kepada Goh Chok Tong, tetapi beliau kekal berpengaruh sebagai menteri kanan dalam kabinet Goh.


Beliau kemudiannya dilantik sebagai “mentor menteri”, apabila anak sulungnya, Hsien Long dilantik sebagai Perdana Menteri, pada 2004.


Lee meletak jawatan daripada Kabinet anaknya pada 2011, susulan prestasi terburuk yang dipamerkan PAP pada pilihan raya umum, sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965.


Selain Hsien Long, beliau bersama isterinya, Kwa Geok Choo mempunyai seorang lagi anak lelaki, Hsien Yang dan seorang anak perempuan, Wei Ling.


Beliau melayari bahtera perkahwinan lebih 60 tahun bersama Kwa, sebelum isterinya meninggal dunia pada Oktober 2010, pada usia 89 tahun.



4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
17

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kak_sue 23-3-2015 05:18 AM
Edited by kak_sue at 23-3-2015 05:21 AM




leekuanyew5.png



Quote nour2001 23-3-2015 05:19 AM
Rip LkY.....
Quote kak_sue 23-3-2015 05:22 AM
Penantian akhir nya tiba untok mereka yg menanti nanti....



Quote lavabutang 23-3-2015 05:38 AM
barca 2...real 1





Quote miabebe 23-3-2015 05:49 AM
Edited by miabebe at 23-3-2015 07:02 AM

Nanges meraung la kaka tudung purple lavender baju kunen lemon tu...
Quote DARSITA 23-3-2015 05:51 AM

Selamat tinggal dunia nan fana ~
Quote bellaa 23-3-2015 06:26 AM




Quote bellaa 23-3-2015 06:28 AM
takziah lah..

tapi bella hepy sangat pagi nih..

Quote dodolgemok 23-3-2015 06:28 AM
lavabutang replied at 23-3-2015 05:38 AM
barca 2...real 1

Lu  nak sembang bola lu boleh pergi tmpat lain la.smpah punya komen!
Quote MatDeghem 23-3-2015 06:30 AM
dodolgemok replied at 23-3-2015 06:28 AM
Lu  nak sembang bola lu boleh pergi tmpat lain la.smpah punya komen!

otak dalam penuh sampah. itu saja yg dia mampu


Quote ella. 23-3-2015 06:35 AM
RIP..



.
Quote lavabutang 23-3-2015 06:50 AM
dodolgemok replied at 23-3-2015 06:28 AM
Lu  nak sembang bola lu boleh pergi tmpat lain la.smpah punya komen!

pakcik lu ke yg mampos..?

Quote lavabutang 23-3-2015 06:52 AM
MatDeghem replied at 23-3-2015 06:30 AM
otak dalam penuh sampah. itu saja yg dia mampu

Pak menakan lu ke yg kojol..?

Quote jfq 23-3-2015 07:22 AM
RIP

Jiran sebelah sultan johor tak boleh nak enjoy lama2 dihari pertabalan. Kena gi ziarah
Quote lostnfaun 23-3-2015 07:28 AM
Yg keje singapore cuti ke arini?
Quote AbukRokok 23-3-2015 07:29 AM
singapore down.. johor rise
Quote mbhcsf 23-3-2015 07:30 AM
condolences to the family.
Quote fazamania 23-3-2015 07:33 AM
Harap tak ada awan redup mengiringi mayat beliyau ke kubor.
Quote primemova 23-3-2015 07:35 AM
The beginning of new era

Lihat semua komen(364)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.312184 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top