CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kami Tidak Maafkan Kuan Yew

26-3-2015 12:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8068| Komen: 51

Description: "Keadaan Ini Menyebabkan Penduduk Cina Kehilangan Hak Untuk Menerima Pendidikan Bahasa Ibunda Walaupun 75 Peratus Penduduknya Adalah Cina," Demikian Menurut Kenyataan Yang Dipetik China Press. ...

Kami Tidak Maafkan Kuan Yew



Pada ketika ramai pihak menyanjungi karisma dan ketokohan Lee Kuan Yew, Alumni Universiti Nanyang di Malaysia dengan nada keras menyatakan tidak memaafkan bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Alumni Universiti Nanyang dalam satu kenyataan mengungkit semula catatan sejarah mengenai peristiwa Kuan Yew menutup universiti bahasa ibunda itu.

Bekas penuntut Universiti Nanyang turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar bahasa Kuan Yew yang memartabatkan bahasa Inggeris tetapi menekan bahasa ibunda.

"Sejarah merupakan memori yang tidak dapat dihapuskan, pertama sekali (Kuan Yew) telah menutup Universiti Nanyang yang ditubuhkan bersama oleh penduduk Singapura dan Malaysia.

"Kedua ialah (Kuan Yew) menekan pendidikan bahasa Cina menyebabkan sekolah rendah dan menengah Cina menyusut, melumpuhkan sistem pendidikan Cina serta asas budaya Cina.

"Keadaan ini menyebabkan penduduk Cina kehilangan hak untuk menerima pendidikan bahasa ibunda walaupun 75 peratus penduduknya adalah Cina," demikian menurut kenyataan yang dipetik China Press.

Alumni tersebut turut mengkritik Kuan Yew kerana menarik balik kerakyatan pengasas Universiti Nanyang serta memenjarakan seorang alumni universiti lebih 20 tahun.

"Selain itu, rakan kuliah kami telah diarahkan berhenti daripada meneruskan pengajian, mereka dibuang daripada universiti, ditahan dan dihalau.

"Dasar bahasa Kuan Yew menyebabkan bahasa Inggeris diangkat ke peringkat tertinggi sedangkan pendidikan bahasa ibunda ditekan. Keadaan ini menyebabkan peradaban Singapura tidak berakar," kata kenyataan itu.

11

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 26-3-2015 11:06 AM
Untunglah cina dekat malaysia, siap boleh bikin kongsi gelap, bisnes along, bukak sekolah cina tapi goverment yg support tiap2 tahun.

Dasar apek lee mmg bagus sebab memartabatkan bahasa mat salleh.
Quote the_killer 26-3-2015 11:06 AM
singapura asalnya dipertuturkan bahasa orang asli laut dan melayu.....
Quote spiderman80 26-3-2015 11:12 AM
Tapi dulu ada macai anti LKY cakap beliau racist dan pentingkan sekolah dan kebudayaan Cina.
Quote krustykrab 26-3-2015 11:14 AM
kalau kita buat mcm ni, dah lama atok nenek mokcik pokcik kat hulu2 tu fasih berBI
Quote Lorra2411 26-3-2015 11:24 AM
spiderman80 replied at 26-3-2015 11:12 AM
Tapi dulu ada macai anti LKY cakap beliau racist dan pentingkan sekolah dan kebudayaan Cina.

pernah dengar jugak. entah mana satu yang betul.
Quote pehbedah 26-3-2015 11:29 AM
krustykrab replied at 26-3-2015 11:14 AM
kalau kita buat mcm ni, dah lama atok nenek mokcik pokcik kat hulu2 tu fasih berBI

3 4 tahun sudah aku ada pi kenduri belah mertua kat singapore ..yuppp takde yg cakap melayu...aku lupa flet apa..yg aku suka kawasan rumah sangat2 bersih..

Quote cmf_blingblings 26-3-2015 11:31 AM
Tu pun Apek-Apek DAP nak komplain dgn kerajaan Malaysia
Quote kecimpret 26-3-2015 11:32 AM
kuan yew rasis katanya...hahahaha
Quote kecimpret 26-3-2015 11:37 AM
spiderman80 replied at 26-3-2015 11:12 AM
Tapi dulu ada macai anti LKY cakap beliau racist dan pentingkan sekolah dan kebudayaan Cina.

kuan yew rasis sbb x kasi BM jd bhs rasmi spore
Quote ~anya~ 26-3-2015 11:41 AM
kecimpret replied at 26-3-2015 11:37 AM
kuan yew rasis sbb x kasi BM jd bhs rasmi spore

Melayu MALAYsia rasis sebab mahu bahasa melayu kekal sebagai bahasa perantaraan...
Quote ~anya~ 26-3-2015 11:44 AM
Patotlah stinger attack tidak beradap... peradapan tidak berakar rupa2nya ... sudalah kottek nan lembek leleh....teda beradap pulak itu ... pergi terjun bangunan sajelah..:zz
Quote taikor 26-3-2015 11:52 AM
krustykrab replied at 26-3-2015 11:14 AM
kalau kita buat mcm ni, dah lama atok nenek mokcik pokcik kat hulu2 tu fasih berBI

kalau ini macam, susah lah amno nak kelentong pakcik makcik kampung sebab dah pandai baca Malaysian Insider, BBC bagai...
Quote taikor 26-3-2015 11:54 AM
spiderman80 replied at 26-3-2015 11:12 AM
Tapi dulu ada macai anti LKY cakap beliau racist dan pentingkan sekolah dan kebudayaan Cina.

ade yg cakap DAP adalah elemen halus PAP, adik beradik.

maka, dgn nada keras,   , saya tidak maafkan pemfitnah itu  
Quote Adilla 27-3-2015 09:22 AM
Beruntunglah dapat bersekolah di Malaysia yang mempunyai sekolah yang berbagai bahasa..
Quote Laracinta 27-3-2015 09:46 AM
LKY how he mampu bawa Singapore from third world to first world country in one generation...pulau kecik jer pon...? I think dia ni genius...
Nilai duit tinggi...pentadbiran yang tiada corruption...safe.. but I still prefer Malaysia...mungkin coz this my country
Quote Dunhill. 27-3-2015 09:57 AM
Klu lky lembik cmna Spore nk maju..cuma sayangnya mereka bertutur Singlish

Cina slalunya tidak bersyukur...jgn samakan spore dan taiwan..tgk je lah geografi spore tu kt mana..
Quote Changa 27-3-2015 10:00 AM
spiderman80 replied at 26-3-2015 11:12 AM
Tapi dulu ada macai anti LKY cakap beliau racist dan pentingkan sekolah dan kebudayaan Cina.

alam natgeo mag dulu ada pasal heshe singapore inc. gitu tajuk nya.

reason heshe bawa masuk ummah PRC sebab at some point heshe cakap penduduk lokal dah hilang daya saing, so heshe bawa masuk ummah luar supaya ummah lokal lebih berdaya saing sebegitu lah konsep nya.

Quote dragula 27-3-2015 10:10 AM
Laracinta replied at 27-3-2015 09:46 AM
LKY how he mampu bawa Singapore from third world to first world country in one generation...pulau ke ...

belajar BI adalah satu-satunya cara utk Singapore menbangun negara mrk masa dulu. Bayangkan negara kecil yg takda sumber, industri, pasaran domestik, apa yg mrk hanya boleh buat ialah belajar BI dan service negara negara kaya
Quote Extralink 27-3-2015 10:12 AM
Mandai2 je apek2 ni nak claim bahasa cina bahasa ibunda spore pulak..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.222154 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top