Kepada perokok yang menjadikan rokok seludup (atau rokok murah) sebagai sumber rokok harian, anda mungkin mahu teruskan membaca artikel ini sehingga penamat Kita semua tahu bahawa semakin hari semakin ramai perokok membeli rokok seludup. Kenapa? Sebab harganya yang jauh lebih murah berbanding rokok yang sah. Tetapi hakikatnya... rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini adalah 3 kali ganda lebih merbahaya. Selain menjejaskan kesihatan, kandungan bahan kimianya yang terlalu tinggi juga mampu meragut nyawa seseorang. Buktinya? Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menjalankan satu kajian terhadap rokok seludup, dan hasil yang mereka dapat sungguh memeranjatkan. Kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) telah mengesahkan tiga perkara iaitu: 1. Kandungan bahan kimia dalam rokok seludup melebihi had yang ditetapkan menurut undang-undang Malaysia. 2. Kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi. 3. Kandungannya mungkin telah dicemari bahan kimia atau produk bukan tembakau lain. Tahukah anda kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup juga adalah TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding rokok yang sah? Ya, itulah kebenarannya! Ini bermakna, menghisap sebatang rokok seludup adalah sama dengan menghisap 3 batang rokok yang sah! Lima jenama rokok seludup yang telah dijadikan bahan ujikaji adalah Surya Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, L.A. Lights dan Nusantara Menthol. Secara amnya, kandungan tar di dalam kelima-lima jenama ini melebihi had yang dibenarkan, malah sampel rokok Surya Gudang Garam mengandungi lebih daripada 45mg tar di dalam setiap batang rokok. Paras yang dibenarkan hanyalah 15mg di Malaysia. “Hasil kajian ini sungguh mengejutkan," kata Dr Chandran Somasundram, Profesor Madya Jabatan Bioteknologi (Institut Sains Biologi) dari Fakulti Sains Universiti Malaya Sebelum ini, kajian dari Kementerian Kesihatan juga menemui hasil yang sangat membimbangkan.
|
2
Bagus |
4
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
2
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_blingblings replied at 20-3-2015 02:16 PM
HENTIKAN MEROKOK!!!
FanTasyCreaTioN replied at 20-3-2015 01:57 PM
rasa nya tak mengejutkan pun
bila murah
tentunya bahan2 unttuk membuat semesti nya murah
fcl29 replied at 20-3-2015 03:39 PM
kwn aku plak... masalah asap penuh dlm ruang paru2... kene la admit utk buang asap2 tu... berenti me ...
kjk_2006_256 replied at 20-3-2015 03:43 PM
Asap boleh berkumpul dlm paru2 ke??
fcl29 replied at 20-3-2015 08:10 AM
xtau ala ape yg menyebabkan tersumbat... doc kene tebuk lubang kat dada dia...
Aya_Osman replied at 20-3-2015 04:27 PM
tebuk lubang kat dada nak buang asap???...gerun jek bunyi...cam xlojik jek...paru2 dia xterbakar k ...
ADVERTISEMENT