Belajar dari pengalaman majlis perkahwinan kakaknya sebelum ini, Sharifah Sakinah membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang liputan media kerana dia dan juga bakal suami, Aliff Adha ingin melalui detik tersebut dengan tenang.
Menurut Sakinah, majlis itu terpaksa dilakukan secara tertutup kerana dia mahu saat-saat bersejarah itu hanya dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja dan bukanlah berniat tidak mahu berkongsi langsung dengan peminat. “Bukan kerana saya tidak mahu berkongsi dengan media dan peminat, cuma saya tidak mahu majlis tersebut akan jadi kelam kabut dan masa bersama keluarga serta rakan-rakan akan terjejas. Kalau boleh, saya mahu mereka semua berada di sisi saya dan berkongsi perasaan ketika itu,” ujarnya. “Saya dah pernah lalui ketika kakak saya dan rakan artis lain yang terlalu sibuk selepas majlis akad dengan sesi temuramah media sehingga mereka tiada masa untuk keluarga dan rakan yang datang. Saya tidak mahulah jadi begitu kerana selepas akad nikah kami semua akan pergi makan bersama-sama,” ujarnya. Bagaimanapun dia tetap akan meraikan hari bahagia tersebut bersama pihak media pada majlis resepsi yang akan diadakan pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) selain menyatakan akan mengadakan beberapa majlis khas untuk rakannya. |
2
Bagus |
12
Marah |
5
Terkejut |
16
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cik_tonggek replied at 18-3-2015 12:58 PM
mari kita lihat wartawan mana yg nak mengata kinah
wartawan kan bab retis kawin derang kalo b ...
pilot replied at 18-3-2015 01:05 PM
berlakon racun menantu kemain lagi ko kinah....terserlah watak sangap tu...
ADVERTISEMENT