CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

4 Restoran Paling Top Yang Buat Pelanggan Beratur

18-3-2015 01:02 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5646| Komen: 4

LadyLista - Tahun lepas kita dapat saksikan banyak restoran yang dibuka disekitar Kuala Lumpur dan tak semena- mena menjadi tarikan dan bualan orang ramai. Boleh kata viral lah! Kini LadyLista kongsi 4 restoran top yang buat semua pelanggan terpaksa beratur namun mereka masih lagi berpusu-pusu untuk datang makan ke restoran berikut:


Boat Noodles ~ Tak tahu datang dari mana, tiba-tiba nama Boat Noodles  muncul di pertengah tahun 2014. Inspirasi daripada nelayan Thailand yang menggunakan mangkuk kecil untuk menikmati mee, peminat mee seluruh Kuala Lumpur berlumba-lumba merasai pengalaman untuk mencuba menyusun mangkuk kosong selepas menikmati mee. Kepuasan untuk melihat mereka yang mampu menghabiskan berpuluh-puluh pinggan dalam satu masa. Boat Noodle Thai Food yang pertama seumpamanya di Malaysia membuatkan ia penuh hampir setiap kali dibuka. Jika anda berkesempatan untuk makan disini pastikan 'beef soup noodle' dan 'beef dry noodle' menjadi antara menu hidangan anda.

Lokasi : G3A, Empire Damansara, Jalan PJU 8/8 Damansara Perdana 
Waktu Operasi :Isnin - Ahad: 11:00 - 21:00


Magnum Cafe ~ Siapa tak suka pencuci mulut, manis ditambah pula ais-krim. Bukan itu sahaja, sudden-sudden kita bole reka sendiri perisa untuk pencuci mulut ikut tekak kita. Di Magnum Cafe sememangnya dibuka untuk penggemar ais-krim yang gemar menikmatinya dengan lebih ekslusif. Jadi tak salah beratur untuk itu.

Lokasi :Magnum Putrajaya, Lot GE-3, IOI City Mall, Persiaran IRC, IOI Resort City, Putrajaya.


Burger Bakar Abang Burn ~ Menjadi antara pencetus 'Grill burger' di Malaysia. Sehingga kini ia mempunyai lebih 19 cawangan. Menurut penggemar-penggemar burger bakar, Abang Burn adalah penyaji burger bakar terbaik dalam kelasnya. Burger yang disajikan mempunyai patti daging yang lembut dan berjus dengan roti juga lembut dan berperisa. Ayamnya juga garing dengan isi yang basah dan berempah. Sosnya juga tak terlalu meleleh dan memintas selera. Setiap gigitan membuatkan kita seolah-olah melantun ke udara. Ditambah dengan sayuran yang segar dan bersih. Saiznya juga seimbang dan tidak keterlaluan. Pendek kata burger bakar Abang Burn ini hampir sempurna.Sungguh 

Lokasi : Dagang Avenue (Jalan B/3A, Taman Dagang), 68000 Ampang, Selangor


IKEA Food Court@Mutiara Damansara ~ Daripada kebanyakan menu yang ditawarkan, paling popular semestinya “meatball” yang dihidangkan dalam sos yang tersendiri. Dikenali sebagai Swedish Meatball, ia merupakan “signature dish” di sini. Malah dianggap antara “meatball” terbaik di Lembah Kelang. Boleh dikatakan majority pelanggan ke “food court” ini malah pengunjung IKEA tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ini. Ada juga kalangan yang sengaja datang semata-mata untuk makan di “food court” ini.

Lokasi : No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Ddion 8-4-2015 07:54 PM
Boat Noodle tu tak sempat2 lagi nk try. Macam best jeer
Quote tipuware 19-3-2015 02:21 PM
aku dah penah makan bruger abg burn. tak mencapai expectation aku. harga mahal takpe kalau sedap. tapi daging dia rasa plain aje, servis slow. sekali aje makan kat cawangan bangi, lepas tu dah tak pernah gi lagi. aku rasa cam cawangan bangi dah tutup.. ke pindah lokasi.. ke aku yg tak perasan
Quote MellyNad 19-3-2015 09:30 AM
nak try la burger abg burn..
Quote fahiza29 18-3-2015 04:33 PM
semua ni terbaiiik~~~

Lihat semua komen(4)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035925 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top