BIRU Seorang yang suka menolong, mendidik, membela dan mengambil berat orang lain. Sifat ini adalah semulajadi. Mereka banyak berkomunikasi menggunakan hati dan perasaan. Oleh itu, mereka mudah memahami dan bersifat empati. Personaliti biru mudah berkongsi rasa sayang dan mesra. Mereka memberi tanpa mengharap balasan. Mereka juga adalah pendengar yang baik. HIJAU Seorang yang romantik, menyukai keindahan, suka udara nyaman, seorang yang berpegang kepada prinsip, mempunyai tarikan tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. Seorang yang mahukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami anda serta menolak anda maju kehadapan.
KUNING Bersikap optimis, periang, senang bergaul, suka menolong kerana menolong merupakan kewajipan mutlak bagi anda. Seorang yang tidak meremehkan sesiapa pun. Seorang yang sensitif dan penyayang, pentingkan keselamatan dan keselesaan. UNGU/VIOLET Dalam menghadapi masa depan, anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dilakukan adalah yang terbaik, berpandangan jauh, kreatif dalam bidang seni, sukakan alam semulajadi dan muzik, mempunyai daya kepimpinan yang baik. PUTIH Anggun, idealis, moral yang tinggi, tidak angkuh dan rajin menolong orang sekeliling, sensitif tetapi berdikari, patuh pada ketua, agak sukar berinteraksi secara fizikal. MERAH Sukakan kebebasan, cabaran, dan mahu kejayaan dalam hidup, sukakan pembaharuan dan kemajuan dalam pemikiran dan aktiviti, optimis, lantang bersuara, keras hati atau degil untuk terima sesuatu yang anda tidak setuju, lembut hati terhadap kesusahan orang lain. JINGGA Bagus dalam hal pekerjaan, suka memberi idea baru, suka bersama kawan-kawan, setia,bertenaga, kreatif.
|
ADVERTISEMENT