LadyLista - Siapa suka makan nasi kukus. Ditambah dengan seketul ayam goreng, tak kira lah ayam dara atau mak ayam mahupun ayam kampung sekalipun, tentu sedap dijamu panas-panas dengan sambal yang 'super-ummph'. Bagi mereka yang tercari-cari destinasi nasi kukus di sekitar Kuala Lumpur, Ladylista kumpulkan 3 pilihan nasi kukus untuk anda di 'area' Kuala Lumpur.
1. Nasi Kukus Ilham
Bersiap sedia kerana seawal pukul 11 pagi lagi ramai yang sudah beratur untuk mendapatkan Nasi Kukus ini.Menu yang disediakan simple sahaja, nasi, ayam goreng berempah, arca, sambal ikan bilis serta sambal belacan. Nasi Kukus Ilham Alamat: No 7, Jalan PJU 7/16 (bertentangan surau), Mutiara Damansara, Petaling Jaya Tel: 019-3377-551 Waktu buka: 11.30 pagi harian - 10 malam setiap hari GPS Coordinates: 3,160278, 101.6025 | 2.Nasi Kukus Farni Mari menikmati hidangan selera kampung di Nasi Kukus Farni. Kalau anda makan di kedai ini, ia terletak di kawasan masjid. Selain ayam ia dilengkapkan dengan daging gulai, arca timun. Anda tahan pedas tak? Pastinya sambal dia membuatkan peluh anda memercik Alamat: Gerai dalam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Jalan Medan Setia Satu, Damansara Heights, Kuala Lumpur Tel: 012-7102-206 Waktu buka: Isnin - Sabtu 11:00-2:00, ditutup pada hari Ahad dan Isnin pertama dalam bulan yang GPS Coordinates: 3.149722, 101.654722 Nasi Kukus Berempah Lima tahun berkecimpung didalam membuat Nasi kukus ini. Sememangnya sentuhan yang paling best sekali. Makan dengan ayam goreng berempah serta hirisan timun yang segar ia dipadankan dengan gulai dan sambal yang super pedas. Selain itu, pilihan sup daging juga sebagai pelengkap untuk memanaskan perut. Nasi Kukus Berempah Alamat: Celcom Makanan Court yang bertempat di Menara Atlan, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur Waktu buka: 10.30 pagi harian - 2.30 petang GPS Coordinates: 3,159444, 101,715278 |
ADVERTISEMENT