LadyLista - Penyanyi Singapura, Sufie Rashid yang terkenal dengan lagu Tiada Pengganti mendakwa juga pernah diperlaku sumbang oleh bekas pengurus Tegar, Arif Dollah. Arif sewaktu menjadi pengurusnya memberitahu telah dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan. “Ketika itu saya berusia 13 tahun dan Arif ialah pengurus saya. Jika Tegar menerima gangguan seksual, saya lebih teruk dari itu. “Lebih memeritkan selepas ibu saya berkahwin dengan Arif, saya selalu menjadi mangsanya. Selama setahun saya dipaksa melakukan perkara terkutuk oleh Arif. “Bukan saya tidak mengadu kepada ibu, tetapi ibu lebih percayakan suaminya,” luahnya ketika ditemui di Istana Budaya pada malam Jumaat.
Dia juga menafikan dakwaan untuk mencari publisiti kerana menganggap ia sesuatu yang bodoh untuk mengaku dengan menjual cerita melibatkan maruah dirinya. Dia menganggap Arif telah berubah namun tidak selepas membaca kisah yang menimpa Tegar dan terpanggil untuk mendedahkan pengakuan darinya.
|
ADVERTISEMENT