CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Main Kaset Bacaan Al-Quran Dalam Masjid – Mufti Perlis

13-3-2015 06:23 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8312| Komen: 32



KANGAR – Umat Islam dinasihatkan agar tidak memainkan kaset bacaan ayat suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri melarang jemaah yang berada di dalam masjid membaca al-Quran dengan suara nyaring, inikan pula jika menggunakan kaset yang bunyinya boleh kedengaran hingga ke luar masjid atau surau.

Beliau menyatakan demikian pada sesi soal-jawab program Semarak Dakwah Ehya’ Masjid di Masjid Behor Empiang di sini malam tadi.

Beliau berkata Nabi Muhammad melarang membaca al-Quran dengan suara nyaring dalam masjid kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain yang datang ke masjid untuk beribadah.

“Jika memasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seperti solat Subuh, tentu akan menggangu orang lain di persekitaran masjid atau surau, yang mungkin sedang tidur, dan ini dilarang oleh Islam,” ujarnya.Kepada soalan lain, Asri berkata umat Islam tidak dilarang untuk berqasidah kerana ia merupakan syair, namun liriknya perlu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Mengenai penggunaan alat-alat muzik, beliau berkata terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam perkara tersebut kerana terdapat ulamak yang membolehkan dan ada yang tidak membenarkannnya.
Namun bagi beliau secara peribadi, beliau berkata ia boleh digunakan jika tidak membawa kepada keruntuhan akhlak. – 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
8

Sedih

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 13-3-2015 06:02 PM
Tajuk leh wat  misleading info kalo xbc smpai abes
Quote Esmiria 13-3-2015 06:23 PM
miabebe replied at 13-3-2015 10:02 AM
Tajuk leh wat  misleading info kalo xbc smpai abes

awok ni mia. mana2 ada. sy kat ci, awok kat sini. sy kat bod gosip, you kat situ. Haishh..awok awok di mana mana..muahahaha
Quote miabebe 13-3-2015 06:27 PM
Esmiria replied at 13-3-2015 06:23 PM
awok ni mia. mana2 ada. sy kat ci, awok kat sini. sy kat bod gosip, you kat situ. Haishh..awok awo ...

Hahaha nk wt cmni kami carboncopy cik es...hihihi..mintak teka teki lg...huhu
Quote kentutmanis 13-3-2015 06:27 PM
Rasullullah saw pon marah kalau pagi2 ganggu org tidur, kene ingat ade org sakit org tua baby tidur pagi2 subuh, azan subuh sudah cukup xperlu nak pasang mikrofon mengaji satu taman sampai ganggu org tidur
Quote Maideen. 13-3-2015 06:32 PM
Kalau tak pasang kuat kuat macamana orang nak kagom dengan Isle? Dan macamana orang Isle nak mendabik dada sambil berkata "Now only you know I am who!"?

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
Quote lavabutang 13-3-2015 06:36 PM
Maideen. replied at 13-3-2015 06:32 PM
Kalau tak pasang kuat kuat macamana orang nak kagom dengan Isle? Dan macamana orang Isle nak mendabi ...

kalau tak pasang kuat...camner org kampung nak dengar kemerduan dan kelunakan suara wa time wa ngaji...??










Quote ctaz 13-3-2015 06:54 PM
bab nih memang aku sokong dari dulu....
kena paham kadang2 dikawasan taman perumahan bukan semuang nyer melayu islam....
ada gak india, cina dll.....
cukup la sekadar azan subuh....
Quote alesandra 13-3-2015 07:04 PM
pakai kaset tu pun satu hal....kot ye pun.. ngaji la sendiri
Quote jahcomel 13-3-2015 07:07 PM
Beto Kata mufti ni...Ingat x pkcik ykna Marah dlu coz diaper Tegur org y bkak CD NGaji kt masjid Kuat2 stiap mase smpai ganggu ksejahteraan kuarga dia.. .alih2 org2 pakat pulau dia, hina dia. ..ingat x kes nih
Quote jahcomel 13-3-2015 07:07 PM
Beto Kata mufti ni...Ingat x pkcik ykna Marah dlu coz diaper Tegur org y bkak CD NGaji kt masjid Kuat2 stiap mase smpai ganggu ksejahteraan kuarga dia.. .alih2 org2 pakat pulau dia, hina dia. ..ingat x kes nih:
Quote boyagombak 13-3-2015 07:18 PM
lavabutang posted on 13-3-2015 06:36 PM
kalau tak pasang kuat...camner org kampung nak dengar kemerduan dan kelunakan suara wa time wa nga ...

kelunakan baca, alif ba ta
                        haji laba
                        Pandai ka ngaji dan baca
                       atau cuma tergagak gagak aaa aaa aaa

Quote True-X 13-3-2015 07:20 PM
Setuju sgt
Quote lavabutang 13-3-2015 07:23 PM
boyagombak replied at 13-3-2015 07:18 PM
kelunakan baca, alif ba ta
                        haji laba
                        Pandai ka  ...

woiii...tarak baik la menghina hafiz....dosa taw.


Quote rospinki 13-3-2015 07:35 PM
mentaliti pak bilal kt surau dkt rumah aku ni lagi bagus..dia pasang mic kuat2 lagi dia jerit lagi kuat..alhamdulillah terus melompat terkejut bgun solat subuh..:zz
Quote secretservice 13-3-2015 07:42 PM
jahcomel replied at 13-3-2015 07:07 PM
Beto Kata mufti ni...Ingat x pkcik ykna Marah dlu coz diaper Tegur org y bkak CD NGaji kt masjid Kua ...

yes ingat.....now mufti maza dah highlight balik so boleh ikut dah

Quote Maideen. 13-3-2015 07:48 PM
lavabutang replied at 13-3-2015 06:36 PM
kalau tak pasang kuat...camner org kampung nak dengar kemerduan dan kelunakan suara wa time wa nga ...

Tu lah pasal
Tak dapat lah orang kampong nak menitiskan air mata keinsofan....
Quote atekome 13-3-2015 07:51 PM
Btui kate dr maza..kt msia nie ske sgt over2 pdhl zmn nabi tk bt pun..
Quote Redskin 13-3-2015 07:55 PM
Tajuk yg misleading...
Boleh pasang tapi tengokla masa dan keadaan sekeliling.

Subuh takyahla cukup sekadar laungan azan.
Tapi waktu2 lain boleh tapi tengok keadaan, kalo
kawasan majoriti Islam waktu2 zohor,asar boleh pasang kuat
sikit (bukanla sampai dengar satu taman).

Apa2 pun ikut common sense asal tak menganggu org lain.  
So skrg ni asyik pandangan Maza aje, ustaz2 lain dah takde suara!!
Quote stania83 13-3-2015 08:01 PM
haritu lepak ngan member askar, dia complain azan kat penang tak kuat. Akak senyum sengih jer

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.091345 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top