CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Tukar Agama: Remaja Minum Racun

13-3-2015 05:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14812| Komen: 81

Description: “Saya Tanya Kenapa Dan Dia Kata Dia Takut Mereka (Pihak Berkuasa Agama) Mengambilnya Dan Beri Dia Pengalaman Pahit Lagi...
Kes Tukar Agama: Remaja Minum Racun


Remaja yang terperangkap dalam kes pertukaran agama dimasukkan ke hospital selepas cuba membunuh diri dengan cara minum racun.

Bapanya S Ganesan memberitahu Malaysiakini bahawa anaknya Thiyaggurudeen mengaku minum kopi bercampur racun rumpai jenis paraquat dan dimasukkan ke wad di hospital besar Seremban.

“Saya tanya kenapa dan dia kata dia takut mereka (pihak berkuasa agama) mengambilnya dan beri dia pengalaman pahit lagi...

“Dia akui, dan dia beritahu doktor-doktor dan polis perkara sama,” katanya kepada Malaysiakini.

Pelajar itu dalam laporan polis bertarikh 17 Februari mendakwa dipaksa dua gurunya untuk membuat laporan bahawa bapanya cuba menukar agamanya kepada Hindu.

Dia juga mendakwa dibawa ke sebuah pusat dakwah dan disoal siasat selama tiga jam oleh kumpulan yang didakwa pegawai jabatan hal ehwal agama Islam.

Ibu pelajar itu seorang warga Indonesia yang beragama Islam.

Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.

1

Bagus

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 12-3-2015 09:35 PM
Quote Bedah.Cun 12-3-2015 09:36 PM
Maknye dh ke mane? Dah die suke jd Hindu so why bother nak force convert die?
Quote Bedah.Cun 12-3-2015 09:38 PM
Seorang bapa, S Ganesan, mendakwa bahawa anaknya Thiyaggurudeen ‘diculik’ oleh dua orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Port Dickson pada 13 Februari lepas.

Dalam satu sidang media yang berlangsung di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, Ganesan juga berkata bahawa ada seorang pegawai lelaki dari Pusat Dakwah Islamiah Paroi ‘berpura-pura’ tidak mengetahui di mana lokasi Thiyaggurudeen ketika itu.

Sebaliknya, pegawai itu ‘berlakon’ seperti baru menjumpai anaknya di dalam sebuah bilik di pusat tersebut.

Menurut Ganesan, segalanya bermula pada 13 Februari lalu, apabila beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat lebih kurang pukul 12.00 pm untuk mengambil Thiyaggurudeen.

“Selepas puas mencari anak saya dalam kawasan sekolah, saya dimaklumkan oleh salah seorang pengawal keselamatan sekolah bahawa beliau nampak anak saya telah di bawa oleh dua orang guru. Tetapi beliau tidak tahu ke mana anak saya dibawa,” katanya.

Ganesan kemudiannya melaporkan tindakan pengawal keselamatan itu kepada kerani sekolah.

“Kerani sekolah itu menghubungi salah seorang daripada guru tersebut, tetapi guru itu berkata beliau tidak membawa anak saya,” tambah beliau.

Selepas tiga jam mencari anaknya, Ganesan kemudiannya diberitahu oleh pengawal keselamatan bahawa Thiyaggurudeen telah dibawa ke Balai Polis Lukut oleh Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

‘You punya lakonan banyak cantik’

Menurut Ganesan, beliau berjumpa dengan kerani sekolah semula untuk bertanya kenapa beliau tidak dimaklumkan apabila Thiyaggurudeen dibawa ke Balai Polis Lukut.

Kerani itu berkata berkata tindakan Pusat Dakwah Islamiah Paroi tidak diketahui oleh pihak sekolah.

Menurut Ganesan, “lebih kurang jam 03.30 pm, saya ke Balai Polis Lukut. Anggota polis yang bertugas maklum pada saya bahawa anak saya telah di bawa oleh lapan orang lelaki Melayu ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

“Selepas itu saya terus ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Walaubagaimanapun pegawai di sana kata mereka tidak tahu tentang anak saya.

Pada jam 6.50 pm, Ganesan kemudiannya terdengar perbualan dua pegawai Pusat Dakwah Islamiah Paroi, yang berkata bahawa mereka ada terlihat pergerakan bayangan manusia. Kedua-dua pegawai tersebut kemudiannya masuk ke dalam sebuah bilik dan membawa Thiyaggurudeen keluar.

“Saya bertanya kepada pegawai lelaki itu bagaimana anak saya boleh berada dalam bilik itu. Pegawai itu menjawab dia tidak tahu, malah berkata nasib baik dia tidak mengunci pintu bilik anak saya ditempatkan.

“Saya berkata pada pegawai lelaki itu ‘you punya lakonan banyak cantik’,” kata Ganesan.

Walaupun pegawai itu kata tidak pernah melihat anak Ganesan, Thiyaggurudeen pula mendakwa telah disoal siasat oleh pegawai tersebut.

‘I see you in court’!

Bercakap sambil ditemani ADUN Port Dickson, M Ravi (PKR), Ganesan berkata beliau telah membuat satu lagi laporan polis kerana percaya anaknya telah ‘diculik.’

“Saya tidak berpuashati dengan guru terbabit, pihak sekolah dan Pusat Dakwah Islamiah Paroi, kerana membawa anak saya ke pusat itu tanpa pengetahuan saya.

“Saya anggap mereka telah ‘menculik’ anak saya kerana mereka tidak maklum pada saya tentang kedudukan anak saya.

“Saya juga akan mengambil tindakan mahkamah ke atas guru terbabit, pihak sekolah dan Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

“I see you all in court! (Saya jumpa anda semua di mahkamah!),” kata Ganesan.

Mengamalkan agama Hindu

Ganesan mendakwa beliau pernah memeluk Islam sekitar tahun 1981 dan keluar Islam pada tahun 1991.

“Saya memeluk Islam sekitar tahun 1981 dan selepas memohon keluar agama Islam, pada tahun 1991, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah mengeluarkan surat membatalkan pendaftaran pemelukan Islam saya.

“Saya berkahwin dengan seorang warga Indonesia sekitar tahun 2000.

“Walaubagaimanapun perkahwinan kami dijalankan di bawah istiadat dan upacara agama Hindu.

“Kami mengamalkan agama Hindu dan membesarkan Thiyaggurudeen mengikut adat resam agama Hindu.

“Baru-baru ini saya sudah maklum pada Ustazah di sekolah anak saya, berhubung agama dan latar belakang anak saya. Ustazah itu juga maklum pada saya yang dia memahami kedudukan agama anak saya.

“Tiba-tiba pada 13 Februari lepas, kekecohan ini berlaku,” jelas Ganesan.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Ketua Biro Hak Asasi dan Perundangan PKR Pusat, S Jayathas; Ketua Cabang PKR Rasah, R Tangam; Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Telok Kemang, M Shanmugam, serta wakil DAP.

- Rakyat Times
Quote enchikfitz 12-3-2015 09:48 PM
complicatednya kes ni. Senangnya nak murtad.
Quote Bedah.Cun 12-3-2015 09:50 PM
Dlm ic bdk tiew register die Muslim ker? Even if mak die Indonesian pun doesn't justify die Muslim sb Indonesians pn hader Hindus
Quote jengkoil 12-3-2015 09:57 PM
Edited by jengkoil at 12-3-2015 10:00 PM

Kenapa mesti campur paraquat ke dalam kopi?
Rasanya lebih kaw berbanding togok paraquat alone?


Atau ada org mencurah paraquat ke atas daun keladi? (Paraquat ada bau tak?)
Quote Risma 12-3-2015 09:59 PM
tak faham aku..... apa kes nih..........
Quote dani-rox 12-3-2015 10:19 PM
- si bapa pernah masuk Islam 1981, tetapi keluar pd 1991
- kemudian kawen dgn wanita Indon Islam iaitu ibu Thiyaggurudeen pd 2000 dlm adat upacara Hindu
- laki bini mengamalkan dan membesarkan anak mereka dgn agama Hindu

Saman jah dia org tu Encik Ganesan oii... Kes pihak sekolah memandai2lah ni, mcm kes kat Sabah dua tiga bulan lepas.
Quote Bedah.Cun 12-3-2015 10:21 PM
Budaknye roper Melayu ke? Kulitnye dh mcm Melayu. Nape diblur mukenye? Mcm die buat salah jer?
Quote zeed 12-3-2015 10:32 PM
Kak bedah..minor bawah 18 tahun mmg kena censor muka masuk paper..nama pon xleh keluar..kalau berkaitan jenayah ke reprt polis ke..
Quote nolya 12-3-2015 10:32 PM
Kenyataan lelaki hindu ini ialah dia menjadi Islam dlm tahun 1981, murtad dgn surat pengesahan pd tahun 1991 dn kemudian berkahwin dgn wanita Indonesia Islam dlm tahun 2000.  Bererti sewaktu berkahwin, lelaki dgn isterinya tidak seagama dan perkahwinan mereka juga dijalankan secara agama hindu.  Mengikut hukum syari'e, perkahwinan mereka tidak sah.  

Mendapat seorang anak lelaki, diberi pula nama yg berkebangsaan spt ayahnya dan kehidupan seharian anak ini juga dilentur dlm acuan budaya dan agama ayahnya. Dengan yg sedemikian itu, bagaiamana pula pihak guru dan pihak pusat dakwah Islamiah setempat boleh mengambil satu kebijakan  seperti yg diceritakan.

Soal pegangan agama bagi kanak2 di bawah umur di kalangan  ibubapa  yg tidak seagama sering terjadi kekecohan dan menimbulkan satu konflik yg rumit untuk diselesaikan.  Tidak mudah sebenarnya untuk pihak berwajib dari Jabatan Agama Islam untuk menangani isu spt ini kerana ia bersangkutan hak ibubapa/penjaga dan agama yg akan dibekalkan dan bakal dianuti oleh anak ini di masa besarnya. Apa lagi bila anak trs di dalam jagaan mereka.

Apb kanak2 seperti dlm kes ini terlalu stress, dia merasakan bahawa dia dipaksa untuk menjadi seorang muslim sedangkan acuannya ialah hindu, juga apabila dilayani dgn tindakan yg tidak sepatutnya, maka terjadilah tindakan seperti yg terjadi. Anak seumur itu tentu belum matang berfikir untuk membuat pilihan, apa lagi yg bersangkutan dgn agama yg mau diimani.  Dan budaya membunuh diri adalah lumrah bagi kalangan bangsa anak ini.

Bermula drp setitik benih dia disemai tidak dalam cahaya Islam, maka apakah muslimin mengharapkan dia boleh tumbuh cemerlang sbg seorang muslimin.  Dapatkah kita fikirkan satu jawapannya?
Quote budaktua 12-3-2015 10:38 PM
masuk islam.. keluar ... kawin dgn islam...

dah jd hindu tu jd hindu je la... pe hal kawin dgn islam pulak.. ?
Quote MelahJanda 12-3-2015 10:39 PM
Nama cam india muslim jewww
Thiyaguruddeennn
Maideeen
Quote penjejak_awan 12-3-2015 10:40 PM
keling dan racun berpisah teda
Quote Decaffeinated 12-3-2015 10:54 PM
enchikfitz replied at 12-3-2015 09:48 PM
complicatednya kes ni. Senangnya nak murtad.

mana kau tau senang nak murtad? Please share....



Quote Decaffeinated 12-3-2015 10:56 PM
budaktua replied at 12-3-2015 10:38 PM
masuk islam.. keluar ... kawin dgn islam...

dah jd hindu tu jd hindu je la... pe hal kawin dgn is ...

kahwin tu sebab jatuh chenta dengan wanita indon tersebut, bukan jatuh chenta dengan agama beliau...



Quote Decaffeinated 12-3-2015 11:00 PM
MelahJanda replied at 12-3-2015 10:39 PM
Nama cam india muslim jewww
Thiyaguruddeennn
Maideeen
Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.
Looks like the boy was born Muslim.

Quote MelahJanda 12-3-2015 11:02 PM
Decaffeinated replied at 12-3-2015 11:00 PM
Looks like the boy was born Muslim.

Ok. Was little bit confused w the storyline
Quote JandaSedap 12-3-2015 11:04 PM
Org nk ajak ke jalan yg benar...dia pi minum racun.....piiiiirah mabuk

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057233 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top