CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Swasta : Pekerja Terpaksa Solat Bersembunyi

13-3-2015 05:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6818| Komen: 37

Description: Katanya, Bukan Tidak Cuba Mencari Pekerjaan Lain Namun Kesukaran Untuk Mendapatkannya Dan Pernah Berpengalaman Mengalami Nasib Yang Sama Membuatkannya Pasrah.
Syarikat Swasta : Pekerja Terpaksa Solat Bersembunyi


KULIM - Hampir setahun seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di bandar ini yang hanya mahu dikenali Haiza, 28, terpaksa menunaikan solat secara bersembunyi di tempat kerjanya.

Haiza yang juga terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa setelah kematian kedua orang tuanya berkata, sejak dari mula dia memperoleh pekerjaan tersebut pihak syarikat telah memberi peringatan mengenai perkara itu.

Menurutnya, akibat terdesak dan memerlukan wang untuk menanggung perbelanjaan adik-beradiknya dia terpaksa menerima pekerjaan tersebut dan akur akan syarat itu.

“Pada awal saya ditemu duga lagi pihak syarikat telah memberitahu tidak boleh solat di tempat kerja, namun saya terpaksa terima pekerjaan itu kerana keadaan mendesak.

“Saya terpaksa mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga dan lokasi yang dekat dengan tempat tinggal supaya mudah untuk memantau adik-beradik saya.

“Saya memang terkejut dengan syarat tersebut namun seorang staf di bahagian sumber manusia syarikat tersebut sempat berpesan supaya melakukan solat secara sembunyi,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, setiap kali tiba waktu solat dia terpaksa memastikan keadaan selamat dan tidak diketahui majikannya.

“Saya tetap melakukan solat, namun kena cari masa sesuai dan memastikan keadaan selamat kerana bimbang saya hilang pekerjaan,” katanya.

Katanya, bukan tidak cuba mencari pekerjaan lain namun kesukaran untuk mendapatkannya dan pernah berpengalaman mengalami nasib yang sama membuatkannya pasrah.

“Saya bukan tak mahu cari kerja lain, saya sudah berusaha namun belum ada peluang,” katanya.

Haiza berkata, bukan untuk bersikap perkauman namun ia adalah hakikat sebenarnya masih ada diskriminasi terhadap bangsa lain di negara ini.

“Saya berharap ada pihak memantau perkara ini. Saya juga bercadang untuk mengadu kepada pihak berwajib tidak lama lagi,” katanya.

4

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
3

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 13-3-2015 12:53 PM
alasan x dapat cari kje lain..cis..pui...
Quote yayaji 13-3-2015 12:54 PM
dah setahun kerja, baru bercadang untuk buat report...hmmm.
Quote katakau 13-3-2015 12:55 PM
kesiannya..
Quote mak_wa95 13-3-2015 12:56 PM
syarat dah nyata dan jelas...
Quote Lorra2411 13-3-2015 12:56 PM
kenapa solat pun nak disekat?
Quote Jagendas 13-3-2015 12:57 PM
cik kak ..bersepah keje kat kl ni
nak taknak je. kalo rasa xleh solat.. berenti
rezeki byk cabang
jgn membimbokan diri
Quote Felycya 13-3-2015 12:57 PM
Ya allah..

Report la cepat....
Quote kurga 13-3-2015 01:01 PM
aku dulu pon tumpang umah bangla nak solat... kalau kilang cina.. mmg dorang x bg tempat solat.. tokong dorang pon da separuh bahagian department aku.. sudahnya aku berenti.. x lalu buat keja mengadap tokong..
Quote Innrukia 13-3-2015 01:03 PM
Jagendas replied at 13-3-2015 12:57 PM
cik kak ..bersepah keje kat kl ni
nak taknak je. kalo rasa xleh solat.. berenti
rezeki byk cabang ...

hang yg bimbo..tang mana dia ni kata kl?
dan 1 lagik, mnc company pun provide surau yg selesa & flexible utk ummah solat awat yg company Malaysia jakun sgt?

Quote RajaBatinDotCom 13-3-2015 01:05 PM
Biar la dia nak kerja kat mana pun.
Quote moocoww 13-3-2015 01:06 PM
Kenapa dia tak tanya majikan tu kenapa tak boleh solat...bukan ambil masa sampai 1 jam pun utk solat...
Quote fire_place 13-3-2015 01:14 PM
Aku tak menangkan mana2. Tp bg aku benda ni jd sbb persepsi..yg tjadi akibat kita sdiri.melayu.org bukan islam xpaham.ngt waktu solat kita sengaja nak mik untuk mengular.tp hakikatnya memang betolkn?? Sstengah tu bkerja dgn melayu ke majikan yg boleh solat ke..kdg2 solat sampai stgah jam,sejam,waktu rehat nak,waktu solat nak..nak tepek bedak sekati lg..dok isap rokok.

Aku dh 2x bmajikan bukan islam.pertama tggu result spm..keje kedai kasut.bg tau tokey tu..ubah waktu rehat.dia bg aje..solat atas gudang simpan kotak2.k2 keje ngn cina.rehat pukul 12-1 solat dlm 1.30. Aku mtk ubah waktu rehat.bos aku ckp nanti pkerja lain marah.n dia bising2.. Aku ckp aku sggup rehat pukul 1.15-1.45 shj..dia ckp ok.walau aku tahu ada pkerja yg cincong2 blakang aku..sbelum rehat solat..aku siapkn semua kerja tmasuk kerja org lain.smpai satu saat baru pukul 1.. Rakan skerja yg cincong2 blakang aku tu,suruh aku balik  mkn n solat.kalau ckp xcukup masa..memang penipu beso..aku balik masa ni mandikan anak aku,mkn bdua,solat..lpstu g keje balik..kena jalan balik rumah boleh bsiap cepat..xkn tempat keje ada kemudahan solat..solat menanung.

Smpai satu waktu..masuk asar cina ni ckp bilik bawah i dh bersihkn u boleh solat sini.sudah mop bersih2. Bg aku kita sendiri kalau tunding jari bgtau org itu ini teruk,smpai bila jd teruk.tanggapan xkan berubah.tuduh org itu ini rasis bukan penyelesaian.yg tbaik adalah bg aku..kita sdiri raih kpercayaan org,dan ubah sikap prejudis org thadap kita.
Quote Crystal_Apple 13-3-2015 01:15 PM
Make lar report kan senang.... solat pun x leh ape kes ni!
Quote fifie_olin 13-3-2015 01:17 PM
sekurng2 nya dia utk usaha solat wpon secara rahsia...kalo dh rezeki dia kt situ...interbiu 18 ratus kali pon lom tentu dpt
Quote BotakChinPeng 13-3-2015 01:26 PM
Apahal pekerja sinar harian suka sangat perasan org nak mengadu dgn golongan hina macam mereka ?
Sebelum reka cerita tak terfikir ka untuk cermin diri sendiri yang lemah &  miskin dulu ?
Quote PongKang 13-3-2015 01:34 PM
Tp ada juga mnc yg xbg staff solat. Jgn terkejut bende cmni masih berlaku di msia dan kuala lumpur. Sbb tu turnover bebudak melayu tinggi kt company tu.
Quote CikNano 13-3-2015 01:44 PM
benda ni sebenarnya bole je settle elok2 bincang dgn bos & terangkan waktu berapa kita solat. xkan waktu rehat pon xbole kan...n yg penting kita tunjuk la contoh yg baik dlm nak beribadat. bg aku..bgantung pd org tu sdiri mcm mn dia bg contoh...klu baik maka baiklah n akan effect d masa akn dtg contoh ada staff muslim nak solat bos akn bg kelonggaran pd staff dia. ni kau pun tunjuk cth xelok...mmg masak la. aku pun penah ada pgalaman keje dgn kompeni bukan muslim...jd kita explain la elok2 n minx kebenaran sediakan ruang solat. ok je mereka. klu ada yg masih argue jgn bputus asa plak
Quote aseela 13-3-2015 01:55 PM
bincang dgn majikan amik break time masuk waktu 1-2pm misal nya...
jadi kita beribadat dalam masa rehat..bukan masa keje. memang sempat sangat2
kalau time balik kul 6pm...balik umah la tunaikan t'jwb.
wp bukan awal waktu..sekurang2nya, tak la amik waktu keje nak solat
Quote ninja boy 13-3-2015 01:58 PM
bergantung kpd company, ada company besar tapi surau kecik sampai berebut2 solat, ada bergilir2 solat tapi x semua dapat giliran. ada company tiada ruang solat kena solat di surau/masjid berdekatan. waktu solat cuba la kawtim dgn majikan minta rehat 1-2 pm. boleh juga kawtim dengan majikan utk solat jumaat dan gantii balik waktu itu balik lambat 1 jam. biasanya golongan pekerja bawahan mmg susah dapat solat sbb atas sebab produktiviti. ada juga company melayu hanya bos sorang2 ja solat tapi pekerjanya diperah kerja banyak2 x dapat solat semua kerja nak cepat

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058345 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top