Menjalani kehidupan sebagai selebrti dan menjadi antara pasangan yang popular di tanah air pastinya pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose dihimpit pelbagai gosip dan kontroversi. Ingin mengelakkan diri daripada perkara tersebut, Qi bakal mengikat tali pertunangan dengan Nelydia tidak lama sahaja lagi.
Sudah bercinta lebih dua tahun lamanya, Qi yang mengakui belum mempunyai rencana khusus untuk berkahwin berkata, keputusan ini sekurang-kurangnya akan mendekatkan dirinya untuk mendirikan rumah tanggan dan sekaligus melangkah satu tapak ke fasa seterusnya dalam perhubungan mereka.
Pertunangan Qi Razali dan Nelydia Senrose sudah lama dinantikan oleh peminat. Tambahan pula, Qi boleh dikatakan sudah berumur dan sudah boleh menjadi seorang ketua keluarga. Iyalah, mungkin sahaja Nelydia tidak pernah membicarakan soal perkahwinan, tetapi hati wanita mana yang tidak menginginkan sesebuah hubungan itu beakhir ke jinjang pelamin? |
ADVERTISEMENT