Pelakon komedi Harun Salim Bachik meninggal dunia di Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Merah, Perak petang ini.
Sementara itu, BH Online melaporkan, Harun, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubung media itu. "Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu,” beliau dipetik sebagai berkata. "Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.” BUKIT MERAH - Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol sebentar tadi.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.
Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.
Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut. Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. |
2
Bagus |
14
Marah |
9
Terkejut |
2
Sedih |
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT