CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Stew Daging Meatball

6-3-2015 05:39 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2456| Komen: 2

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

MEATBALL:
700gm daging cincang/kisar
170gm biskut cream cracker (hancurkan)
6 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 inchi halia (tumbuk lumat)
1 sdb garam
1 1/2 sdb serbuk lada sulah
2 sdb tepung jagung
sedikit daun sup (potong halus)
1 biji telur
2 biji telur (untuk menggoreng)
BAHAN STEW:
1 inchi halia
10-15 tangkai cili kering
8 ulas bawang putih

10 ulas bawang merah
satu set lengkap rempah tumis
1 sdk oregano (optional)
100gm @ 1 tin kecil tomato puree
115gm @ 1/2 botol kecil sos tomato
3 liter air
1 batang tulang rusuk lembu (potong kecil dan rebus dahulu. Ketepikan bersama stoknya sekali)
1 sdb tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)
2 biji carrot (potong segiempat tepat)
7 biji kentang (potong 4 menegak dan goreng)
Kobis bunga
P/S: Jika tak ada tomato puree, masukkan saja 1 botol kecil tomato sos sebagai gantinya. [x]

Cara-cara

MEATBALL: Campurkan semua bahan (kecuali 2 biji telur untuk menggoreng), dan gaul sebati.
Bentukkan bebola (saiz jangan terlalu kecil sbb biasanya saiz untuk stew agak besar).
Gaulkan ke dalam telur yang dipukul dahulu sebelum menggoreng.
STEW: Kisar halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis bahan ini bersama rempah tumis sehingga garing.
Masukkan pula tulang bersama-sama air stoknya sekali. Kemudian, tambahkan lagi air (3liter).
Apabila sudah mendidih, masukkan tomato puree& tomato sos. Kacau.
Masuk pula garam, serbuk perisa (jika suka), kobis bunga dan carrot.
Bila kobis & carrot sudah separuh masak, masukkan air campuran tepung jagung.
Akhir sekali, masukkan meatball dan kentang goreng.
Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dihidang bersama garlic bread atau apa-apa jua hidangan bersesuaian.
P/S: Tak semestinya guna tulang rusuk lembu. Boleh juga guna any other parts ataupun tulang-tulang ayam seperti kaki, leher etc.. dengan timbangan yang setara.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Ddion 8-4-2015 07:56 PM
sedap ni. sup daging ngan tomato
Quote bebah 9-3-2015 03:14 PM
waaaa...sedapppppppppppppnya

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.025380 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top