LadyLista - Kencing malam atau terma perubatannya Enuresis adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa sedar semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas umur 5 atau 6 tahun. Menurut kajian, 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang.Kajian di Malaysia menunjukkan masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga12 tahun masih lagi kencing malam. Sebenarnya, apakah punca anak anda boleh kencing malam? Berikut merupakan antara faktor penyebab anak anda kencing malam:
Rawatan & Cara Atasi Ubat membantu anak anda kekal kering semasa tidur, dapatkan bantuan doktor mengenai perkara ini. Jangan salahkan anak anda. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda. Kawal pengambilan minuman di waktu petang dan malam. Bangunkan anak anda di tengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis. Gunakan lapik tilam yang kalis air. |
ADVERTISEMENT