CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

'Saya rasa macam ada gerakan yang mahu jatuhkan Zizan' - Norman KRU

5-3-2015 12:28 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 23230| Komen: 139

Norman KRU Dakwa Wujud Gerakan Jatuhkan Zizan Razak


Ya memang tidak dinafikan nama Zizan Razak sejak kebelakangan ini sering terpampang di dada-dada akhbar, media eletronik, blog dan juga portal hiburan. Kalau tak silap Abang Nara, ia bermula sejak kegagalan gabungan Zizan dengan Yus dan Tauke sebagai kumpulan Virus di dalam MLM2014. Kemudian ia dikeruhkan pula dengan putusnya percintaan Zizan dengan Emma Maembong. Diikuti pula dengan kegagalan Zizan meraih sebarang anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2015. Tidak lama kemudian, muncul pula gosip Zizan dengan orang kuat stesen Astro bernama Puteri Yasmin.

Senang cerita, 3-4 bulan kebelakangan ini, Zizan Razak dihimpit kontroversi yang tidak putus-putus. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada kerjaya dan populariti pelawak ini. Menariknya, Norman KRU menganggap ada pihak yang sengaja mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan Zizan. Pihak tersebut sengaja mengada-adakan cerita buruk untuk meranapkan karier Zizan kerana rasa cemburu. Kata Norman:-


Beberapa bulan ini dengan apa yang berlaku terhadap diri Zizan, saya rasa macam ada satu gerakan yang mahu jatuhkan dia. Tapi, saya tidak pasti siapa pihak tersebut yang nampaknya seperti kurang senang dengan Zizan.
Saya sudah lama mengenali Zizan. Saya sayang dengan bakat yang dia ada dan dia bukan saja boleh melawak tetapi boleh berlakon.Bagi saya, isu-isu yang timbul ini remeh dan tidak perlulah ianya digembar-gemburkan lagi.
Sebenarnya, apabila saya dengar tentang gosip cinta dia dengan orang Astro, saya tertanya juga siapakah wanita itu.Namun, apabila saya diberitahu kononnya wanita yang dimaksudkan itu ialah Yasmin, saya lagilah tergelak.
Kalau ada pihak yang sentiasa saja mahu mencari salah dia, saya rasa sesiapa pun akan rasa tertekan apabila terpaksa berdepan dengan keadaan itu.
Kadang-kadang kalau kita rasa kontroversi atau isu yang terpaksa kita lalui itu berat sangat, kita pun akan rasa tertekan dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa


Ada benarnya juga kata Norman KRU itu. Mungkin memang ada pihak yang sengaja menjatuhkan Zizan Razak kerana cemburu dengan populariti yang dikecapi pelawak tersebut. Namun bagi Abang Nara, kontroversi-kontroversi yang berlaku terhadap Zizan adalah lumrah kehidupan seorang selebriti. Buruk atau baik, ia harus ditangani dengan bijak. Silap langkah, peminat boleh lari. Semoga kontroversi tersebut akan menguatkan lagi semangat Zizan dan bukannya menyebabkan Zizan putus asa sebagai seorang anak seni. Apa pendapat anda?



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 4-3-2015 04:36 PM
norman dh gelabah ler tu takot cicakman 3 x laku
Quote ToungeSoup 4-3-2015 04:39 PM
hahhaha..sapa suruh amik zizan berlakon...fadan mukha...kikikiki ..mamat khalid pun dah terkena ngan zizan sbb tak buat promosi
Quote kiyudi 4-3-2015 04:40 PM
maxim replied at 4-3-2015 04:36 PM
norman dh gelabah ler tu takot cicakman 3 x laku

bru nk tnya apa kaitan normang ngan zizang

Quote missDollie 4-3-2015 04:41 PM
dan2 back up...
Quote katakau 4-3-2015 04:41 PM
gerakang?..duhhh..tak perlu ngang gerakang..org mmg da bosang ngang dia pong..
Quote DayangKirana 4-3-2015 04:46 PM

Quote nh83 4-3-2015 04:46 PM
takpala bang norman..kot2x lps cicakman nama zizang naik kembali..
Quote belacan_gurl 4-3-2015 04:48 PM
Selalu kru kena gini .....dulu masa apek berlakon....skrg zizang....hahahaha
Quote sepitsiput 4-3-2015 04:49 PM
maxim replied at 4-3-2015 04:36 PM
norman dh gelabah ler tu takot cicakman 3 x laku

heshe kan terkenal dgn statement2 manipulatif... kosser la heshe nk bekap zizan kalau xde sebab....ni sbb takut cicakman rugi lattew... sblm2 ni heshe pernah bekap saiful apek masa cicakman 2, apek hilang pergi 'berubat' kat indon sana. same script, different cast

kalau ya pun ada yg nk jatuhkan zizan, mestilah ada sebab, xkan sesaja nk jatuhkan org. zizan tu kene cermin dan muhasabah diri tu dulu.
Quote rozza 4-3-2015 04:54 PM
bak kata FAZURA... "AKU BOSANNNNNNNNNNNNNN"
Quote madamjaja 4-3-2015 04:56 PM
boooo..nnt sbb cicakman flop bleh la ckp sbb pemboikotan si zizang ni ye tak
Quote miabebe 4-3-2015 04:57 PM
Kalo dah Norman kru mengelupur nk backup zizang SBB belakon DLM cicakman takut pilem xlaku mst pasni suma pengarah n producer takut nk amik zizang blakon dah.. cian zizang
Quote whadda 4-3-2015 05:02 PM
tu laaa... lenkali amik la johan... die kan bolot award meletop... tp cicakman versi muncit sikit la...
Quote Munnalicious 4-3-2015 05:04 PM
Puhhhh sapa la nak jatuhkan zizan tu. Perasan je. Plis la plis la plis laaaaaaaaa~

P/S : Tahpape je pic Norman selfie. Nak termuntoihszzz aku.

















Quote cikuduku 4-3-2015 05:05 PM
dan2 nk menjatuhklan. LOL. filem x laku pun sbb ada gerakan nk menjatuhkan ke? LOL la norman rambut iron ni.
Quote Athrun.Zalaa 4-3-2015 05:07 PM
Emma maembong jahat...
Hahaha...
Quote owhgee 4-3-2015 05:14 PM
Zizan sendiri buat hal buat kontroversi boleh plak ckp ada gerakan nak jatuhkan zizan.
Quote sayang 4-3-2015 05:19 PM
Gerakan lah sangat.. kalau lawak spastik tergedik-gedik lama2 org meluat jugak lah
Quote kakasotong 4-3-2015 05:20 PM
Xperlu nak raih simpati cakap ada org nak jatuhkan zizan blablabla etc sbb xnak cicakman 3 nnt flop kutipan.

Meols dr dulu mmg xkenan n xbminat dgn abglong norman ni. Suka bg stetmen ala2 bebal

Dgn binik yg ketet selambak tu lg la buat iols geli

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.136679 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top