CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Amir Raja Lawak Edar Kad Jemputan Kahwin

4-3-2015 02:27 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 22504| Komen: 119


          

PETALING JAYA: Pelawak Amir Raja Lawak mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya dengan Nur Intan Syafinaz yang akan berlangsung pada 15 Mac ini di kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, di sini.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 500 orang tetamu.

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 12 tengah hari manakala pernikahannya akan berlangsung pada 14 Mac selepas Asar di lokasi yang sama.

Bekas peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) itu berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan dan hanya tinggal beberapa perkara temasuk persiapan dulang hantaran.



“Alhamdulillah semuanya sudah hampir siap bagi saya pihak lelaki tidak banyak yang perlu disiapkan cuma dulang hantaran dan duit kenduri sahaja.

“Kami belum buat keputusan nak beri berapa dulang kerana saya dengar ibu saya ingin buat penambahan lagi,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, pada Sabtu.

Amir turut memberi wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Amir berkata, mereka bakal mengayakan pakaian pengantin daripada butik Afeer yang turut menaja pelamin dan solekan pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya selepas mendirikan rumah tangga, Amir berkata, dia akan memberi perhatian terhadap bisnes roti bakar yang dibuka di Sungai Pusu, Gombak sejak sebulan lalu.

“Selepas berumah tangga tanggungjawab juga lebih besar selepas ini dan saya perlu cari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa.

“Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti,” ujarnya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 13 Jun 2014.

Sementara itu, majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan pada 2 April depan. – MStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sixret 4-3-2015 11:20 AM
Alhamdulillah. Semoga berbahagia hingga ke akhirat. Insya Allah! All the best to Amir and his pasangan.
Quote kejoraria 4-3-2015 11:21 AM
Tahniah dr ku Mr Amireka
Quote slipar_jepon 4-3-2015 11:34 AM
Tahniah amirekaa
Quote leezzaliza 4-3-2015 11:48 AM
Ooo bersanding dl ye baru nikah...?
Quote leezzaliza 4-3-2015 11:50 AM
Ooo bersanding dl ye baru nikah...?
Quote leezzaliza 4-3-2015 11:50 AM
Ooo bersanding dl ye baru nikah...?
Quote zafira 4-3-2015 11:54 AM
Tahniah amir....
Quote jayzzie 4-3-2015 11:57 AM
leezzaliza replied at 4-3-2015 11:50 AM
Ooo bersanding dl ye baru nikah...?

Nikah 14/3 lah..

15 sanding...
Quote leezzaliza 4-3-2015 12:01 PM
jayzzie replied at 4-3-2015 11:57 AM
Nikah 14/3 lah..

15 sanding...

Haaa salah baca pulak.  Hehehe tq
Quote Hearty_Winter 4-3-2015 12:02 PM
mane pulak..dia cakap nikah lepas asar 14hb Mac..
majlis persandingan 12 tengahari 15hb Mac...

nikah le dlu tu kan...  
Quote Lorra2411 4-3-2015 12:08 PM
tahniah Amereka. wuhuuu, semoga murah rezeki. amin.
Quote SyaAnis 4-3-2015 12:11 PM
congratz amireka...

semoga bahagia hingga ke jannah..

rajin dia ni cari rezeki..

Quote johnazizul 4-3-2015 12:14 PM
Tolong jangan nyanyi time reception...please amir..,
Quote monxys 4-3-2015 12:17 PM
tahniah ameereka.. semakin murah rezeki  walaupun dikutuk2. dan semoga melimpah rezeki lepas kawen  
Quote zulka 4-3-2015 12:32 PM
pandai dia cari pompuan yg muka bulat cam dia gak
Quote sepitsiput 4-3-2015 12:35 PM
leezzaliza replied at 4-3-2015 11:48 AM
Ooo bersanding dl ye baru nikah...?

Niksh 14hb.. sanding 15hb... jgn konfius dgn ayat reporter ponen  x lulus masscomm
Quote zuliana29 4-3-2015 12:42 PM
alhamdulillah... semoga majlis berjalan lancar...

Quote fatehana 4-3-2015 12:47 PM
tahniah amireka
moga bahagia bersama pasangan
Quote Mr.Virus 4-3-2015 12:54 PM
tahniah amir

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.136369 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top