Yatt Hamzah Fail Penceraian
SELEPAS enam tahun berumah tangga, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah akhirnya memfailkan permohonan cerai, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Yatt, 35, atau nama sebenarnya Haryati Hamzah selaku plaintif diwakili peguam Noraini Fauzi manakala suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor sebagai defendan. Noraini memaklumkan mahkamah, anak guamnya bersedia untuk meneruskan kes itu selepas pihaknya menyerahkan saman kepada defendan pada 10 Februari lalu. Bagaimanapun, Abdul Mutalib yang masih belum melantik peguam memohon agar kes itu ditangguhkan kerana kurang arif mengenai permohonan itu.
Abdul Mutalib berkata, jika boleh dia mahu menarik semula permohonan isterinya kerana ingin mendapatkan kaunseling berhubung masalah rumah tangganya. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah menasihati Abdul Mutalib melantik peguam terlebih dahulu kerana plaintif telah memfailkan kes itu terlebih dahulu. |
ADVERTISEMENT