Romie Harap Hanez Suraya Jadi Isteri & Ibu Yang Baik, Mahu Tambah Zuriat
Jika anda masih ingat, sebelum ini Hanez Suraya ada kongsikan gambarnya ketika berada di London dan Paris untuk mencari barang hantaran. Selain ditemani Romie Razin dan juga enam lagi rakan lain, bakal suaminya itu juga sempat mengabadikan satu video yang cukup istimewa buat Hanez. Berlatarkan Menara Eiffel di Paris dan London Eye di London, Romie berkongsi cetusan hatinya di samping ditemani Hanez di sisi. “Saya berharap Hanez akan menjadi isteri dan ibu yang baik kepada anak saya. Semoga saya dapat menjadi suami yang terbaik untuk dia dan ayah yang baik kepada anak kami. Semoga ikatan perkahwinan kami ini akan kekal hingga ke jannah”
“Insya-Allah saya akan jaga amanah serta tanggungjawab baru ini sebaik mungkin. Sebagai bakal suami saya berharap akan dikurniakan zuriat seterusnya yang akan terus memperlengkapkan lagi rumah tangga lebih bahagia,” kata Romie di dalam video tersebut. Selain itu, Romie juga berterima kasih kepada keluarga dan juga rakan media lain yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada mereka. Pasangan ini akan bernikah pada pagi 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang. |
6
Bagus |
4
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
20
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
doubleA replied at 2-3-2015 03:37 PM
video. iols tolong tepek
Orix replied at 2-3-2015 03:38 PM
koserrrrrrrr
katakau replied at 2-3-2015 03:39 PM
mohon uols tgk bideo..lagi tak koser..
katakau replied at 2-3-2015 03:39 PM
tq uols ..iols tak tau cane nak tepek..da try banyak kali da gitu gak..
Orix replied at 2-3-2015 03:41 PM
hahaha koserrrrr kang tkeluar isi perut
doubleA replied at 2-3-2015 03:43 PM
welkam, iols tepek je, tak tengok lagi
mohdael replied at 2-3-2015 03:44 PM
Semoga mereka berubah dan dpt membina keluarga sakinah..
cik_tonggek replied at 2-3-2015 03:44 PM
abis masa ko dgn liyana manan dulu tak lengkap ada anak kerrrrr
dasar jantan totei miang
ta ...
azie.dz replied at 2-3-2015 03:59 PM
ai nak tergelak baca permohonan romiang ni
addicted replied at 2-3-2015 04:02 PM
blom kawin lg dh p london & paris..
sok2 dh kawin nk p mana pulak
ADVERTISEMENT